KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa gaji dan elaun terhadap Duta dan Penasihat Khas Perdana Menteri dibayar mengikut kelayakan masing-masing seperti diperuntuk dalam bajet tahunan.

Dalam penjelasan itu, tiada angka spesifik dikemukakan berhubung jumlah bayaran kepada duta dan penasihat tersebut.

Penjelasan bertulis itu dibuat kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang mahu Perdana Menteri menjelaskan senarai penuh duta khas serta penasihat khas serta saraan penuh yang dinikmati termasuk faedah dan kos ke atas bajet.

Dalam jawapannya semalam, Shahidan juga memaklumkan seramai lapan orang duta dan penasihat khas telah dilantik.

Mereka adalah:

1-Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain (Penasihat Agama PM)

2-Datuk Wira Mohd Johari Baharum (Penasihat Khas mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara)

3-Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan )

4-Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil (Penasihat Pembangunan Keusahawann dan Ikhtisas Wanita)

5-Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas ke Republik Rakyat China)

6-Datuk Seri S.Samy Vellu (Duta Khas ke India dan Asia Selatan)

7-Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Duta Khas ke Amerika Syarikat).

8-Datuk Seri Tiong King Sing (Duta Khas ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan)

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment