EDISI JOM TERJAH.... SIAPAKAH YANG DIPELUK MESRA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG ITU....???

Laaaa.... ingatkan siapa yang dipeluk mesra dan simpati tinggi YAB Lim Guan Eng kepada seorang warga emas bangsa Melayu beragama Islam.

Rupa-rupanya YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR telah melawat keluarga kepada mangsa kebakaran yang berlaku di Jalan Rozhan, Cherok To' Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun rentung dalam kebakaran tersebut.

Dalam lawat ziarah tersebut, YAB Lim Guan Eng mengucapkan takziah dan simpati tinggi yang menimpa keluarga adik Nurul Adryana sambil menyampaikan sumbangan wang bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

Jelas propaganda mengatakan Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang pimpinan YAB Lim Guan Eng kononnya anti Melayu tindas Islam oleh beberapa NGO dan parti politik adalah tidak benar sama sekali dan merupakan suatu fitnah jahat jijik yang amat meloyakan.


BUKIT MERTAJAM – Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang leka mewarna buku lukisan ditemui mati rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kayu dua tingkat di Jalan Rozhan, Cheruk Tokun di sini semalam.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa, Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri berada dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah itu bersama abangnya, Danial Mukhriz, 4.

Ketika itu, nenek kedua-dua beradik itu, Siti Zanyah Yaakob, 74, pula berada di tingkat atas rumah untuk menunaikan solat sunat Duha.

“Selepas selesai menunaikan solat sunat pukul 10.45 pagi, saya berasa bahang dari belakang selain turut terhidu bau asap. Sebaik menoleh ke arah tangga, saya nampak api merebak dari tingkat bawah."

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api begitu pantas menyambar rumah. Saya juga tidak dengar cucu (Nurul) meraung meminta tolong menyebabkan saya yang panik keluar dari rumah tanpa sempat menyelamatkan apa-apa,” cerita warga emas itu semasa ditemui di sini semalam.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment