BANJIR DI SABAH KIAN BURUK



Pautan kekal imej terbenam
Beaufort, Tenom kian buruk

KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Beaufort dan Tenom semakin teruk apabila lebih 5,618 mangsa membabitkan 1,325 keluarga kini ditempatkan di 29 pusat pemindahan berikutan hujan berterusan sejak semalam.
Banjir yang masuk hari keempat turut menjejaskan lebih 80 kampung di Beaufort manakala 38 di Tenom.
 

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman berkata, sehingga 3 petang tadi, 2,000 mangsa banjir membabitkan 613 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Beaufort.

"Hampir keseluruhan jalan di kampung di sekitar daerah Beaufort terjejas dan usaha memindahkan mangsa banjir sedang giat dijalankan dan kemungkinan mangsa banjir di daerah ini akan meningkat."

"Sehingga ini lima pusat pemindahan di buka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 3, SMK Gadong, Dewan Baru Beaufort, Dewan Sri Dayang dan Dewan Kukut," katanya ketika dihubungi.

Sehingga ini, katanya, lebih 80 kampung di sekitar kawasan Beaufort terjejas akibat banjir.

Sementara itu, Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, di Tenom, 3,618 mangsa di pindahkan di 24 pusat pemindahan membabitkan 712 keluarga.

"Tiga puluh lapan kampung terjejas teruk di Tenom manakala mangsa banjir di beberapa kampung di Keningau sudah mula pulang sejak semalam," katanya ketika dihubungi.

Bacaan air di Sungai Padas di Beaufort sehingga jam 12 tengah hari ialah 9.58 meter dari paras bahaya iaitu 8.70m manakala di Tenom ialah 177.15 meter juga melebihi paras bahaya.


No comments:

Post a Comment