Exco: Salinan MOU atas talian tak sahih

 
Kerajaan Selangor menafikan kesahihan dokumen yang beredar di atas talian berhubung rundingan air yang dimaterai antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.


Exco negeri Elizabeth Wong berkata, perincian memorandum persefahaman (MOU) berhubung penstrukturan semula air negeri yang ditandatangani minggu lepas belum didedahkan kepada umum.

Menurutnya lagi, “salinan” yang sedang beredar sebenarnya berbeza daripada rundingan sebenar.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menggariskan dengan terperinci perbezaan itu ekoran sekatan undang-undang.

Wong bagaimanapun menegaskan, rundingan dibuat berdasar tuntutan kerajaan negeri dalam tempoh enam tahun terakhir ini.

Pengarah strategi PKR Rafizi turut memuatkan dokumen didakwa sebagai MOU tersebut di blog rafiziramli.com bersama satu kenyataan media.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment