EDISI BIAR GAMBAR BERBICARA.... PERBEZAAN ANTARA CALON PR DAN BN DALAM MENGHORMATI DAN PATUH UNDANG-UNDANG....

Dua rakaman gambar yang mampu menceritakan gelagat dan sifat yang ada pada dua tokoh yang bakal berentap di PRK Kajang pada 23hb Mac 2014 ini.

Seorang tokoh bernama Dato' Seri Anwar Ibrahim calon KEADILAN/PR ketika terpaksa membonceng motosikal ke tempat Himpunan Rakyat Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8hb Mei 2013 yang lalu.

Seorang lagi calon MCA/BN bernama Chew Mei Fun yang juga membonceng motosikal ketika program gotong royong anjuran MCA di Gereja Methodist Sg Chua, Kajang pagi ini 2hb Mac 2014.

Yang amat jelas ialah penunggang dan pembonceng yang melibatkan DSAI memakai topi keledar keselamatan iaitu satu kemestian sepertimana mengikut Kaedah 4 motosikal (Topi Keledar) 1973 jika gagal dan enggan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).

Sedangkan calon BN Chew Mei Fun sebagai pembonceng dan penunggangnya dengan tidak ada rasa malu dan hormat kepada kedaulatan undang-udang tidak memakai topi keledar.

Mengikut undang-udang penunggang atau pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan boleh dikenakan saman mengikut Kaedah 4 motosikal (Topi Keledar) 1973 dan boleh di hukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.... Boleh dikompaun RM300.

Cuitkan sedikit akal dan tanya pada diri sendiri.... pemimpin mana yang boleh dijadikan teladan ikutan sebagai pemimpin yang menghormati kedaulatan undang-udang negara dan yang mana satu main langar semacam sahaja seolah-olah undang-undang tidak wujud dinegara ini sedangkan mereka adalah pengubal undang-udang.

Jangan kita ambil mudah dan remeh perkara ini sebab ianya mengambarkan siapa diri mereka yang sebenar.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment