KAJANG : Mana hilangnya samseng yang selalu terpekik terlolong di ceramah Anwar sebelum PRU13 dahulu....???

Al Miraj‎
MENGAPA SEHINGGA KINI CERAMAH DAN PERJUMPAAN DSAI DI PRK KAJANG TIADA GANGGUAN DARI MACAI-MACAI PRO UMNO???
Dulu semasa PRU 13 boleh dikatakan amat kerap ceramah jelajah DSAI seluruh negara sering diganggu kacau oleh mereka yang tidak bermoral dan berakhlak bersifat macam samseng yang tidak bertamadun dalam berpolitik.
Ganggu kacau datang dalam beberapa bentuk.... sama ada buat ceramah atau konsert di tempat yang jarak yang rapat sambil menghalakan pembesar suara ke arah ceramah yang sedang berjalan oleh DSAI.... menggunakan beberapa samseng menjerit terlolong terlalak macam polong atau pontianak nampak mangsa.... membuat sekatan ke atas kenderaan DSAI menuju ke tempat ceramah.... menggunakan khidmat samseng jalan raya atau Mat Rempit untuk buat bising.... mundar mandir dengan kapcai.
Tapi gejala-gejala politik songsang tidak berakhlak itu setakat ini tidak pula kedengaran berlaku sehinga kini di semua majlis perjumpaan dan penerangan oleh DSAI dengan masyarakat setempat di DUN N25 Kajang.

Belek punya belek.... kelebek punya kelebek.... bongkar punya bongkar, rupa-rupanya ada sekelompok angota KEADILAN mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpulkan beberapa anggotanya secara sukarela untuk diangkat sebagai pegawal keselamatan sukarelawan khas untuk mengawal dan menjaga keselamatan DSAI dan ketenteraman tempat-tempat ceramah.
Anak-anak muda ini akan hadir di tempat ceramah sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal untuk memastikan ianya sifar gangguan samseng upahan.
 
Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

No comments:

Post a Comment