BN Makin Menggelabah.... Mungkin Tarik Diri PRK Kajang?

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan menggesa parti itu segera membuat keputusan sama ada mahu meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang atau tidak.
Ahmad melalui laporan Utusan Malaysia hari ini menegaskan, tindakan BN melengah-lengahkan perkara itu menyukarkan jentera parti pemerintah berkenaan selain tertanya-tanya sama ada BN akan meletakkan calon menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kerusi berkenaan.
"Sekarang ini, ada kenyataan minta BN bertanding dan ada pula cakap jangan. Jadi, kedudukan jentera parti ada yang bersemangat tetapi ada juga yang masih separuh hati."
"Sebab itulah, saya berharap pucuk pimpinan BN akan buat keputusan segera sama ada bertanding atau tidak dan soal siapa akan jadi calon itu nanti boleh diputuskan," katanya.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata tindakan beberapa pihak yang mahukan BN tidak bertanding di kerusi berkenaan adalah langkah pengecut dan boleh memberi gambaran parti itu telah kalah sebelum berjuang.
"BN hanya memerlukan 3,500 undi baharu untuk memenangi kerusi ini malah kita pernah menang di sini."
Jadi, kita tiada pilihan lain kecuali turut serta dalam pilihan raya kecil. "Jangan kalah sebelum berjuang, saya sendiri sudah tujuh kali datang ke kawasan ini dan melihat sambutan yang menggalakkan selain jentera parti sendiri yang penuh semangat," katanya.
Anwar dilihat semakin kerap berkempen di Kajang meskipun tempoh berkempen yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bermula. SPR telah menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pilihan raya.
Selain Anwar, turut mengumumkan akan bertanding di Kajang adalah bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim. BN bagaimanapun masih lagi belum meletakkan calon mereka.

Sumber Berita Dari Blog Addin

No comments:

Post a Comment