Ini Rupanya Perangai Menteri jaga Agama

Menteri jaga agama punya hal. Sumber rujukan agamawan bergaji di Malaysia. Pangkat besar, gaji besar, rumah besar.... cuma yang tak pasti seleweng besar ke tak? Berdasarkan bukti ini maka tak salahlah DR Asri apabila mengungkapkan ayat 'agamawan yang bersama umno hanyut'
“Menggunakan wang zakat merupakan perbuatan khianat oleh menteri. Sepatutnya beliau (Jamil Khir) bertanggungjawab dalam hal ehwal agama islam tapi sesuka hati bayar duit zakat bayar kes guaman, walhal bukan amil (tidak layak menerima wang zakat),” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. 
Wang sebanyak RM63,650 itu dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil Khir dan dua yang lain. 
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden. 
Izzah berkata, meskipun wang itu sudah dikembalikan, Jamil sebagai Menteri Agama di dalam kerajaan sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan menggunakan wang tersebut. 
“Ini bukan saja melibatkan persepsi masyarakat tetapi rakyat telah hilang keyakinan kerana begitu mudah mengambil wang zakat. Jamil sudah tidak ada kredibiliti kerana tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. - keadilandaily

Sumber Berita Dari Blog Gendang Perang

No comments:

Post a Comment