IMPIAN UMNO UNTUK MELIHAT PAS BOIKOT PRK KAJANG BERKECAI APABILA JENTERA PILIHANRAYA PAS DILANCARKAN

Nampaknya kerja adu domba hasut memfitnah yang dilakukan oleh media arus perdana untuk melihat PAS boikot PRK Kajang hancur berkecai apabila malam tadi bertempat di Desa Sri Jenaris, Kajang bersama saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah berlangsung pelancaran Jentera Pilihanraya PAS PRK Kajang.

Isu saman RM2 juta yang cuba ditiupkan kononnya dalang KEADILAN mau aibkan Dato Seri Presiden PAS, TGHA tidak kesampaian dan termakan.

Isu sepatutnya PAS menjadi Menteri Besar Selangor, para pemimpin tertinggi PAS ambil pendirian iatu adalah keputusan bersama Pakatan Rakyat.

Inilah bezanya apabila Pakatan Rakyat memiliki kelompok pemimpin yang matang, bijak, dingin kepala, berlapang dada, tidak khianat kepada perjuangan, tidak lari dari menyumbang pertolongan masa di perlukan .. Lebih mustahak sudah kenal amat sepak terajang politik murahan gersang UMNO/BN.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment