Subhanallah, Manfaat Solat Asar


"Peliharalah segala solat (mu) dan (peliharalah) solat wustha (asar)," (al-Baqarah [2]: 238).

Rasulullah SAW bersabda: "Para malaikat mengawasi kalian dengan bergantian antara malam dan siang. Mereka kemudian berkumpul pada waktu solat subuh dan solat Asar. Lalu malaikat yang mengawasi di malam hari naik ke atas. Maka Tuhan bertanya walau Dia lebih tahu dari mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hamba Ku?' Para malaikat menjawab, "Ketika kami pergi, mereka sedang melaksanakan solat. Dan ketika kami datang, mereka juga sedang melaksanakan solat," (HR Bukhari).

"Siapa saja yang tidak melaksanakan solat Asar, maka amal perbuatannya akan hilang sia-sia," (HR Bukhari).

Dalam solat Asar terdapat keutamaan yang besar, Rasulullah SAW mengaitkannya dengan solat Subuh.

Majoriti umat Islam menamatkan pekerjaan mereka selepas solat Asar tiba. Dengannya, solat Asar boleh menjadi penyembuhan berkesan dari segala sesuatu yang dilalui pada hari itu seperti halangan-halangan emosi, ketegangan dan keletihan.

Majoriti kaum muslimin membahagikan aktiviti mereka menjadi dua tahap. Tahap kedua ini bermula selepas solat Asar.

Oleh sebab itu, manfaat solat Asar adalah membuang sifat malas, memulihkan badan selepas makan, tidur dan berehat, memulihkan peredaran darah, melancarkan aliran darah di seluruh anggota badan serta menyalurkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan pekerjaan.
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam
 
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang adalah penting bukan sahaja kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah, tetapi kepada Pakatan Rakyat dalam memperkukuh pengaruh mereka ke Putrajaya.

Wartawan Harakahdaily Mohd Nazri Abdullah, Muhammad Faizal serta jurufoto Wan Zahari mendapatkan Wan Azizah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Wan untuk potensi dan harapan beliau di Kajang ini.

Harakahdaily: PRK Kajang masih berbaki beberapa hari lagi, bagaimana kempen Kak Wan setakat ini serta penerimaan orang ramai.

Wan Azizah: Setakat ini Alhamdullilah penerimaan yang baik, memanglah ada penyokong Barisan Nasional (BN) yang tegar. Tapi ini lebih kepada petugas-petugas yang dimasukkan khas untuk meraih undi. Yang lain tu ada tempat-tempat Kak Wan pergi memberikan harapan yang tinggi, Insyaallah.

Harakahdaily: Setakat ini kalau dikira peratusan jelajah Kak Wan untuk kempen ini sejauh mana sudah dicapai.

Wan Azizah: Mungkin lebih sedikit daripada sebelum ini, tapi saya tidak mahu menjangkakan selesa kerana itu akan mengganggu kerja. Tapi setakat ini terutamanya kawasan-kawasan Tionghua, lebih menerima Kak Wan. Melayu tu Alhamdullilah lebih daripada pilihanraya yang lalu.

Harakahdaily: Maksudnya dari sudut kawasan semua tempat Kak Wan sudah pergi.

Wan Azizah: Iya-iya semua kawasan, kita cuba pergi ke semua tempat. Kajang tak lah besar sangat.

Harakahdaily: Mungkin ada pendekatan berbeza untuk orang Cina, Melayu di sini, bagaimana pendekatan yang digunakan.

Wan Azizah: Orang Melayu, mungkin masa mula-mula saudara Anwar telah bermula dekat masjid dan surau seperti tazkirah, itu lebih menyentuh. Kalau ikut komuniti Melayu ini, persekitaran surau dan tazkirah, jadi kita telah bertemu di situ. Di pasar-pasar dengan kaum wanita.

Rumah ke rumah susah sikit kalau siang hari sebab kebanyakkan mereka bekerja, yang tinggal di rumah pun tak ramai tetapi kita dapat bertemu dengan mereka.

Pengundi Cina, alhamdullilah waktu malam, lepas kerja kita buat ceramah dan ceramah mereka lebih meriah dari Melayu dan respon mereka lebih berbanding dengan pengundi Melayu.

Kita juga pergi rumah ke rumah, kita tidak boleh memandang remeh jentera BN yang sudah lama bertapak dan mempunyai sumber kewangan yang banyak. Namun kalau lihat saingan, kita berikan cukup hebat, dari segi bilboard dari segi poster dan bunting, kita boleh rasa kehadiran PKR itu sekurang-kurangnya menandingi BN.

Harakahdaily: Dari sudut persefahaman dan bantuan rakan-rakan parti khususnya PAS dalam PRK Dun Kajang, bagaimana Kak Wan melihatnya.

Wan Azizah: Saya kira terbaik, Dr Hatta, Khalid Samad, Dr Siti Mariah setiap malam berada di sini. Sekarang sesi parlimen, memang mereka datang. Kalau dipandang dari segi tuan rumah Dr Che Rosli, memang saya melihat rata-rata beliau hadir termasuk YB Iskandar, PAS Selangor memang bersama saya.

Muslimat PAS datang berjumpa Kak Wan, bersama-sama meraih undi, membuat culaan termasuk juga masak memasak.

Harakahdaily: Dari sudut isu yang dibawa, apa yang menjadi agenda bila bertemu dengan pengundi.

Wan Azizah: Salah satunya dari sudut keadilan sebab kes saudara Anwar, satu lagi adalah kes biasa iaitu kesesakan lalu lintas, kebersihan, rawatan sisa pepejal dan anak muda yang kita akan berikan mereka satu ruang dan peluang untuk mereka menghabiskan masa riadah dan apa-apa peluang pekerjaan, di kawasan sini ramai yang menjadi suri rumah dan mereka mempunyai masa yang boleh dipenuhi.

Selain itu juga isu jenayah, saya bercakap dengan seorang pengundi di sini jangan tanya rumah dimasuki perompak atau pencuri, tetapi tanya berapa kali telah dimasuki. Ini menandakan isu kadar jenayah yang membimbangkan.

Harakahdaily: Kita juga melihat PRK kali ini menjadi modal untuk parti lawan menghentam Kak Wan, bagaimana Kak Wan berhadapan dengan serangan lawan?

Wan Azizah: Pada mula memang geram jugak, tetapi saya kira boleh dijawab kerana kalau ada isu membabitkan saya dan telah lalui ini dapat mematahkan isu-isu apa yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin. Sebab mereka juga ada isu yang lebih penting dari isu boneka ini, saya kira itu tak lah isu yang berat. Sebenarnya dalam isu ini telah menimbulkan simpati.

Harakahdaily: Dalam tempoh berkempen setakat ini, apa kenangan manis Kak Wan bila bertemu masyarakat di sini.

Wan Azizah: Cara mana mereka menerima Kak Wan, cara mana mereka kata "saya akan sokong, saya akan undi dan berikan sokongan", saya rasa sungguh terharu. Saya bukannya biasa sangat dengan Kajang, kalau Pematang Pauh itu lainlah dan kalau penerimaan sedemikian, pertama kali jumpa, saya cukup terharu dan berterima kasih.

Itupun kerana Kajang mempunyai kadar penembusan internet yang tinggi, jadi mereka membaca alternatif media, penduduk yang berpendidikan, celik mata hati (insyaallah) dan saya kira itulah menyebab mereka menerima Kak Wan.

Harakahdaily: Ada juga bertanya bagaimana Kak Wan berdepan dengan pelbagai isu khususnya dalam isu hukuman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Wan Azizah: Kekuatan dari dulu lagi, kekuatan orang Islam kena sabar dan redha, bahagikan masa memang susah sebab kita selalu mengejar mana. Anak-anak Kak Wan semuanya sudah besar, bila pertama kali Kak Wan ceritakan mungkin menjadi calon Kajang, adalah sedih sikit, sebab bila jatuh hukum tu kami sugul la kan, biasalah. Bila Kak Wan kata "mama kemungkinan akan jadi calon", tapi mereka kata "takpa ma kami dah besar, ma boleh buat dan ma memang mampu lakukannya", jadi ini membuat saya kuat.

Harakahdaily: Datuk Seri Anwar sendiri, selepas dijatuhkan hukuman dan tidak dapat bertanding di Kajang, apa kata-kata Datuk Seri kepada Kak Wan untuk memberi inspirasi bertanding di sini.

Kak Wan: Dia kata akan sibuk, perbincangan akan terhad dan sama-sama mengetahui suasana politik di Malaysia mencabar sekali. Beliau suruh saya jaga kesihatan sebab saya ni tak la pergi aerobik atau apa-apa, beliau suruh saya jaga makan minum agar tidak letih sangat. Saya kadang kala tidak terdaya untuk aktif sangat, sebab saya biasa jadi calon dan kalau boleh akan bertemu dengan ke semua pengundi.

Harakahdaily: Hari sudah masuk hari ke sepuluh kempen, bagaimana Kak Wan melihat sokongan pengundi kepada Kak Wan.

Wan Azizah: Ok, insyaallah tapi jangan kita terlalu yakin dan rasa selesa sebab saya dah kena pada 2004. Masa itu memang, saya calon pilihan dan ada mereka kata memberi jaminan kemenangan tetapi bila dibuat kiraan dan disiarkan di televisyen saya dah kalah, sedangan SPR kata saya dah menang kiraan pertama tapi diumumkan kalah. Sebab itu kita mesti bekerja kerana kita bertanding di atas sebuah padang yang tidak rata.

Harakahdaily: Bagaimana Kak Wan melihat PRK Kajang ini, adakah PRK Kajang ini untuk Kajang semata-mata dan habis di sini?

Wan Azizah: Tidak, tidak, langkah ini memang kita fikirkan untuk membuat satu impak dalam isu negara kita ini, terutamanya isu perbedaan agama. Dalam hidup Kak Wan tidak pernah timbul satu masa akan berlaku sesuatu yang melampau batas seperti simbah darah ayam, campakkan kepala khinzir, ini suatu yang tidak pernah kita terbayang. Bila jadi sedemikian kita bertelagah, termasuk isu kalimah Allah.
Kita kena perluaskannya dan kalau ini langkahnya ia merupakan langkah permulaan. Kajang boleh dijadikan sebagai model, Pakatan Rakyat boleh memerintah dengan baik, dengan pengurusan yang lebih baik akan diberi barakah oleh Allah, itu yang kita mahukan. Kita mesti lakukan sesuatu, kalau ini merupakan sumbangan yang sedikit dari Kak Wan, insyaallah saya akan lakukan.

Harakahdaily: Berhubung dengan langkah Kajang yang dikaitkan dengan pertukaran Menteri Besar, bila Anwar tidak dapat menjadi calon dan diganti dengan Kak Wan, bagaimana Kak Wan melihatnya.

Wan Azizah: Saya fikirkan ini masih berjalan lancar, semalam saya bertemu dengan Menteri Besar, dan bercakap tentang aduan yang diterima tentang sampah dan beliau bercakap dengan YDP, dan ia akan berikan kerjasama untuk memperbaiki keadaan.

Hubungan yang baik Anwar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Kak Wan, serta exco-exco saya kira bahawa kerjasama ini berlaku dan kuat, pentadbiran yang baik dapat dibuktikan.

Harakahdaily: Itu dari sudut pentadbiran, bagaimana pula dari sudut kesatuan PKR sendiri di Selangor.

Wan Azizah: Perangai Kak Wan sebagai ibu, dalam keluarga itu ada perselisihan faham, ini biasalah. Apatah lagi dalam politik, Kak Wan akan tenteramkan keadaan, bila Kak Wan ada boleh lagi menyeleraikan perbezaan pendapat ini.

Harakahdaily: PRK Kajang menjadi medan penyatuan antara ahli komponen parti khususnya PKR, dan selepas ini akan ada kongres pemilihan. Adakah ini menjadi medan penyatuan atau saling mereka menonjol untuk berkempen.

Wan Azizah: Dua-dua boleh berlaku, sebab mereka mengambil peluang untuk sama-sama kempen. Lagipun ini merupakan ciri-ciri multi politik dan mereka datang untuk tolong Kak Wan, dalam masa yang sama mereka berkempen untuk pemilihan parti. Kempen yang sihat.

Harakahdaily: Pada pandangan Kak Wan, kongres akan datang mungkin Kak Wan melihat apa yang sedang berlaku dalam parti, apa Kak Wan lakukan.

Wan Azizah: Biasalah bila ada pemilihan akan wujud medan pertandingan serta kempen untuk mendapatkan sokongan kemenangan, itu perkara biasa tetapi jangan sampai kita berpecah. Walau apa berlaku, biar berlaku dengan sihat kerana kita masih ada urusan penting untuk dilakukan.

Harakahdaily: Tempoh kempen masih ada empat hari lagi, apa sentuhan terakhir Kak Wan?

Wan Azizah: Saya pasti kerajaan BN akan mainkan isu pesawat, saya kira orang Kajang tidak termakan isu tersebut. Insyaallah, Kak Wan akan mengulangi bertemu dengan pengundi dan setengahnya atas pagar itu kita jumpa mereka sekali lagi.

Harakahdaily: Apa pesanan Kak Wan kepada jentera dan petugas parti?

Wan Azizah: Pagi ini (kelmarin) Kak Wan sudah ke tempat pengundi awal, kita akan pastikan jentera kita menjaga peti undi tersebut sehingga sampai hari pembilangan undi. Kita tanya juga kenapa tidak mengira terus kertas undi tersebut, tetapi perkara itu tidak dilakukan kerana pengiraan perlu dilakukan serentak. Lagipun bukan ada apa-apa perbezaan pun.

Harakahdaily: Pendapat Kak Wan tentang penyebaran gambar super impose yang tidak senonoh mengenai calon BN.

Wan Azizah: Kita kutuk, kita tidak setuju sama sekali, kalau nak bertanding kita bercakap tentang isu. Tidak ada serangan peribadi, ini perlu ditegah. Mereka yang melakukannya perlu ditarbiyah. Kita sudah menyimpang dari budaya yang sepatutnua kita lakukan. Kempen tersebut perlu dihentikan segera sama ada BN mahupun PKR.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar....

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri."

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki."

"Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan."

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui ~ CeritaKosongku

....Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.... bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya....

Jadi kesimpulannya.... nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya....

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza....

Aku menyiarkannya bukan kerana aku ahli PKR dan Kapten Zaharie juga ahli PKR.... tapi kerana isu ini kini berada dimata dunia.... jadi bersamalah kita memerhatikannya dari mata dunia....

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

Diego Garcia dan Simulator itu biasa - bekas juruterbang

Diego Garcia bukan lokasi rahsia

SHAH ALAM - Diego Garcia, pulau terpencil di selatan Lautan Hindi yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) bukanlah kawasan rahsia sehingga dianggap terlalu bahaya untuk mana-mana pihak pergi ke sana.

Bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, beberapa tahun lalu pihaknya pernah mengatur penerbangan ke Diego Garcia untuk membawa anggota tentera AS pulang ke negara mereka.

“Saya mengaturkan pesawat Boeing 747 antara tiga ke empat penerbangan untuk tentera AS. Kita berlepas dari Kuala Lumpur ke Diego Garcia kemudian bawa mereka pulang ke AS."

“Jadi, Diego Garcia bukan kawasan rahsia. MAS dah pergi ke sana dan tiada apa-apa yang berlaku,” katanya menerusi program soal jawab sebuah stesen televisyen, semalam.

Nik Huzlan berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mengkaji pendaratan pesawat di pulau itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sudah menjadi hobi sesetengah juruterbang bermain dengan simulator untuk mendarat di kawasan yang jarang dilewati.

“Mereka akan pilih tempat yang pelik-pelik. Kenapa Diego Garcia yang dipersoalkan. Banyak lagi landasan lain yang dianggap rahsia yang boleh dipersoalkan."

“Contohnya di McMurdo, iaitu landasan panjang (berais) di Antartika, atau di Edward Air Force yang memiliki landasan sejauh 11 kilometer. Kalau nak pergi betul-betul dengan Boeing 777 sukar, jadi juruterbang akan bermain dengan simulator, ini 'philosophy' biasa seorang juruterbang,” katanya.

Menurutnya, dahulu Lapangan Terbang Kai Tak di Hong Kong antara landasan kegemaran juruterbang kerana laluannya yang mencabar.

Terdahulu, akhbar melaporkan terdapat lima landasan rahsia yang dimuatkan dalam simulator milik Zaharie antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka.

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie
KAJANG: Pakatan Rakyat mempunyai jalan penyelesaian bagaimana hendak mengurangkan tarif elektrik sekiranya mereka berjaya mentadbir negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata sesebuah kerajaan itu mampu berfikir sekiranya mereka meletakkan keutamaan untuk menjaga kepentingan rakyat.

Bercakap di hadapan lebih 500 pengundi Kajang semalam, Husam berkata, kerajaan boleh mendapat sumber arang batu paling dekat iaitu di Sumatera Selatan yang mempunyai rizab 48 peratus dari seluruh Indonesia.

"Tenaga yang kita hendak janakan ini daripada arang batu. Sumatera Selatan hanya sebelah Selat Melaka sahaja."

"Kalau kita bina janakuasa ini di Sumatera Selatan dengan transmition cable di mana dalam ekonomi bawa arang batu lebih mahal daripada bawa elektrik," katanya.

Tambahnya, arang batu yang diperoleh dengan harga murah itu mempunyai kalori yang tinggi iaitu 6,500 kalori.

"Kita boleh jual yang tinggi, kita guna yang lebih rendah kita akan jimat kos," katanya.

Dengan penyelesaian ini, jelasnya harga elektrik akan lebih murah dan kerajaan boleh kekalkan harga itu untuk seluruh Semenanjung Malaysia.

"Kenapa kerajaan BN tidak buat macam ini kerana mereka ada kepentingan-kepentingan lain."

"Jadi kalau dalam elektrik sahaja kita boleh fikir penyelesaiannya seluruh masalah-masalah lain dan ekonomi dalam negara kita boleh selesaikan," katanya.

Hari ini rakyat Malaysia membayar tarif elektrik yang lebih tinggi ekoran tindakan kerajaan Umno BN menganugerahkan projek janakuasa arang batu kepada 1MDB walaupun ada saingan yang menawarkan harga lebih murah.

1MDB memenangi kontrak dengan bidaan pada harga 25.65 sen per kwh walaupun YTL Power membida pada kadar 25.23 per kwh.

Rakyat akan membayar elektrik yang lebih mahal kepada 1MDB iaitu perbezaan 0.42 sen per kWh.

Perbezaan ini menunjukkan perbezaan sejumlah RM2 bilion sepanjang 25 tahun tempoh konsesi.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

RISALAH DARI KELAB UMNO PESARA KANAN KERAJAAN MALAYSIA BERTABURAN DI KAJANG MERAYU PENJAWAT AWAM DAN PESARA MEMBERIKAN UNDI KEPADA CALON "MELAYU" BN....!!!

Tidak mau mengulas banyak hanya sekadar menulis kembali lirik lagu "keramat" UMNO yang sering didendangkan sama di PWTC maupun kursus anjuran BTN.

Yang jelas antara penurun tanda tangan surat merayu para pesara kanan kerajaan yang berjiwa Melayu "pekat" ini ialah bekas Presiden Cuepacs, bekas Ketua Pengarah Pendidikan dan bekas KSU KDN.

HIDUP MELAYU....!!! HIDUP UMNO....!!! PASTIKAN JANGAN AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT BUMI DIPIJAK MILIK ORANG....!!!

WARISAN ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara


Sumber Berita Dari Blopg Omak Kau

Zalimi bangsa sendiri! Roboh rumah di Kg Mak Chili

Sewaktu PAS mengetuai Kerajaan di Terengganu pada 1999-2004, antara dasar kerajaan negeri ialah memberi tanah kepada rakyat miskin dan kurang bernasib baik. Dalam tempoh tidak sampai 5 tahun, 60 ribu lot tanah di agih tanpa mengira idealogi politik. Pendekatan Kerajaan negeri dikagumi atas usaha gigih mengurniakan tanah dalam tempoh yang singkat.
 
Program Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Terengganu pimpinan Menteri Besar waktu itu, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, menjadi bualan dan perbincangan rakyat. Usaha terbaik menangani persoalan perumahan rakyat. Ia mendorong Pejabat Tanah di negeri lain datang ke Terengganu untuk mendapat gambaran usaha yang dilakukan dan dicapai dalam tempoh yang singkat.
 
Malangnya, bila berlaku pertukaran kerajaan kepada Barisan Nasional, dasar baik Kerajaan PAS bukan sahaja tidak dilanjutkan; malah lot-lot tanah yang telah diberi dirampas semula dengan cara yang amat kejam.
 
Perumahan yang telah wujud disodok dan dimusnahkan. Masakan boleh kita lupakan tragedi ala Yahudi di Palestin, bagaimana RTB Bujal yang telah mula dibangunkan rumah-rumah rakyat dihancurkan. Teramat sedih sekali Masjid RTB Bujal diruntuhkan!

Kezaliman kerajaan BN tidak pernah terhenti. Paling akhir rumah milik En Awi bin Ismail di Lot PT 12630 di Kg Mak Chilli, Mukim Chukai dirobohkan oleh jentolak pada 18 Mac lalu sekitar jam 10 pagi. Pihak Pejabat Tanah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dengan bantuan anggota polis menjadi alat Kerajaan BN memusnahkan hak kepentingan bangsa sendiri.
Pak Awi bukan orang senang. Bekerja sebagai pegawai rendah Perwaja Steel, hanya memiliki rumah sekitar tahun 1981. Mempunyai ramai anak, beliau memohon lot tanah di zaman Kerajaan PAS memerintah untuk menempatkan anak-anaknya yang telah berkelamin tapi tiada tempat tinggal. Dengan wang KWSP, tahun 2004, beliau mendirikan rumah dengan kos RM32,000 untuk dua orang anaknya yang berkelamin.
 
Kerajaan BN sejak ambil alih kerajaan, tidak pernah berhenti mengugut dan mengancam dengan berbagai cara untuk menghalaunya keluar dari lot tanah LMS yang diberi Kerajaan PAS. Dia ditawarkan pampasan oleh pemaju sejumlah RM20,000, walhal kos dia membina rumah pada tahun 2004, RM32,000. Jumlah pampasan yang tidak munasabah.
 
Oleh kerana En Awie, isterinya, Pn Rohani bt Muhammad, bertegas mempertahankan hak mereka; akhirnya, rumah yang menempatkan anak-anaknya dirobohkan! Barang dalam rumah dilonggokkan disatu kawasan yang terdedah hingga hari ini.
 
Ada tuduhan mengatakan En Awie tamak sebab diberi tanah lain, sedangkan tanah itu dipohon oleh anaknya, Pn Azura Awi yang tiada kaitan dengan tanah atas rumah yang dirobohkan. Setiap anak, 

Sumber Berita Dari Blog Gaya Peneroka
 KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan bahawa gaji dan elaun terhadap Duta dan Penasihat Khas Perdana Menteri dibayar mengikut kelayakan masing-masing seperti diperuntuk dalam bajet tahunan.

Dalam penjelasan itu, tiada angka spesifik dikemukakan berhubung jumlah bayaran kepada duta dan penasihat tersebut.

Penjelasan bertulis itu dibuat kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang mahu Perdana Menteri menjelaskan senarai penuh duta khas serta penasihat khas serta saraan penuh yang dinikmati termasuk faedah dan kos ke atas bajet.

Dalam jawapannya semalam, Shahidan juga memaklumkan seramai lapan orang duta dan penasihat khas telah dilantik.

Mereka adalah:

1-Datuk Seri Dr Abdullah Md Zain (Penasihat Agama PM)

2-Datuk Wira Mohd Johari Baharum (Penasihat Khas mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara)

3-Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan )

4-Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil (Penasihat Pembangunan Keusahawann dan Ikhtisas Wanita)

5-Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas ke Republik Rakyat China)

6-Datuk Seri S.Samy Vellu (Duta Khas ke India dan Asia Selatan)

7-Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis (Duta Khas ke Amerika Syarikat).

8-Datuk Seri Tiong King Sing (Duta Khas ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan)

Sumber Berita Dari HarakahDaily

MACAI-MACAI UMNO SEKARANG MANA NAK LETAK MUKA....!!! KDN AKUI KLIP VIDEO "ONEDERFUL MALAYSIA" BERSIH....!!!

Susulan daripada kenyataan salah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai isu tawaran tampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, satu penjelasan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh kementerian dan mengaku Teresa tidak memperlekeh perdana menteri dalam videonya 'Onederful Malaysia'.

Teresa Kok berkata, penjelasan rasmi yang diterima beliau tersebut yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac dan mengakui bahawa jawapan yang diberikan pihak KDN hanya merujuk kepada kenyataan dan laporan yang dibuat oleh pihak NGO Islam.

Kata Teresa, surat tersebut diterima selepas pihaknya membuat desakan terhadap kementerian tersebut agar memperbetulkan jawapan yang diberikan kepada parlimen awal minggu lalu.

"Saya menerima jawapan tersebut dan untuk itu, tidak akan ada pembentangan sebarang usul untuk membawa timbalan menteri itu ke Jawatankuasa Parlimen," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Ekoran itu, beliau juga berharap Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasrah dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin mengikut tindakan kementerian itu yang berani mengakui kesilapan.

Manakala Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata Pakatan Rakyat (PR) menghantar satu usul untuk membawa kedua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gara-gara serangan ke atas Kok berhubung isu video tersebut.

Katanya serangan dan tuduhan kedua ahli parlimen tersebut adalah tidak berasas sama sekali kerana jelas video tersebut langsung tidak menyentuh mengenai agama, pemerintah dan mengambil kesempatan di insiden Lahad Datu.

Sidang Dewan Rakyat 17 Mac lalu menyaksikan ahli parlimen Kinabatangan dan Lenggong menuduh Kok dengan berkata video tersebut mengundang keadaan tidak baik di kalangan rakyat dan menyentuh soal sensitiviti agama Islam.

Ahli Parlimen itu juga mendakwa Kok menghancurkan perpaduan kaum dalam negara dengan bertindak menyiarkan video tersebut.

"Dengan itu saya sudah menghantarkan usul kepada sidang dewan rakyat bagi kedua ahli parlimen itu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan."

"Saya juga mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat  mengenai usul tersebut," katanya.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Keluarga penumpang MH370 kecewa dengan taklimat khas

OLEH LEE SHI-IAN

Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 14 hari lalu meninggalkan resort selepas taklimat khas Malaysia Airlines di Cyberview Resort and Lodge di Cyberjaya semalam. Pencarian antarabangsa di laut dan udara kini memasuki hari ke-14 masih gagal menemui kesan 239 penumpang pesawat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mac, 2014.  
Anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 14 hari lalu meninggalkan resort selepas taklimat khas Malaysia Airlines di Cyberview Resort and Lodge di Cyberjaya semalam. Pencarian antarabangsa di laut dan udara kini memasuki hari ke-14 masih gagal menemui kesan 239 penumpang pesawat tersebut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mac, 2014.


Taklimat khas Putrajaya dan Malaysia Airlines kepada keluarga penumpang pesawat hilang MH370 malam tadi gagal memberikan jawapan yang dinanti-nantikan.

Lebih 50 orang hadir di Cyberview Lodge, Spa and Resort di Cyberjaya, Selangor untuk taklimat bermula pukul 9.00 malam itu bagaimanapun, mereka gagal untuk mendapatkan jawapan dimahukan mengenai lokasi MH370 dan kedudukan ahli keluarga mereka.

Kebanyakan yang hadir merupakan warga China yang sedih dan tertekan semenjak dua minggu lalu apabila pesawat Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang dan anak kapal itu mula hilang pada awal pagi 8 Mac.

Anggota media tidak dibenarkan untuk bersama mendengar taklimat itu dan terpaksa menunggu di luar sehingga ianya berakhir.

Difahamkan, pegawai tertinggi dari Putrajaya, Malaysia Airlines dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merupakan di antara yang hadir dalam taklimat itu.

Menurut salah seorang pegawai kerajaan Malaysia, sesi taklimat tersebut berjalan dalam keadaan tegang sepertimana persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh anggota-anggota keluarga penumpang MH370 yang masih belum ditemui itu.

“Situasi sangat tegang semasa taklimat dan kebanyakan warga China meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka,” kata pegawai kerajaan Malaysia itu dengan syarat tidak dinamakan.

“Mereka tidak berganjak Putrajaya menyembunyikan fakta mengenai kedudukan pesawat dan lambat dalam berkongsi maklumat.”

Salah satu persoalan yang ditimbulkan adalah mengapa misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke koridor utara dan selatan seminggu selepas pencarian tidak berhasil.

Selepas komunikasi terputus dengan MH370 pada 1.20 pagi, 8 Mac, misi pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Kemudiannya ianya diperluaskan ke Selat Melaka apabila pihak berkuasa mengesyaki pesawat MH370 berpatah balik.

Misi pencarian itu kemudiannya diperluaskan lagi dari radius 50 batu nautika ke 100 batu nautika.

Operasi terkini di kedua-dua koridor utara dan selatan adalah seluas 2.4 juta batu nautika.

Koridor utara bermula daripada kawasan sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand.

Koridor selatan pula bermula daripada Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Pegawai tersebut memberitahu, anggota keluarga penumpang MH370 yang hilang juga diberikan taklimat mengenai perkembangan di Australia di mana dua objek dikesan oleh satelit di Lautan Hindi.

Taklimat tersebut berakhir lebih kurang sejam setengah selepas itu dan anggota keluarga penumpang MH370 dibawa keluar melalui pintu lain bagi mengelakkan petugas media.

Seorang warga China yang enggan dinamakan memberitahu media beliau kecewa dengan taklimat tersebut kerana menjelaskan tentang perkara sama.

“Kami tidak diberitahu perkara baru dalam taklimat tersebut. Kami tidak dapat jawapan yang diinginkan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan satu pasukan peringkat tertinggi diterbangkan hari ini ke Beijing untuk memberikan taklimat kepada anggota keluarga penumpang MH370 di sana.

Pasukan peringkat tertinnggi itu mewakili beberapa jabatan dan agensi seperti Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, MAS, DCA dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pasukan ini diharapkan mampu menenangkan ahli keluarga penumpang MH370 yang marah kerana tidak mendapat begitu banyak maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber Berita Dari TMI

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu darinya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab: “Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi.“ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:

  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota–anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi, dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini mengenai perlunya menguatkuasa Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 dalam penstukturan semula industri itu di Selangor.

Abdul Khalid berkata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi telah menulis kepada ketua setiausaha KeTTHA memberi penjelasan berhubung penguatkuasaan WSIA dalam pengambilan alih aset empat syarikat konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri.

"Saya mahu menentukan bahawa pengambilan alih aset syarikat konsesi itu dilakukan selaras dengan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang telah pun saya beri perintah pembangunan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini semalam.

Abdul Khalid berkata Seksyen penguatkuasaan 114 WSIA dalam penstrukturan industri air di Selangor akan mengurangkan kos mengambil alih aset empat syarikat itu sebanyak RM2 bilion kepada RM7.65 bilion.

Empat Syarikat konsesi itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

Mengenai langkah catuan air di Selangor, Abdul Khalid berkata langkah itu akan diteruskan buat beberapa ketika lagi walaupun hujan turun di kawasan tertentu dalam beberapa hari lalu.

Abdul Khalid berkata paras air di beberapa ampangan di Selangor sudah mencecah paras 65 peratus tetapi di ampangan Sungai Selangor masih rendah pada kira-kira 39.79 peratus.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

PRK KAJANG.... CERAMAH PERDANA BN LEBIH RAMAI PEMIMPIN BN ATAS PENTAS DARI PENDENGAR....???

Apa sudah jadi dengan pengaruh dan sokongan UMNO/BN di Kajang.... itu hari Muhyiddin Yassin beritahu satu dunia yang sokongan kepada calon BN PRK Kajang Chew Mei Fun semakin meningkat tinggi dengan ligat dan laju.

Realitinya....??? Cuba lihat akan Ceramah Perdana Malam tadi di Taman Mesra, Kajang dengan program diberi nama "PENTAS POLITIK PERDANA" bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan nak mengata atau menghina tetapi ini adalah fakta.... cuba lihat barisan pemimpin UMNO/BN di atas pentas.... Selain Muhyiddin Yassin ada, Presiden MCA, Presiden Gerakan, Presiden MIC, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Ketua Menteri Melaka, Ketua Puteri Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ketua Wanita MCA dan beberapa lagi.

Cuba bandingkan dengan yang datang dengar.... hampir 90 peratus adalah pemimpin-pemimpin UMNO/BN tempatan dan negeri termasuk para petugas dan juru iring (body guard).... rakyat biasa mana perginya....???

Ini bukannya ceramah perdana tetapi taklimat perdana kepada pemimpin dan petugas BN PRK Kajang.

Kalau ini dijadikan kayu ukur oleh Muhyiddin Yassin yang sokongan rakyat Kajang kepada Chew Mei Fun melonjak naik.... Omak Kau ingat dia ini mengigau meracau kena sampok.... syorkan cepat-cepat pergi berubat.

Dulu perlu Omak Kau akui yang suasana sebegini tahun-tahun 70an dan 80an cukup sinonim dengan pihak pembangkang.... kini sudah terbalik diambil alih oleh UMNO/BN.

Kalau ceramah peringkat Timbalan Perdana Menteri dengan para presiden komponen BN hadir tetapi kehadiran cukup longlai, lesu, sunyi dan hambar maka jelas petanda bukannya sokongan semakin melonjak tetapi BN sudah ditolak.

Ceramah "perdana" sudah menjadi "SELAMATKAN SELANGOR.... UNDI KEADILAN.... TOLAK BN.... SELAMATKAN KAJANG...."

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Prof Itu Kurang Membaca Sebelum Buka Mulut Kritik Kartun Saya - Zunar


Saya pertahan kartun saya dalam Washington Post'

Saya merujuk artikel yang disiar oleh The Star Online hari ini bertajuk "Local cartoonist Zunar slammed over Washington Post comic strip." (Kartunis tempatan dihentam kerana kartun dalam Washington Post).

Artikel ini adalah sebagai respon kepada kartun saya yang disiar oleh Washington Post sehari sebelum itu.

Akhbar Amerika itu menyiarkan kartun saya dalam artikel bertajuk, "Cartoon of the day: Malaysian artist on the lost jet — and his government’s ‘weak’ response to it." (Kartun hari ini: Artis Malaysia komen mengenai kehilangan jet serta kerajaan yang 'lemah'.

Dalam kartun tersebut yang disiar oleh web portal Malaysiakini dan diikuti oleh blog saya (www.zunar.my), saya berpendapat bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak sangat lemah dalam menangani tragedi yang menimpa kapal terbang MH370.

The Star Online melaporkan kenyataan Ketua Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak bahawa kenyataan saya itu "tidak sensitive dan misleading" serta "hanya spekulasi dan tuduhan liar."

Saya memahami sesetengah ahli akademik kerjanya membela perdana menteri, tetapi Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa nampaknya tidak cukup membaca sebelum dia membuka mulut.

Sebagai makluman, saya membuat kesimpulan yang kemudian diterjemah dalam kartun hasil dari pembacaan serta analisis yang bukan saja diperolehi melalui media perdana tempatan saja, tetapi melalui puluhan media antabangsa lain juga.


Jika Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa menonton dan membaca CNN, Al Jazeera, Washington Post, Jakarta Post, South China Morning Post sebagai contoh, pasti akan terbaca bagaimana China, Amerika dan Vietnam sangat kecewa dengan Malaysia yang didakwa tidak berkongsi maklumat. Semalam Indonesia juga melahirkan kekecewaan yang sama.

Beberapa jam lepas, BBC melaporkan bahawa kaum keluarga penumpang di China mengugut untuk melancarkan mogok lapar sekiranya pihak berkuasa Malaysia gagal untuk memberi mereka sebarang maklumat tepat mengenai MH370.

Saya tidak menyatakan bahawa kita harus percaya segala laporan media luar negara, tetapi pemahaman kita akan menjadi sangat cetek jika kita hanya membaca akhbar arus perdana.

Saya ingin menegaskan sekali lagi kenyataan saya bahawa Najib adalah pemimpin yang "terlalu lemah." Tun Dr Mahathir (ini tidak bererti saya suka kepada beliau) akan memberi komen dan arahan jelas mengenai isu ini hampir setiap hari sekiranya ia berlaku di era beliau.


Tetapi Najib tidak hanya melepaskan tanggungjawab ini kepada seorang lagi menteri "tidak upaya" Hishammuddin Hussein, tetapi mengambil masa tujuh hari sebelum membuka mulut untuk mengadakan sidang akhbar, itu pun tidak berani berhadapan wartawan dengan enggan menjawab sebarang soalan.



Saya pertahan pandangan saya dalam Washington Post bahawa sidang akhbar oleh Najib itu hanya "wayang" untuk mendapat keuntungan politik."

Sikap flip-flop dalam pembatalan di saat akhir satu lagi sidang akhbar yang dijadual tiga jam selepas itu menggambarkan kelemahan pentadbiran beliau.

Sebagai kartunis, tugas saya ialah memberi sudut pandangan yang berbeza supaya pembaca mendapat perspektif yang lebih baik bagi pendebatan yang sihat.

Falsafah kartun "how can I be neutral, even my pen has a stand" menghendaki saya mempunyai etika berkartun dalam menyampaikan mesej dan pandangan. Saya membuat banyak kajian dan mengumpul seberapa banyak maklumat dari perspektif yang berbeza. -mk


CARTOON OF THE DAY: Malaysian artist on the lost jet — and his government’s ‘weak’ response to it

AS THE MYSTERY surrounding the March 8 disappearance of the Malaysian Airlines plane has deepened with far more questions than answers, Comic Riffs decided to seek out the opinion of a commentator from that country.

Zulkiflee Anwar Ulhaque — better known by the nom de toon “Zunar” — has long been critical of the

Malaysian government, which has jailed the political cartoonist for his work.

So what is Zunar’s take on MH Flight 370 — the Beijing-bound Boeing that vanished with a reported 239

people aboard — as well as on his nation’s response to the confounding event?

“The Malaysian government hid so [much] information about the jet. Now, the government tries to blame the pilot to cover up their own weakness in handling this case,” says Zunar, who in 2010 was arrested and briefly charged with sedition over a book of his political cartoons.

“Should the government act fast and [be] ready to share the information with other countries like the U.S. and China, … it will be a different scenario. But the question is: Why hide it?” continues

Zunar, who in 2011 received the Courage in Editorial Cartooning Award from the Cartoonists Rights Network International.

Zunar tells The Post’s Comic Riffs that he holds his government accountable for its response at the highest levels.

“Prime Minister Najib [Razak] only opens his mouth on the seventh day,” he says, “when he sees an opportunity to blame opposition leader Anwar Ibrahim merely by the fact that the pilot, Zaharie [Ahmad Shah], is [an] Anwar supporter.”

Zunar put his opinion to paper in this no-holds-barred artwork, which we spotlight for readers — to weigh and engage, to laud or lambaste — as the Cartoon of the Day:
-washingtonpost


Sumber Berita Dari Blog Greenboc
KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan mendidik budak-budak, kementerian lain merosakkan budak-budak pula, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Merujuk kepada penganjuran Festival Future Music Asia (FFMA) di Stadium Nasional Bukit Jalil 14 Mac lalu, Idris berkata, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan seolah-olah 'merosakkan' moral generasi muda dengan meluluskan konsert bebas dadah dan alkohol.

"Dasar-dasar kerajaan bercanggah antara satu sama lain. Kementerian Pendidikan suruh mendidik budak-budak, Kementerian Pelancongan anjur konsert yang merosakkan budak-budak."

"Macam mana pokok nak subur, sebelah tangan taruh baja sebelah kiri taruh racun. Yang jadi masalah ialah guru dan mak bapa."

"Kementerian pula salahkan cikgu kononnya gagal mendidik pelajar padahal kementerian lain tak usaha nak bendung masalah moral dan akhlak generasi muda," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga hairan dengan sikap kerajaan yang dengan mudah meluluskan permit konsert sedemikian yang akhirnya mengakibatkan kematian enam anak muda, empat daripadanya Melayu.

"Mengapa mudahnya kerajaan meluluskan permit untuk konsert begini dalam pada banyak program-program ilmiah, ceramah agama disekat."

"Kerajaan sedang menyuburkan budaya barat yang lebih banyak mendatangkan kesan negatif berbanding positif selain bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran," katanya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan PAS Pusat.

Menyentuh mengenai penggunaan dadah, beliau berkata masalah dadah berkait rapat dengan amalan rasuah dalam negara.

"Sebelum basmi penggunaan dadah, kena basmi rasuah. Ibu segala kejahatan adalah rasuah. Dadah boleh masuk ke dalam negara walaupun agensi-agensi yang ada cukup hebat berpunca daripada amalan rasuah yang membolehkan negara dibolosi dengan dadah," katanya.

Sementara itu, beliau menyeru anak muda sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam agar menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.

"Saya nasihatkan kepada yang bukan Islam, kamu kasihan pada mak ayah kamu. Mak ayah pelihara kamu dari kecil sampai besar kalau kamu buat perkara tidak baik mak ayah kamu yang tanggung malu. Sepatutnya bila dewasa kamu yang akan pelihara mereka."

"Kepada yang beragama Islam, yang akan mendoakan mak ayah bila mereka mati kamu sendiri. Umur semakin tua sepatutnya masa muda bersedia untuk masa tua," nasihatnya.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Tanah Perkuburan dan Larangannya

Menurut Mazhab Syafi'e, mendirikan sebarang binaan sama ada berupa atap, kubah, rumah, masjid, tambak dan apa jua binaan lainnya di dalam atau di atas kubur di tanah perkuburan awam adalah haram dan binaan itu hendaklah dirobohkan kecuali kubur orang-orang tertentu seperti kubur-kubur para nabi, para syuhada, orang-orang salih dan seumpamanya. Imam at-Tirmidzi telah meriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu 'anhu yang bermaksud :

"Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegah dari menembok (memplaster) kubur, menulisnya dan mendirikan binaan di atasnya."

Hal ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan Sayidina Umar Radhiallahu 'anhu yang merobohkan satu kubah yang dibina di atas kubur dan berkata: "Biar mayat ini dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri."

Pengharaman ini adalah kerana dengan adanya binaan tersebut maka akan menyempitkan kawasan tanah perkuburan dan akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai untuk menanam mayat di kawasan itu sedangkan tempat itu adalah hak orang ramai dan bukan hak persendirian, sesiapa sahaja boleh menanam mayat di kawasan itu.

Tetapi jika tanah perkuburan itu adalah hak milik persendirian ahli kubur, maka mendirikan binaan di dalam dan di atas tanah perkuburan adalah makruh dan tidak perlu dirobohkan. 
 
Begitu juga jika tanah perkuburan itu berada di kaki bukit atau di tanah curam yang ditakuti tanah-tanahnya runtuh, maka boleh didirikan binaan seperti tembok bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh. Perbuatan seumpamanya ini adalah dibolehkan bagi menjaga maslahat kubur dan tanah perkuburan tersebut.

Terdapat beberapa perkara yang dilarang mengenai kubur ialah:

i. Memakmurkan kubur yang sudah lama dan menjadikannya seolah-olah kubur baru kerana yang demikian boleh mengelirukan orang ramai dan menganggap bahawa kubur itu adalah kubur baru dan dengan demikian menghalangnya untuk menanam mayat di situ.

ii. Menyapu kapur atau plaster (campuran kapur, pasir dan air yang menjadi keras apabila kering untuk melapis dinding) pada kubur kerana perbuatan itu bermaksud hiasan dan kubur bukanlah tempat untuk berhias-hias dan berbangga-bangga.

iii. Menulis, mengukir dan menghias kubur sama ada di bahagian atas kepalanya atau bahagian lain seperti menulis kubur dengan ayat-ayat Al-Qur'an, syair-syair dan kata-kata pujian, meletakkan hiasan jambangan bunga manis, menyimpan rumput-rumput hiasan, meletakkan batu-batu marmar, mengukir dengan ukiran bunga dan sebagainya. Semua perbuatan tersebut tidak memberi manfaat kepada ahli kubur dan merupakan suatu pembaziran. Bagi larangan menulis ayat-ayat Al-Qur'an pula, adalah kerana ayat-ayat Al-Qur'an tersebut akan terdedah kepada pencemaran kehormatan ayat-ayat suci dan tiada jaminan dalam pemiliharaannya. Walau bagaimanapun menulis nama ahli kubur bagi tujuan pengenalan semata-mata adalah dibolehkan bagi pendapat setengah ulama.

iv. Mengucup kubur, mengelilinginya (tawaf), memasang setanggi padanya dan mengambil tanahnya untuk mengubat penyakit.

v. Tidak harus memasang pelita di atas kubur kerana kubur-kubur tidaklah dikehendaki terang dan diterangi dan disuluh dengan lampu sebagaimana masjid-masjid.

vi. Solat di kubur dan menghadap kubur. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Abi Marsad Al-Ghanawi bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Janganlah duduk di atas kubur dan jangan solat menghadap ke arahnya."

vii. Makan dan minum.

viii. Berkata-kata yang tidak baik.
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

POLITIK BANKRAP DAN MUFLIS ISU.... RISALAH PALSU MANIFESTO DAN AKU JANJI KEADILAN TERSEBAR DI DUN KAJANG....

Hebahan seperti yang dilampir telah diperolehi oleh seorang petugas Parti Keadilan Rakyat dalam gerak kerja di Pilihan Raya Kecil N25 Kajang.

Ia berniat jahat dan ingin melihat berlakunya kekeliruan dan kekecohan antara rakyat dan pihak yang bertanding dari kalangan Pakatan Rakyat, lebih-lebih waktu pengundian sudah semakin hampir.

Hebahan itu sangat jelas direka oleh seseorang yang tidak cerdik akalnya dan jauh dari mempunyai sifat cermat dan teliti mengenai hebahan dari sebuah Kerajaan Negeri. Sudah pasti ia bukan sama sekali hebahan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan kerana terkandung banyak kecacatan format, bahasa dan informasi.

Kriteria kelayakan ibu tunggal yang disebut amat dangkal dan mempamirkan kecerdasan yang sangat lemah bila mana kriteria ibu tunggal yang disahkan hanyalah yang membawa surat perceraian saja. Seorang wanita boleh menjadi ibu tunggal bukan hanya ketika berlaku perceraian saja.

Hebahan yang dilampir adalah fitnah dan palsu. Mereka yang mencipta, mencetak dan mengedarkannya adalah pemfitnah, kekontangan rasa tanggungjawab dan mesti dibawa ke pengadilan.

Rakyat diminta untuk bersama-sama mencari orang yang melakukan fitnah dan sebaran palsu ini dan melaporkan kepada Pejabat Exco (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita) di talian 03-55447622 atau ke balai polis yang berhampiran.

Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan BN khususnya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz  membatalkan semua konsert liar melibatkan artis luar negara yang dijadual berlangsung pada 28 Mac dan 19 April ini.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar)  menegaskan Nazri mesti bertanggungjawab membatalkan konsert 'Life in Color' yang akan diadakan di Go Kart Circuit Sepang International Circuit serta konsert artis luar negara, Christina Aguilera pada 28 Mac nanti.

Menurut beliau, sepatutnya kerajaan BN khususnya pemimpin Umno mengambil iktibar daripada insiden sedih serta memalukan negara pada konsert Future Music Festival Asia di Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang meragut nyawa enam pengunjung akibat pengambilan arak dan dadah berlebihan.

Katanya,  konsert liar memang tidak mendatangkan manfaat selain mudarat kepada generasi muda yang sudah pasti akan mengikut gaya penghibur dan penonton dari luar negara.

"Jika konsert liar tersebut terus diadakan ini bermakna kerajaan BN khususnya Nazri Aziz tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga mangsa yang terbunuh. Beliau juga tidak peka dengan batas-batas agama Islam kerana meluluskan permit konsert liar," tegasnya.

Sehubungan itu Dewan Muslimat PAS mengingatkan kerajaan BN supaya tidak berterusan menggadaikan maruah Islam dan negara hanya semata-mata kerana mahu menarik pelancong asing datang ke Malaysia.

"Muslimat PAS mewakili seluruh kaum wanita tidak kira apa agama dan bangsa. Kami adalah para ibu yang mempunyai anak-anak, tentu berasa amat khuatir dengan penganjuran konsert liar secara berleluasa kerana ia akan memberi impak besar kepada perkembangan emosi anak-anak muda," tegasnya.

Zailah mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan pemimpin Umno tidak serik dengan ujian yang menimpa negara sekarang seperti kemarau, cuaca panas, jerebu dan kehilangan pesawat MH370 yang masih belum selesai.

Menurut beliau, di saat rakyat berhadapan dengan ujian demi ujian Allah SWT, kerajaan BN yang diterajui Umno terus membenarkan aktiviti yang mengundang bala.

"Perlu diingat antara sebab doa ditolak adalah kerana berlakunya banyak maksiat yang menyebabkan doa tidak diterima Allah SWT, lebih-lebih lagi di saat kita memohon petunjuk bagi kehilangan MH370, " tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mendesak Penasihat Agama Perdana Menteri serta golongan ulama dalam Umno memainkan peranan untuk menasihati pemimpin kerajaan.

Dewan Muslimat PAS Pusat turut mencabar kerajaan BN agar mempraktikkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pemerintahan seperti yang dicanang selama ini dan tidak hanya menjadikannya sebagai slogan bermusim.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Wartawan BBC dihalang buat liputan sidang media #MH370

‎BRITISH Broadcasting, BBC melalui akaun twitter rasminya mendakwa wartawan sumber berita berpengaruh Britain itu dihalang dari membuat liputan Sidang Media berkenaan pesawat MH370. 

‎Difahamkan wartawan BBC terpaksa berdepan dengan 'tembok polis' (Barisan Polis) yang tidak membenarkan mereka membuat liputan sidang media secara langsung. 

Wartawan BBC dilaporkan tidak dibenar membuat liputan berikutan terdapat sebahagian keluarga penumpang MH370 yang ‎cuba merempuh masuk cuba menemui Dato Hishamuddin Tun Hussein, berikutan sudah hilang sabar untuk mendapatkan maklumat tentang keluarga mereka.

Aku melihat, tindakan menghalang wartawan asing daripada membuat liputan lebih memburukkan nama negara. 

Walaupun Malaysia dilihat cuba nak 'quarantine' insiden keluarga penumpang yang marah dengan Malaysia, perbuatan itu tidak akan menambah baik keadaan.

Daripada hanya satu cerita yang mencemar imej negara, iaitu keluarga penumpang MH370‎ marah dengan kerajaan, kini tambah lagi satu berita yang burukkan nama negara, 

"Malaysia halang wartawan antarabangsa buat liputan"

‎"Makin dihalang makin buruk nama negara"

Sumber Berita Dari Blog Milo Suam

TPM: Jangan percaya foto Wan Azizah berdoa

 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak termakan dengan papan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.


Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah berhak menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati. Tapi ini sistem keadilan negara kita."

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya."

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," kata Muhyiddin. [Baca berita penuh]

Bercakap di majlis perjumpaan dengan jentera Puteri Umno di Prima Saujana, di Kajang hari ini, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sokongan terhadap BN telah meningkat secara luar biasa dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, Ahad ini.
  
Katanya, berdasarkan maklum balas daripada Umno dan MCA, sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun bertambah baik setelah sembilan hari berkempen.

"Sokongan Chew semakin hari semakin baik dan kita mesti teruskan untuk mencapai kemenangan," katanya.
  
Muhyiddin turut menyarankan Pergerakan Puteri Umno turun padang menangkis fitnah Pakatan Rakyat (PR).
  
Beliau berkata Puteri Umno harus mengatur gerak langkah bagi mendampingi golongan muda di DUN Kajang bagi meningkatkan keyakinan dan sokongan terhadap BN dan Chew.
  
"Pergerakan Puteri Umno harus menyalurkan maklumat tepat dan memberi penjelasan kepada pengundi agar mereka tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tuduhan parti lawan untuk menjatuhkan imej BN.

Muhyiddin berkata ia adalah satu misi penting untuk memenangi DUN Kajang kerana ia membawa pengertian cukup besar untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN.
  
Beliau berkata Chew merupakan calon BN terbaik kerana merupakan pemimpin berkelulusan tinggi, berpengalaman, bersikap integriti dan kredibiliti serta mampu memikul amanah dan tanggungjawab.

"Chew akan memberi harapan kepada kita untuk terus berkhidmat memajukan Kajang," katanya.
  
PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua wanita, iaitu Chew dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari lepas.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

SIDANG MEDIA HARIAN MH370 BELUM LAGI BERMULA TETAPI ADA KELUARGA PENUMPANG NEGARA CHINA SUDAH MENGAMUK....!!!

SEPANG: Kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama di mana bakal berlangsung sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Panas baran meningkat hari ini apabila beberapa anggota keluarga penumpang China bagi penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan apa yang mereka katakan satu "peranan yang memalukan" bagi syarikat penerbangan itu dalam pencarian yang kini memasuki hari ke-12.

"Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan," kata seorang anggota keluarga penumpang pesawat hilang itu sambil menjerit.

Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera "Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanpa sebarang syarat."

Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.

Insiden tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha antarabangsa masih gagal menjumpai kesan pesawat yang membawa 153 warga China itu. 

"Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh," jerit lelaki itu dengan marah.

"Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu."

Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang berbaki empat hari lagi. Bagi Pakatan Rakyat, fokus PRK kali ini sudah tentu tertumpu kepada 48 peratus pengundi Melayu tanpa mengambil mudah sokongan dari pengundi Cina, India dan lain-lain.

Wartawan Harakahdaily Nazri Abdullah dan Muhammad Faizal mendapatkan pandangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkampung lebih tiga minggu di Kajang mendekati pengundi Melayu.

Harakahdaily: Pada PRU13 lalu, kita lihat Pakatan Rakyat masih lagi bergelut untuk mendapat undi Melayu. Jadi bagaimana Tan Sri melihat mood pengundi Melayu untuk PRK Kajang kali ini.

Tan Sri Muhammad: Sebelum ini semasa PRU13, kita tidak fokus sangat di sini sebab dia terlalu umum. Kali ini kita dekati mereka dialog dengan dia dan dia tersedar lebih.

Di sini kumpulan cerdik pandai. Banyak benda kita cakap yang dia tahu. Isu keselamatan dia nampak kelemahan di peringkat kerajaan pusat. Dia nampak kerajaan gagal guna duit ikut prioriti.

Dia bukan baca akhbar harian sahaja, mereka banyak terdedah dengan maklumat, baca internet, dan mereka ni balance.

Mereka tahu apa berlaku. Cuma tak mahu nak expose. Tapi kalau kita datang rumah dia, dia akan luah yang dia tak puas hati. Maklumlah mereka ini bekas pegawai kerajaan.

Pada pandangan Tan Sri, apakah kelebihan Pakatan Rakyat berdepan PRK Kajang ini.

Tentunya rakyat sudah nampak pengalaman Pakatan Rakyat Selangor memerintah masuk dua penggal. Komitmen bagus, ketelusan bagus, nampak mereka betul-betul kerja.

Mereka boleh banding dengan kerajaan BN dahulu. Ini jadi bualan di kalangan pengundi. Nampaknya mereka berpuas hati dengan Pakatan Rakyat.

Cuma adalah propaganda dari tv dan media cetak yang dikontrol cuba mengelirukan pengundi. Tinggal lagi orang Kajang ni cerdik dan boleh menilai.

Dia orang tak nampak apa Umno punya perancangan. Dia nampak BN naik harga barang, mereka yakin kalau BN menang mereka lagi teruk. Saya fikir mereka akan bagi puluang kepada Pakatan supaya signal ini dirasai oleh kerajaan pusat.

Apa pandangan Tan Sri terhadap kredibiliti calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Calonnya terbaik, bukan sebab dia isteri Anwar tapi dia sendiri itu adalah seorang leader, presiden PKR, cuma sebab dia terlindung oleh aura Anwar. Dia ini seorang doktor pakar mata yang terbaik ketika belajar di Ireland. Dia pernah jadi Ketua Pembangkang. Dia calon yang paling sesuai. Walaupun pemimpin hebat tapi dia very simple, dekat dengan rakyat.

Bagi pengundi sini, saya rasa mereka nak calon yang mereka boleh harap. Mereka tak fikir soal MB ke apa sebab itu di luar ruang lingkup pemikiran mereka.

Apa pesanan Tan Sri kepada petugas dan jentera parti.

Jangan complacent (berpuas hati), walaupun kita menang dulu. Jangan over confident (terlebih yakin). Jentera perlu terus buat kerja. Kita jumpa seramai mungkin pengundi.

Alhamdulillah saya tengok jentera PKR teratur buat kerja. Dan jentera PAS membantu dengan cukup kuat. Setiap tempat saya pergi, jentera PAS semua ada membantu. Dari pemimpin tinggi sampai kepada petugas-petugas parti.

Apapun kita kena anggap semua pertarungan adalah hard battle (pertarungan sengit). Fokus sehingga saat penghujung.

Kita kena damping pengundi, kalau tak damping itu bahaya. Kita kena dengar, jawab apa sahaja yang ditanya. Jelaskan apa yang keliru.

Seperkara lagi, kita dalam Pakatan jangan termakan propaganda Umno. Mereka sebenarnya dah letih. Mereka sekarang ini guna taktik kotor. Guna agensi kerajaan seperti Felda, Kemas Risda.

Mereka bukan jenis komited lagi nak buat kerja-kerja parti ni. Kalau parti itu dah swastakan kerja-kerja parti, maknanya parti itu sudah dipenghujung hayat. Sudah kurang upaya.

Sumber Berita Dari HarakahDaily