'Pemerintah, sarjana boleh dicabar dalam Islam'

Dalam Islam, tidak salah mempersoalkan pihak berkuasa kerana kerajaan atau pemerintah tidak suci, menurut wartawan dan penulis Turki Mustafa Akyol.

“Undang-undang yang suci. Pemerintah patut terikat dengan undang-undang, dan jika tidak, kamu ada hak mempersoalkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam acara bertajuk “Adakah kebebasan nilai dalam Islam” anjuran Penang Institute di George Town, Pulau Pinang semalam.

Ia dihadiri kira-kira 80 orang dan dirasmikan oleh exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.

Dalam acara dua jam itu, Mustafa membangkitkan kisah Khalifah Umar al-Khattab yang ditegur seorang wanita ketika menyampaikan khutbah dalam masjid.

“Wanita itu memetik ayat al-Quran dan beliau (Saidina Umar) mendengarnya,” kata penulis terkenal yang menginap di Istanbul itu.
 
Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment