Liwat II: Rayuan terhadap pembebasan Anwar bermula

 
Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar Seri Ibrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

LAPORAN LANGSUNG

10:30am Di luar mahkamah, seorang lelaki Cina berumur 65 tahun yang enggan mendedahkan namanya menarik perhatian dengan menyampaikan puisi dan lagu mengutuk pentadbiran kerajaan BN, termasuk bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Antaranya rangkap yang disampaikan:

Mahathir hantu punya guru
Kata Cina, pakai hitam punya baju
Mahathir penipu nombor satu
Tanya apa lagi Cina mahu?

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang dan sekarang menetap di Kuala Lumpur sudah berada di Istana Kehakiman sejak pukul 8 pagi.

Menurut seorang penyokong Anwar, lelaki yang dikenali sebagai “Uncle Sow” itu sentiasa setia berada di mahkamah setiap kali perbicaraan Anwar.

10.25am Shafee berkata, pegawai penyiasat meletakkan botol itu dalam sampul berasingan dan ia kekal kukuh.

Tambahnya, hakim terkhilaf memutuskan beg plastik yang terkoyak menunjukkan ia diusik.

“Saya syak (hakim perbicaraan) keliru perkara itu dengan botol yang sudah ditutup.”

10.13am Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan “asli” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

Shafee berkata, hakim perbicaraan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

Katanya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan ekstensif.

Shafee berkata, hakim salah anggap terhadap fakta.

“Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal.”

Botol itu ditutup dan ditandatangani oleh doktor dan kemudian oleh Saiful sendiri.

10.10am Menurut Shafee, kadang kala kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY).

Katanya, daripada kuku Saiful, terdapat kesan kulit tertuduh.

10.08am Shafee berkata, tiada penjelasan bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

“Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar.”

10.05am Shafee berkata, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur dan menurut mereka terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya turut berada dalam mahkamah. Mereka berdua berdiri di bahagian  belakang.

9.55am Berhubung keraguan munasabah, Shafee berkata, tidak perlu mencipta 100 peratus keraguan munasabah.

Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.

9.45am Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap integriti sampel itu.

“Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu."

“Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee.

9.45am Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

Katanya lagi, hakim juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

“Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”

9.40am Shafee berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar, eksibit DNA daripada rektum Saiful telah dikompromi.

Katanya, persoalannya sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat  Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

Petisyen rayuan akan menumpukan kepada isu itu, kata Shafee.

9.35am Shafee memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu. Turut hadir Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee berkata, penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

Kesemua tempat duduk dalam mahkamah penuh dan ramai lagi yang menunggu di luar kerana tiada tempat duduk.

9.30am Sesi mahkamah bermula dengan hakim Balia Yusof Wahi mengetuai tiga panel Mahkamah Rayuan.

9.28am Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

Keadaan di luar Istana Kehakiman tenang dan hanya beberapa orang penyokong Anwar dan sekumpulan kecil polis beruniform kelihatan di luar mengawal keadaan.

9.20am Pasukan pendakwaan sudah bersedia di dalam mahkamah dan menunggu peguam pembelaan Karpal Singh. Khabar angin tersebar bahawa Anwar akan failkan permohonan menukar hakim.

Di luar, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, beberapa aktivis dan penyokong AMK disekat memasuki Istana Kehakiman.

Beberapa minit kemudian hanya Rafizi dibenarkan masuk.

9.19am Mahkamah penuh sesak, termasuk kehadiran pemerhati antarabangsa.

Antara kelihatan di galeri awam wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.

9:10am Ketibaan Anwar di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah serta dua anak perempuannya.

Beliau terus menuju ke kamar Mahkamah Rayuan di tingkat 2.

9.05am Kawalan keselamatan ketat di mahkamah ekoran insiden semalam yang menyaksikan orang ramai cuba merempuh pasukan keselamatan.

Orang ramai hanya dibenarkan memasuki mahkamah melalui pintu depan sahaja yang dilengkapi dengan mesin X-ray.

Panel Mahkamah Rayuan diketuai hakim Balia Yusof Wahi. Anggota lain Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment