Ingat Betul-Betul Wajah Ni.... Panel 3 Hakim Mahkamah Rayuan Yang Jatuhkan Anwar Bersalah

Keputusan SPR mengumumkan tarikh pengundian PRK Kajang pada 23 Mac, hampir 2 bulan selepas tarikh pengosongan hanyalah hendak bagi laluan keputusan mahkamah rayuan untuk jatuhkan Anwar bersalah.
Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh (gambar) membuat keputusan itu terhadap Anwar, 66, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Hukuman di tangguhkan dengan diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 paling lewat pada hari isnin ini 10hb Mac 2014 jam 11.00 pagi.
Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.
Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini dan itu adalah kemahuan pemimpin Umno yang kelihatan terlalu takut dengan kelibat Anwar.

Sumber Berita Dari Blog Addin

No comments:

Post a Comment