EDISI RAKYAT KENA TIPU JANJI BN.... JANJI DI CAPATI


PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL.... CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN KLINIK KESIHATAN JENIS 4S TELUPID DENGAN X-RAY DAN KUARTERS DI TELUPID BELURAN, SABAH. TARIKH MILIK TAPAK 25.9.2009 TARIKH SIAP 26.9.2011.
Kalau ikut pada papan kenyataan projek sepatutnya sudah siap 30 bulan yang lalu.... Ini jangan katakan siap.... satu biji batu simen pun tidak kelihatan.

Mungkin dekat PRK 14 nanti maka ditukar papan kenyataan yang baru dengan janji baru pula.... Nak lihat klinik berkenaan berdiri tegak terbina peluangnya agak tipislah.

Yang pasti rakyat luar bandar dan pendalaman akan terus di tipu dengan segala janji manis.

Kepada rakyat Kajang.... jadikan isu ini pendoman dan panduan untuk siapa mau pangkah pada 23hb Mac 2014 nanti.

Kasi ajar sama ini BN.... caranya mudah.... berikan kemenangan besar dan bergaya kepada calon KEADILAN/PR Datin Sri Wan Azizah Ismail.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment