KAJANG: Pakatan Rakyat mempunyai jalan penyelesaian bagaimana hendak mengurangkan tarif elektrik sekiranya mereka berjaya mentadbir negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir sekiranya mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Bercakap di hadapan lebih 500 pengundi Kajang semalam, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

"Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja."

"Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan transmition cable di mana dalam ekonomi bawa arang batu lebih mahal daripada bawa elektrik," katanya.

Tambahnya, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.

"Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah kita akan jimat kos," katanya.

Dengan penyelesaian ini, jelasnya harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kenapa kerajaan BN tidak buat macam ini kerana mereka ada kepentingan-kepentingan lain."

"Jadi kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya seluruh masalah-masalah lain dan ekonomi dalam negara kita boleh selesaikan," katanya.

Hari ini rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.

1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.

Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment