Subhanallah, GPS Tercanggih di Dunia Dimiliki Oleh Ikan Salmon

Makhluk ciptaan Allah ini sangat canggih. Tanpa skrin LCD, tanpa cip pengesan, Allah mencipta ikan salmon dengan Global Positioning System (GPS) dengan sistem medan magnet.

Penemuan baru menunjukkan ikan salmon Pasifik telah dibekalkan peta magnet sejak lahir. Tidak menghairankan jika ikan ini menetas di akuarium buatan manusia sekalipun, ikan salmon ini akan sentiasa bergerak mengikuti laluan yang telah menjadi kebiasaan nenek moyang mereka.
Penyelidik dari Oregon State University menyiarkan laporan tentang beratus-ratus anak ikan jenis Salmon Chinook dalam hubungannya dengan medan magnet di pusat penyelidikan penetasan Oregon. Ikan-ikan ini menunjukkan respon pada pergeseran medan magnet buatan dan kemudian ikan-ikan ini akan menuju ke kawasan sumber makanan.

"Menariknya adalah tentang percubaan ini, ikan yang kami uji tidak pernah meninggalkan tempat penetasan dan dari hal itu kami tahu bahawa respon mereka bukan kerana belajar atau berdasarkan pengalaman, tetapi lebih kepada warisan" kata ketua penyelidik Nathan Putman.

Kisah tentang ikan salmon memang sangat menarik. Setiap tahun ikan-ikan salmon dewasa berhijrah semula ke air tawar sejauh ratusan hingga ribuan klometer dari laut untuk bertelur dan mati. Anak-anak yang ditetaskan dari telur-telur itu akan kembali (berdasarkan kajian ini) mengharungi wilayah keturunan mereka dengan GPS.

Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

No comments:

Post a Comment