TAKLIMAT PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR, NOH OMAR OLEH MBSA MENGENAI PERHENTIAN BAS DAN TEKSI BARU, TIDAK BERI SAMBUTAN LANGSUNG OLEH PARA PENGUSAHA BAS DAN TEKSI

Pagi tadi, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pegerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor serta mantan Menteri Kabinet, Dato' Seri Noh bin Omar telah menghadiri suatu taklimat dari pihak Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) mengenai dua projek Hentian Akhir Bandar di Seksyen 17 dan 19 Shah Alam yang akan dilaksanakan oleh MBSA bernilai RM7 juta dan RM4 juta setiap satu.

Projek ini akan diberitakan akan memberi manafaat kepada kira-kira 140 ribu penduduk setempat.

Malangnya dalam taklimat tersebut, para pemain utama sektor Pengangkutan Awam yang bakal menggunakan Hentian Akhir Bandar iaitu para pengusaha bas dan teksi langsung tidak nampak kelibat muka mereka, sedangkan talikmat diadakan di Hentian Akhir Bandar yang sedia ada.

Amat mustahil mereka tidak dijemput sama memandangkan ianya melibatkan perniagaan dan urus perkhidmatan mereka seharian.

Apakah isu penolakkan rakyat dibandar kepada UMNO/BN masih bertambah memuncak sebab berang dengan kenaikan kos sara hidup yang menghimpit hidup mereka?

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment