Polis minta Penyokong Anwar supaya bertenang....

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.

Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.

"Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini."

"Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Bertenanglah ni.... tak percaya tengok gambar-gambar kat Kajang ni.... mana ada kecohpun....


Bagi kami di Permatang PAuh ni.... yang rapat dengan Anwar Ibrahim.... kalau minta dia bertenang.... nanti dia akan jawab "Bertenang la.... tak kena kat hang....! Cuba kena kat hang...."

Laporan sebelum ini sila baca di ( SINI )

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment