Mendoakan Ibu Bapa Yang Bukan Islam

Boleh tak seorang muslim convert mendoakan ibu bapanya yang non-muslim sebagaiman doa yang termaktub di dalam Al Quran…. Rabbighfirli waliwadayya warhum…… dan seterusnya.

1) semasa ibu bapanya masih hidup?

2) Ibu bapanya sudah meninggal dunia?

JAWAPAN:

Tidak boleh, bahkan diharamkan seseorang muslim mendoakan orang kafir dengan doa memohon pengampunan dan seumpamanya walaupun mereka itu adalah kedua ibu bapanya samada semasa hidup ataupun selepas matinya (jika semasa matinya ia masih tetap tidak beriman kepada Allah swt), berdalilkan maksud firman Allah swt dalam surah at-Taubah ayat 113 :

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang Yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka”.

Akan tetapi yang dibolehkan oleh seseorang Muslim ialah mendoakan agar orang kafir tersebut diberikan hidayah untuk menerima Islam, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa yang masih belum menerima Islam.

WA

Rujukan :

Tashih ad-Dua , As-Syeikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid , Dar al-‘Asimah , 1999
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

No comments:

Post a Comment