PAS mahu undi tak percaya terhadap PM

 
PAS menggesa menteri-menteri Umno yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.


Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, ini kerana jelas terdapat keraguan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Najib, malah di kalangan anggota ahli kabinetnya sendiri, dan bahawa pentadbiran Najib "sudah hanyut".

Mahfuz merujuk kepada laporan berita semalam bahawa dua menteri menimbang untuk meletak jawatan menjelang rombakan kabinet yang dijadual pada bulan Jun.

"Pentadbiran Najib adalah berbentuk "syok sendiri". Lancar sana, lancar sini, tetapi perlaksanaan dan implementasi adalah hambar. Seperti juga yang saya laungkan - Pentadbiran Najib adalah NATO - No Action Talk Only!"

"Seperti juga inisiatif program transformasi ekonomi yang diwar-warkan sebagai ajibnomics. Sekarang lebih baik kita gelarkan Najibkomik!," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menyeru menteri-menteri berkenaan jangan tunggu rombakkan kabinet untuk tidak disenaraikan dalam pasukan kabinet, sebaliknya tunjukkan sikap berani untuk rakyat dan negara dengan melepaskan jawatan menteri dan mengapalai ahli parlimen BN untuk kemukakan usul undi tak percaya terhadap Najib di dalam sidang Parlimen bulan March ini serta mengusulkan agar parlimen menyerah kembali mandat kepada rakyat," tambah Mahfuz.

Dalam laporan portal berita The Malaysian Insider semalam, sumber-sumber Umno dipetik sebagai berkata bahawa dua menteri yang berhasrat untuk meletakkan jawatan itu, seorang daripadanya bertanggungjawab dalam portfolio kewangan.

Usaha dikatakan sedang dibuat untuk mencari pengganti yang sesuai untuk kedua-duanya, tetapi portal itu tidak menamakan mereka.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment