BUTTERWORTH: PAS menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata fahaman seumpama itu adalah bahaya dan umat Islam perlu bersatu menentang ideologi yang bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.
  
"Pandangan sebegini sebenarnya terlalu bahaya untuk umat Islam kerana hadis adalah sumber rujukan selepas Al-Quran dan tidak wajar untuk kita memperlekehkannya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
  
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas isu bekas aktivis politik Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan akidah umat Islam, baru-baru ini.
  
Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lepas mengundang kontroversi apabila beliau mempertikaikan hadis selain meletakkan ulama Islam setaraf dengan 'kasta' paderi Kristian.
  
Perkara itu kini disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sumber Berita Dari HarakahDaily 

No comments:

Post a Comment