BUKIT MERTAJAM: Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man menggesa pasukan polis segera menyiasat tindakan individu membuang daging khinzir ke dalam Masjid Tok Kun, di sini pagi tadi.

Beliau turut kecewa kerana masih ada kalangan masyarakat yang tidak prihatin isu yang mencemarkan kesucian Islam dan boleh mencetuskan keharmonian kaum di negara ini.

"Polis wajar bertindak segera melakukan siasatan dan tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan yang mencemarkan kesucian agama Islam," tegasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, perbuatan membaling daging khinzir ke dalam tempat ibadat orang Islam merupakan kali pertama berlaku di Pulau Pinang setelah bulan lalu digembarkan dengan sepanduk yang mahu perkataan Allah digunakan di gereja terpampang di dua buah gereja.

Menurutnya, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan beragama kejadian sebegitu tidak wajar terjadi.

Beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam agar lebih berhati hati-hati dengan sentimen perkauman yang sengaja dibuat untuk mencetuskan kerenggangan kaum yang telah terpahat kejap sejak dahulu.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment