Muzakarah Bersama Noh Omar: Pengalihan Tumpuan Dari Isu

Dalam sesi muzakarah yang telah diadakan pada 10 Januari di studio MobTV, Noh Omar ada melakukan sedikit 'diversion' atau usaha mengalihkan tumpuan seperti mengaitkan Anwar Ibrahim serta Nurul Izzah dan termasuk jugalah isu pentauliah saya. Beliau mendakwa bahawa tauliah saya tidak dilanjutkan kerana apa yang saya sampaikan melalui kuliah dan tazkirah di Masjid dan surau di sekitar Shah Alam adalah tidak betul dan ini menyebabkan JAIS bertindak menafikan tauliah saya.


Saya telah jelaskan ianya adalah atas sebab 'kes jenayah saya' seperti laporan yang diterima JAIS dari pihak Polis. Saya sertakan di sini surat yang berkaitan untuk membuktikan penjelasan saya.

Ini jelas menunjukkan bahawa Noh Omar hanya ingin mengalihkan tumpuan atas sebab ketidak mampuan beliau sendiri untuk membahas isu berkenaan.

Begitu juga dalam soal dakwaan Polis bahawa saya ada kes jenayah. Akhirnya Polis mengaku bahawa 'kes jenayah' saya adalah tahanan saya bawah ISA yang dilakukan atas sebab politik dan bukan jenayah!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
 
Sumber Berita Dari Blog Khalid Samad 

No comments:

Post a Comment