MANA PERGINYA BUDAK-BUDAK KESATRIA BN YANG MENDABIK DADA SANGGUP GUGUR BILA BERTEMPUR APABILA RAJA BOMOH SEDUNIA NAK TAMPAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN....???

Itu hari semasa penamaan calon PRK DUN N25 Kajang, 11hb Mac 2014 yang lalu, bukan main lagi budak-budak Briged Kesatria BN yang dikepalai exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Panglima Ludah Beracun Negara Armand Azha Hanafia bahawa mereka sanggup gugur bertempur demi mempertahankan UMNO.... Siap buat demo pencak kuntau lagi.

Nah....!!! Sekarang teriakkan kamu telah diuji dan di cabar oleh Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ibrahim Mat Zain apabila hari ini secara terbuka memperlekeh dan menghina Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai gila, bodoh dan budak hingusan dan paling teruknya akan tampar muka KJ macam dia "tampar" buaya tembaga dulu.

Masakan mau berpeluk tubuh apabila ketua kamu dimaki hamun dan mau diugut ditampar.... masa inilah nak tunjuk kalian punya jantan.

Omak Kau tidak setuju mencari penyelesaian dan pencerahan secara kudrat dan menggunakan otot tetapi nak juga tahu betulke apa yang diteriak dengan apa yang dibikin.

Mohon teriak serupa bikin.... jangan sekadar teriak macam tong drum kosong.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment