Pengundi DUN Kajang mengadu namanya dipindahkan ke DUN lain

‎SEORANG pengundi berbangsa cina yang tinggal di Taman Jenaris, Kajang Selangor mengadu bahawa namanya telah dihilangkan daripada senarai daftar pemilih DUN Kajang.

Lee Kim Seng mendakwa sebelum ini sudah empat kali beliau mengundi di DUN Kajang, namun kali ini namanya dihilangkan dari senarai daftar pemilih DUN itu.

Dalam ruangan semak daftar pemilih di laman web rasmi SPR, ada diletakkan satu pautan khas untuk pengundi Kajang menyemak maklumat daftar pemilih mereka.

Apabila Lee memasukkan nombor kad pengenalannya, nama beliau didapati tidak lagi wujud (tiada rekod ditemui).

Apabila dia menyemak menggunakan semakan umum, dia terkejut apabila namanya dipindahkan ke DUN lain, iaitu DUN Serdang.


Apa sudah jadi? Empat kali mengundi di DUN Kajang, malah pada pilihanraya umum ke 13, beliau mengundi di DUN Kajang, tiba-tiba namanya dipindahkan ke DUN Serdang.

Lee turut mengadu bahawa baru-baru ini Jentera BN ada memaklumkan kepadanya dan penduduk Jalan Reko, Kajang agar tidak turun mengundi pada PRK Kajang, 23 Mac nanti.

Kita tak mahu tuduh sembarangan. Namun ini perkara serius, SPR mesti beri penjelasan apa sebenarnya yang berlaku dan nama-nama pengundi seperti ini mesti dimasu‎kkan semula ke DUN Kajang. 

‎"Alamat IC Kajang, tapi daftar undi dipindah ke Serdang..."

Sumber Berita Dari Blog Milo Suam

No comments:

Post a Comment