KUANTAN: Suatu memorandum telah dihantar ke Pejabat Pendidikan Negeri Pahang di Kuanta atas pertukaran tiga orang guru termasuk Cikgu Mohd Norizzat Mohd Johari, Pengerusi SGMM. Memorandum tersebut dihantar oleh Normala Sudirman, Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan, semalam.

Pertukaran Cikgu Mohd Nor Izzat dipercayai kerana kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  dan bukannya arahan perpindahan atas keperluan perkhidmatan.

"Saya ingin menegaskan bahawa arahan pertukaran ini bertentangan dengan matlamat pendemokrasian pendidikan di Malaysia terhadap warga pendidik dalam mengangkat martabat profesionalisme perguruan dalam persada pendidikan negara," ujar Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala.

Memorandum telah diterima oleh Rashidah Mohd. Arif, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang. Pada awalnya Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Rosdi Ismail telah bersetuju menerima memorandum ini dalam satu temujanji yang dibuat sehari awal sebelum kunjungan dibuat, tetapi akhirnya terpaksa bergegas ke suatu mensyuarat lain 15 minit sebelum masa yabg dijanjikan.

Turut bersama dalam penyerahan memorandum tersebut adalah Mohd Zai Mustafa, Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN).

Cikgu Mala juga melahirkan kesal dan dukacita atas tindakan KPM menukarkan guru secara tergesa-gesa dan tanpa sebab yang kukuh sejak sekian lama. Minda dan jiwa warga pendidik yang banyak berjasa cuba dikongkong dengan 'penindasan'  penjajahan alaf baru sejak 57 tahun kita merdeka.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment