BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengingatkan keseluruhan ahli PAS agar tidak mensabotaj parti kerana sikap sedemikian tidak menguntungkan sebaliknya mengundang kekalahan.

Jelasnya ketika berucap dalam perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butteworth pagi tadi, tabiat kotor itu menjadi duri dalam daging perjuangan murni hasil lorongan pejuang masa lalu.

"Tabiat mensabotaj parti adalah duri dalam daging perjuangan. Perjuangan yang murni akan menjadi sia-sia sekiranya masalah dalaman tidak dapat diatasi," ujarnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri.

Justeru, untuk menghalang tabiat tersebut berleluasa, Lajnah Tarbiyah yang berperanan mendidik ahli wajar mencari kaedah terkini supaya semua ahli PAS dan jenteranya berperanan selari dengan kepimpinan.

Sabotaj parti katanya, memberi peluang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dengan bergaya pada setiap pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.

Kesetiaan sebagai ahli PAS kena diperkukuhkan sambung Haji Mohamad, sebab hasil kerja itu memberikan gambaran kepada rakyat khususnya atau terkesan dengan  usaha sendiri tambahan lagi merangka pertambahan kerusi milik PAS.

Menyentuh mengenai sasaran PAS dan Pakatan Rakyat menjelang PRU14 ialah teruskan merangka strategi kerana wanita adalah undi penentu kemenangan dalam PRU14

Kebanyakan wanita di Malaysia tegasnya, suka menonton Televisyen (TV) maka tugas dakwah PAS terutamanya ialah menyelitkan peranan suami kepada anak-anak dan isteri agar tidak terpengaruh dengan proganda Umno dan BN melalui media elektronik.

Memang tidak dinafikan, PAS dan Pakatan rakyat masih kekurangan sokongan golongan wanita. Oleh sebab itu Umno dan BN tetap berkuasa dan mereka mempergunakan media untuk melawan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Wanita mesti disedarkan terutamanya di kawasan kampung. Memandangkan PAS kalah ekoran kegagalan menangani isu wanita, maka masalah ini harus dijadikan agenda terpenting seandainya mahukan kejayaan," katanya.

Selain Haji Mohamad Sabu turut membentangkan kertas kerja ialah Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment