Sabitkan Karpal langgar kebebasan bersuara, kata pakar antarabangsa

OLEH V. ANBALANGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

The International Commission of Jurists (ICJ) turut bersama dengan peguam Malaysia tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Karpal Singh (gambar) atas kesalahan menghasut, dengan mengatakan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan taraf kebebasan bersuara bagi para peguam.

Penasihat Undang-Undang Antarabangsa ICJ bagi Asia Tenggara, Emerlynne Gil berkata pensabitan ini memberi mesej kepada peguam di Malaysia bahawa mereka tidak bebas untuk memberi pendapat tentang isu undang-undang.

Gil berkata, pensabitan Karpal bermula dengan sidang media awal tahun 2009 di mana beliau didakwa mengatakan perkara yang menghasut apabila mempersoalkan kekuasaan Sultan Azlan Shah dalam menyingkirkan Menteri Besar Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kes ini satu lagi tanda kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa hormat terhadap prinsip kebebasan bersuara," kata Gil dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Karpal bertindak memenuhi fungsi beliau sebagai seorang peguam, iaitu memberi pendapat kepada pihak awam dalam perkara berkaitan dengan undang-undang.

Prinsip utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam fungsi peguam, khususnya menyatakan bahawa peguam, seperti mana-mana rakyat lain, mempunyai hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.

Beliau berkata peguam punyai hak untuk 'mengambil bahagian dalam perbincangan hal berkaitan dengan undang-undang, pentadbiran dalam penghakiman dan menggalakkan dan melindungi hak manusia' tanpa rasa takut atau sekatan profesional atau akibat daripada tindakan mereka yang sah di sisi undang-undang.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia mengatakan hak rakyat dalam kes ini, seorang senior dan peguam berpengalaman untuk memberi pendapat tentang persoalan perundangan berada dalam skop kebebasan bersuara dan dijamin di bawah Persekutuan Perlembagaan.

"Hak Perlembagaan haruslah ditafsirkan secara subjektif, manakala sekatan di atasnya perlu ditafsirkan dengan ketat," kata naib presiden badan tersebut, Steven Thiru dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Perlembagaan memberi kebenaran kepada Putrajaya untuk membuat perundangan, termasuk Akta Hasutan yang menyekat kebebasan bersuara, tetapi menekankan undang-undang tersebut perlu ditafsirkan dengan ketatnya untuk memastikan "hak asas tidak menjadi tidak bermakna lagi."

Steven berkata Akta Hasutan yang digubal pada 1948 itu merupakan satu 'penghinaan kepada perundangan' dan direka untuk menekan dan menghukum rakyat.

"Akta ini bertentangan dengan prinsip demokrasi dan idealnya kerana menyekat dan menjadikan jenayah sebarang perbincangan yang munasabah dan sederhana tentang isu nasional yang penting," kata Thiru, yang mewakili sebanyak 13,000 peguam dalam organisasinya di Semenanjung.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen berkata sabit kesalahan Karpal menjamin kembalinya autoritarian dan penganiayaan politik.

Paulsen berkata ini jelas mengikut rayuan P Uthayakumar yang ditolak awal minggu ini, serta untuk hasutan.

Beliau berkata kembalinya autoritarian dan penganiayaan politik ini berlaku selepas  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan beberapa siri perubahan demokratik yang akhirnya hanya aktiviti penjenamaan semula dan semestinya – palsu.

Semalam, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Paduka Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah kerana mengatakan perkara berbaur hasutan terhadap Sultan Perak ketika krisis Perlembagaan pada 2009.

Hukuman ditangguhkan kepada 7 Mac bagi pasukan pembelaan Karpal untuk bersiap sedia bagi pengurangan hukuman.

Di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Karpal kini menghadapi denda berjumlah RM3,000 ke atas, atau penjara selama tiga tahun.

Sabitan kesalahan Karpal mungkin akan menyebabkannya melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen Malaysia, kerana Perlembagaan sudahpun menyatakan bahawa ahli boleh disingkirkan daripada Parlimen jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjara lebih daripada setahun.

Karpal, 73 tahun, sudah membela beberapa kes berprofil tinggi, termasuklah kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang perbicaraannya atas kesalahan liwat mengundang kritikan berat daripada Malaysia serta antarabangsa.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment