(6 GAMBAR) HUTAN BERHAMPIRAN DENGAN KILANG LYNAS, GEBENG, KUANTAN TERBAKAR

Kebakaran hutan semakin marak di Kawasan Industri Gebeng berhampiran dengan kilang lynas....

Menurut maklumat, kawasan kebakaran yang bermula pagi tadi boleh di lihat sejauh 10 kilometer dan mengakibatkan jarak penglihatan di kawasan berhampiran menurun kepada 5 meter sahaja dan membahayakan pengguna jalan raya di kawasan industri tersebut.

Lebih 40 anggota Bomba dari Balai Gebeng dan Indera Mahkota dibantu anggota Bomba TLDM dan BASF Petronas bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

Di masa yang sama kebakaran dilapor merebak ke Kampung Palas, Cherating seluas 150 ekar dan berhampiran Pusat Latihan Maritim.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment