KUALA LUMPUR: Peguam PKR, N Surendran menyelar kenyataan dikeluarkan hakim berhubung rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghalang Shafee Abdullah untuk menjadi pendakwaraya dalam perbicaraan Fitnah Liwat 2, Anwar Ibrahim.

Beliau yang dipetik Keadilandaily berkata, kenyataan dikeluarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi yang menyatakan tindakan Anwar sengaja melambatkan proses perbicaraan, sebagai tidak adil dan tidak wajar.

“Saya merujuk kepada Keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac lalu yang menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2."

“Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi mendakwa bahawa permohonan Anwar telah dibuat untuk melambatkan rayuan kerajaan dan merupakan penyalahgunaan proses."

“Kenyataan ini adalah tidak wajar dan tidak perlu,” kata Surendran seperti lapor portal berita PKR itu.

Surendaran yang Naib Presiden PKR menegaskan, hakim sepatutnya menjalankan tugas selari dengan prinsip undang-undang tanpa pengaruh politik pemerintah.

Tambahnya, umum mengetahui bahawa Shafee yang bakal mengetuai pendakwaan bagi kes Fitnah Anwar adalah peguam peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

“Tugas hakim adalah untuk mendengar semua permohonan dan hujah bagi pihak tertuduh, dan kemudian membuat keputusan."

“Apatah lagi dalam kes seperti ini di mana Anwar adalah mangsa tuduhan bermotifkan politik yang dibawa dengan galakan dan hasutan kerajaan memerintah."

“Prinsip perundangan jenayah bahawa, orang yang dituduh harus dibenarkan peluang untuk mempertahankan dirinya, hak untuk perbicaraan yang adil adalah prinsip asas sistem keadilan jenayah kita."

“Kita menyeru kerajaan BN dan PM Najib Razak, yang mana peguam peribadinya adalah pendakwa bagi kes Fitnah Anwar, untuk menggugurkan tuduhan rekaan terhadap pemimpin pembangkang,” katanya.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment