Siapakah Luqman Al-Hakim Yang Disebut Dalam Al-Quran

Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian iaitu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.
Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan dia juga pernah menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
AI-Allahamah AI-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka atau seorang hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi”
Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Quran agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.”
Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’ salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.’
Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang bertaraf wali dan Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah. Di antara para ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas. Wallahu A’lam.”
Ibnu Kathir ada menyebutkan di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.” Diceritakan dari As­ Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah Luqman bin Tharan”
Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu Ishaq ada menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu Ibrahim AI-Khalil.
Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.” Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pulak jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”
Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.
Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”
Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)
Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki dari kalangan bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikannya harta.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia telah berkata: Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:
“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? “Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi.” Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang Habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.
As-Suhaili berkata: “Luqman adalah Naubah dari penduduk Ielah (Sebuah bandar di tepi Laut Merah)” Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang perihal diri Luqman? “ Jabir menjawab: “Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.” lanya juga sebagaimana yang disebutkan dari Sa’id bin AI­ Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan, Mesir.”
AI-Hassan AI-Basri pula berkata: “Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat tersebut terdapat 70 kubur nabi-nabi sebelum Luqman."
Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya, Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah merasa cukup?!!“
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid: “Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud a.s.”
Demikianlah siapa itu Luqmanal Hakim. Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan di dalam Al Quran.
 
Dipetik dari tulisan Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dalam bukunya Lukman al Hakim
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

'Pakai otak laa' Mukhriz....!

oleh Zulkifli Yahaya


Masih ingat tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memimpin penyokong Umno Kedah berhimpun di Tasik Pedu membantah pembalakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, sewaktu beliau menjadi pembangkang di Kedah dahulu?

Dengan memakai baju T berwarna merah tertera perkataan ‘Pakai Otak Laa’ beliau mengecam kerajaan negeri yang kononnya menebang balak sewenang-wenangnya, sekalipun pembalakan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan.

Sejurus selepas angkat sumpah sebagai menteri besar, beliau tegas menghentikan semua projek pembalakan di Kedah. Namun selepas lima bulan membuat penegasan, cakapnya sudah tidak serupa bikin. Balak ditebang dengan berleluasa. Lori-lori balak sarat membawa muatan, khususnya di Daerah Sik, Padang Terap dan Baling. Ia kelihatan lebih rancak berbanding di bawah kerajaan lalu. Sebahagian besar aktiviti pembalakan berlaku di laluan TEKIH, iaitu laluan yang sama di mana Mukhriz membantah aktiviti pembalakan di zaman Ustaz Azizan dahulu.

Di celah-celah rakusnya pembalakan di bawah Mukhriz tiba-tiba meletup pula skandal penyelesaian kes saman balak di luar mahkamah yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah.

Mukhriz terima asakan bertalu-talu agar memberi penjelasan berhubung isu penyelesaian di luar mahkamah yang dibuat oleh Bina Darul Aman Berhad (BDB) yang melibatkan pembayaran sebanyak RM2.5 juta kepada sebuah syarikat pembalakan. Sehingga kini beliau hanya diam membisu. Sama juga dengan isu pembelian kereta mewah kononnya untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong tetapi diletakkan plet ‘Menteri Besar Kedah’. Apabila tidak mampu menjawab asakan pemimpin Pakatan, Mukhriz mengambil sikap diam membisu.

Isu balak RM2.5 juta ini bermula dengan proses penyerahan tender balak kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006. Syarikat tersebut dikatakan memperolehi tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensyional, sedangkan ada syarikat lain yang lebih layak.

Selepas kerajaan negeri bertukar ke tangan Pakatan Rakyat pada 2008, syarikat pembalakan tersebut telah menyaman BDB atas alasan anak syarikat kerajaan negeri itu kerana kononnya telah melanggar kontrak. BDB yang merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bukan menjalankan perniagaan beterasakan pembalakan telah melantik peguam bagi menguruskan kes saman tersebut.

Selepas beberapa kali perbicaraan dijalankan, kerajaan bertukar semula kepada BN pada PRU 2013 dan secara ‘amat ganjil’ BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran sebanyak RM2.5 juta.

Persoalannya, siapa yang membuat arahan supaya penyelesaian di buat di luar mahkamah setelah dibicarakan sekian lama? Adakah arahan itu datangnya dari Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PKNK atau mana-mana ahli lembaga pengarah.

BDB mempunyai asas yang cukup kuat untuk memenangi kes tersebut. Adakah peguam yang membela kes ini termaklum dengan keputusan BDB itu? Terdapat dakwaan bahawa peguam (yang dilantik semasa pakatan) pun tidak dimaklumkan perihal penyelesaian di luar mahkamah itu. Mukhriz kena jelaskan semuanya kerana antara pemegang saham PKNK adalah rakyat Kedah kerana PKNK adalah milik kerajaan negeri Kedah, rakyat berhak mendapat penjelasan setelah RM2.5 juta duit rakyat hangus begitu saja. Ianya duit rakyat, bukan duit poket Mukhriz yang disimpannya sejak kecil.

Di awal pentadbiran Pakatan keuntungan yang dicatatkan sekitar syarikat RM16 juta namun selepas berakhir tahun 2012 keuntungan dicatatkan adalah sebanyak RM30.6 juta. Nampaknya keuntungan dibuat semasa Pakatan dihabiskan oleh pentadbiran BN begitu sahaja.

Ada lagi isu menarik yang berkaitan dengan BDB. Dato’ Amiruddin Hamzah mempersoalkan tindakan Mukhriz melantik bekas CEO Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Encik Izham Yusof yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan dalam beberapa buah syarikat oleh Juruaudit Khas Kementerian Kewangan.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan BDB mulai 1 Februari 2014 ini, beliau sudahpun dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas BDB sekitar bulan September 2013.

“Bulan September beliau dilantik, bulan Disember berlaku penyelesaian kes di luar mahkamah.... apakah ada kaitan keputusan yang dibuat dengan masuknya individu ini dalam BDB?” soal Amiruddin yang membuka persoalan baru dalam hubungan isu balak di Kedah.

Buat masa ini Menteri Besar Kedah kena meneliti isu balak dengan sebaiknya kerana itulah isu utama yang diperjuangkannya sewaktu jadi pembangkang dahulu. Nasihat tidak ikhlas yang ditujukan kepada Ustaz Azizan suatu masa dahulu kena digunakan untuk dirinya pula. Pakai otak laa Mukhriz!

Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

EDISI UMNO JANJI TIDAK BOLEH DI PERCAYAI.... DULU KATA BR1M NAIK RM1,200 MENANG PRU 13 SEKARANG CAKAP TAHUN 2019 PULA....

Sebelum PRU 13 bukan main lagi UMNO/BN berjanji dalam manifesto AKU JANJI akan naikkan BR1M dari RM500 ke RM1,200 jika rakyat berikan undi dan sokongan kepada UMNO/BN untuk terus memerintah negara.

Undi dah beri.... mandat dah dapat.... apakah janji ditunaikan....? Jawapannya.... jangan harap.... jangan nak mimpi....

Hari ini Najib Razak secara terbuka sampai terlupa pernah buat janji telah memberitahu satu dunia yang BR1M itu akan hanya dilaksanakan pada tahun 2019 iaitu selepas PRU 14....

Jelas isu pemberian BR1M sebanyak RM1,200 akan dijadikan modal umpan pada PRU 14 oleh UMNO/BN....

Sebab itu cakap besar berdegar-degar sampai nak terbalik dunia kononnya dia ini jenis manusia pantang tidak tunai janji hanyalah satu pembohongan belaka.

Pemimpin yang mungkir janji dan cakap bohong adalah pemimpin jenis munafik kelas tertinggi.

Kalau dengan isu BR1M pun sanggup dan tergamak serta berani Najib Razak menipu rakyat.... jika di ikutkan hukum akal logik.... apa lagi janji dan manifesto AKU JANJI yang sanggup beliau khianati dan mungkiri.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
BUTTERWORTH: PAS menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata fahaman seumpama itu adalah bahaya dan umat Islam perlu bersatu menentang ideologi yang bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.
  
"Pandangan sebegini sebenarnya terlalu bahaya untuk umat Islam kerana hadis adalah sumber rujukan selepas Al-Quran dan tidak wajar untuk kita memperlekehkannya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
  
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas isu bekas aktivis politik Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan akidah umat Islam, baru-baru ini.
  
Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lepas mengundang kontroversi apabila beliau mempertikaikan hadis selain meletakkan ulama Islam setaraf dengan 'kasta' paderi Kristian.
  
Perkara itu kini disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sumber Berita Dari HarakahDaily 

Guru penganjur mansuh PBS diarah tukar sekolah

Pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) yang menganjurkan himpunan mendesak pemansuhan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) hari ini, mendakwa beliau ditukarkan tempat bertugas serta-merta "tanpa sebab munasabah".

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, seorang guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Jerantut berkata beliau menerima surat pertukaran bertarikh 17 Februari itu semalam (21 Februari).

Menurutnya, surat yang ditandatangani pengarah Jabatan Pendidikan Daerah itu mengarahkannya bertukar serta-merta.

Namun, beliau hairan dengan tarikh surat itu yang lebih awal berbanding tarikh serahannya, iaitu semalam.

"Saya sedikit keliru kerana tanpa sebab munasabah (saya) cuba ditukarkan (sekolah)."

"Alasan yang diberikan adalah alasan klise iaitu khidmat saya diperlukan di sana (tempat baru)," katanya yang merahsiakan nama sekolah beliau mengajar sekarang dan nama sekolah baru tempatnya akan bertugas.

Menurut Izzat, beliau akan kembali mengajar di sekolah sekarang pada Isnin depan kerana sedang mendapatkan nasihat guaman tentang arahan pertukaran itu.

Pada masa sama, ia juga tidak mematahkan semangatnya untuk terus mendesak pemansuhan PBS menerusi 'Himpunan 222: Mansuh PBS' pada jam 1 tengah hari ini di Masjid Bandar Baru Bangi, katanya.
 
Sumber Berita Dari MalaysiaKini

DEMI MENUTUP PEKUNG PEMIMPIN DAN KRONI UMNO, BERITA YANG PANAS INI DIHARAMKAN KELUAR MEDIA ARUS PERDANA (GAMBAR)

 
Piket ini sudah berlaku 2 hari yang lalu namun tiada satu media arus perdana menerbitkanya atau menghebahkannya sama ada di media cetak maupun media elektronik TV3, RTM dan Astro Awani.

Piket yang dilakukan oleh para pekerja Sayarikat Insuran Takaful Malaysia Bhd dengan kerjasama Kesatuan Sekerja Pekerja Perdagangan Semenanjung Malaysia atau National Union of Comercial Workers Malaysia (NUCW) kerana kebajikan mereka telah diabaikan oleh pihak syraikat Insuran Takaful Malaysia Berhad di mana Lembaga Tabung Haji yang dipengerusikan Oleh Ahli Parlimen Baling Dato' Azeez Rahim.

Omak Kau difahamkan syarikat berkenaan telah menarik balik kemudahan rawatan perubatan yang sedia ada iaitu suatu perkara asas yang cukup penting dalam menyediakan kebajikan kepada para pekerja.

Apa yang menyedihkan ialah syarikat untung berlipat kali ganda, tuan punya syarikat adalah Melayu/Bumiputera iaitu Lembaga Tabung Haji dan para pekerja/kakitangannya pula hampir 100% orang Melayu/Bumiputera beragama Islam.

Penindasan dan kezaliman ini akan dibawa ke Mahkamah Perusahaan dalam masa terdekat dan selagi itu piket akan terus diadakan setiap minggu sehingga para pekerja dan kakitangan Melayu/Islam ini mendapat pembelaan dan keadilan.

Sumber Berita Dari Blog Na'im Nikmat

SUASANA PELANCARAN JENTERA AMK PRK DUN N25 KAJANG TAMAN DELIMA, KAJANG

Program Pelancaran Jentera AMK N25 Kajang di Taman Delima semalam 21hb Februari 2014 oleh DSAI.

Sambutan diberikan penduduk Taman Delima, Kajang cukup menyakinkan sekali, memberi mesej cukup kuat lagi jelas bahawa rakyat Kajang sudah bersedia untuk menobatkan DSAI sebagai wakil rakyat mereka.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Tuan Guru Nik Aziz Kecam Kassim Ahmad

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam pelopor anti hadis, Kassim Ahmad sebagai "rosak" pemikiran kerana menolak hadis.
Nik Aziz berkata, bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia tersebut tidak boleh menafsirkan hal agama mengikut pemikirannya kerana sifat Tuhan yang sama sekali berbeza dengan manusia.
"Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal Allah tidak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana Allah tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah," kata Nik Aziz yang dipetik berkata dalam Sinar Harian semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.
Minggu lalu, Kassim dalam satu seminar di Putrajaya menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, menyoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi orang Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".
Kassim juga mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukan sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk, "Hala Tuju Malaysia dalam Masa 30 Tahun".
Seminar itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Aziz turut mengecam tindakan Kassim yang mempertikaikan keperluan Nabi Muhammad diagungkan oleh penganut Islam.
"Oleh itu, tidak ada orang yang boleh kenal Allah, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya.
Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak menggesa tindakan tegas diambil ke atas Kassim.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga dilaporkan sedang menyiasat berhubung penganjuran seminar tersebut di Putrajaya pada 15 dan 16 Febuari lalu.
Semalam, penyokong PAS dan NGO Islam di seluruh negara mula mengadakan perhimpunan bagi membantah kenyataan Kassim yang disifatkan sebagai anti hadis.
Dua perhimpunan besar diadakan iaitu di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur dan di Masjid Negeri, Ipoh, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap Kassim.

Sumber Berita Dari Blog Addin
SIBU: PAS Sarawak kesal dengan penahanan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 11.25 pagi tadi.

Ketua Penerangannya, Andri Zulkarnaen Hamden (gambar) berkata penangkapan itu amat tidak wajar kerana tidak ada asas kukuh mengapa Mazlan ditahan.

"Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya di Sarawak. Alasan yang diberi oleh pihak Imigresen yang menyatakan bahawa pihak Pejabat Ketua Menteri tidak membenarkan Mazlan memasuki Sarawak adalah jelas suatu pencabulan kepada sistem undang-undang di negara kita khususnya Sarawak."

"Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang yang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah dan fakta-fakta kukuh dan konkrit," ujar Andri.

Beliau berkata jelas sekali penahanan itu adalah bersifat politik dan ia adalah ulangan kepada penahanan yang pernah dikenakan terhadap Mazlan pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

"Pihak-pihak tertentu jelas takut dengan pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan dan skandal tanah melibatkan pemimpin-pemimpin BN di seluruh negara khususnya Sarawak."

"Mazlan melalui NGO Anak dilihat menjadi duri dalam daging kepada penyangak-penyangak tanah yang menjadikan tanah rakyat sebagai habuan mereka mengumpul kekayaan," tambah Andri Zulkarnaen lagi.

Menurutnya, PAS Sarawak menggesa pihak Imigresen supaya tidak tunduk kepada desakan politik dalam menjalankan tugas mereka.

"Amat merbahaya jika jabatan seperti Imigresen tunduk kepada tekanan politik seperti kes Mazlan ini. Kami menggesa Mazlan segera dibenarkan memasuki Sarawak untuk meneruskan program Himpunan Tanah Sarawak yang dijadualkan berlangsung esok di Dun Beting Maro. Ianya dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Tanah dan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak," ujarnya lagi

Dalam perkembangan berkaitan, Andri juga melahirkan kekesalannya dengan beberapa kes ugutan yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada Ahli Jawatankuasa Program dan peserta-peserta program esok.

"Salah seorang AJK kami diugut akan ditangkap jika datang ke kawasan beberapa Rumah Panjang di Beting Maro untuk mengajak penghuni Rumah Panjang hadir ke program esok."

"Selain itu kami juga percaya Tuai beberapa Rumah Panjang di kawasan tersebut juga telah diugut sehingga mereka tidak berani untuk memberikan kerjasama kepada program kami sedangkan semalam mereka begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan program tersebut," ujar beliau.

Andri berkata ugutan itu adalah suatu tindakan primitif, pengecut dan tidak professional pihak tertentu yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Mereka takut penghuni di Rumah Panjang seperti Manggu Manggeris, Mutton Jawi dan lain-lain terus memberikan sokongan kepada usaha-usaha PAS untuk mengembalikan hak kepada rakyat Sarawak dari segi pemilikan tanah," tambah beliau.

Sementara itu, Mazlan Aliman menulis FB menyatakan bahawa beliau sudah kembali ke Johor dan baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Mungkinkah Kit Siang akan ditahan di bawah SOSMA?

 
Pemimpin DAP Lim Kit Siang ingin tahu sama ada wujud perancangan untuk menahannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Satu petanda ke arah itu, menurut Lim, adalah label anti-Quran oleh cybertrooper Umno terhadapnya.

Respon itu tercetus ekoran kenyataannya pada 1 Februari mengkritik Jabatan Pembangunan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan teks khutbah Jumaatnya yang mempersalahkan perpecahan umat Islam kerana lemah akidah, ditambah dengan hasutan orang Kristian dari Yahudi.

"Saya tidak merujuk kepada mana-mana ayat Al-Quran atau hadis tetapi saya kini dituduh sebagai anti-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ini membuat beliau tertanya-tanya sama ada wujud plot untuk memerangkapnya sepertimana (MP Seputeh) Teresa Kok pada 2008 supaya beliau boleh ditahan atas alasan anti-Quran dan menghasut ketidakkeharmonian kaum dan agama.


Pada September 2008 Teresa telah dituduh menandatangani petisyen bahawa laungan azan di masjid Kinrara telah mengganggu ketenteraman dan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dia dibebaskan seminggu kemudian ekoran bantahan awam.

Lim juga bertanya sama ada terdapat seseorang yang bermain dengan idea yang beliau patut ditahan di bawah SOSMA atas alasan beliau anti-Quran dan merbahaya dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.

SOSMA menggantikan ISA selepas ia dimansuhkan pada tahun 2012.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Pelajar terbaik SPM 1989 Terengganu didakwa pemilik page Murtad's in Pantai Timur

Page Murtad's in Pantai Timur - MPT yang kini sedang tersebar sebenarnya telah dipadam di Facebook dan kini digantikan dengan page Murtads in Kelantan - MIK yang kini mendapat 1535 like dengan moto "MAJULAH MURTAD KELANTAN. MAJULAH MURTAD PANTAI TIMUR".

Hina Allah, hina Nabi Muhammad dan hina Melayu dapat dilihat di page ini.

Artikel dari Harian Metro sebelum ini.

Kuantan: Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.

Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu.

Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad (dipanggilnya Muhammad babi) akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan. - Harian Metro


Kini tersebar, page tersebut dimiliki oleh seorang wanita Juli Sumardiati Binti Mohd Jalaluddin pemilik akaun https://www.facebook.com/juli.jalaludin dan pemilik page Page Murtad's Pantai Timur - MPT. Ia adalah berdasar butiran berikut;

id: 1452759477
name: Juli Jalaludin
first_name: Juli
last_name: Jalaludin
link: http://www.facebook.com/juli.jalaludin
gender: female
locale: en_US
username: juli.jalaludin
Juli Jalaludin

Juli Sumardiati juga didakwa sebagai pelajar SPM terbaik Terengganu 1989 seperti keratan akhbar di atas.

Pihak berkuasa kini diminta untuk menyiasat page Murtads in Kelantan - MIK dan mengambil tindakan segera. Jangan biarkan perkara sebegini mudah dipermainkan di media sosial.

Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

ISU ANTI HADIS.... BEBERAPA RAKAMAN GAMBAR MENARIK DI BEBERAPA BUAH MASJID DEMO KECAM KASSIM AHMAD DAN MAHATHIR MOHAMAD

Plakad-plakad menarik dikesan dalam perhimpunan umat Islam di Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Negeri Alwi Kangar, Perlis, Masjid Pengandang Baru, Kuala Terengganu dan Masjid Negeri Ipoh, Perak  bagi mengecam kenyataan kontroversi sarjana Kassim Ahmad yang dianggap biadab dan menghina Islam.

Antara dipamerkan peserta, “Kassim Ahmad syaitan”, “Kassim Ahmad tempat laknat Malaysia....” dan “Kasim Ahmad Hina Ahmad”.

Ahmad merupakan nama lain kepada Nabi Muhammad.

Selain menyatakan keberangan dalam perhimpunan selepas solat Jumaat itu, dikesan juga plakad yang berbentuk humor seperti “Kassim Ahmad dah solat Jumaat ke?”

Harakahdaily melaporkan, hampir 1,000 umat Islam berkumpul di Masjid Negara bagi mendesak tindakan pihak berkuasa terhadap Kassim.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran kritikan ekoran pendiriannya yang membela Kassim.

Pemuda UMNO tak nampak muka.... Perkasa hilang entah kemana.... JATI jangan cite terus lesap.... Pekida lagilah asap dan bayang pun tiada.... ISMA cari-cari tak jumpa....

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Sabitkan Karpal langgar kebebasan bersuara, kata pakar antarabangsa

OLEH V. ANBALANGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

The International Commission of Jurists (ICJ) turut bersama dengan peguam Malaysia tidak setuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Karpal Singh (gambar) atas kesalahan menghasut, dengan mengatakan ia bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan taraf kebebasan bersuara bagi para peguam.

Penasihat Undang-Undang Antarabangsa ICJ bagi Asia Tenggara, Emerlynne Gil berkata pensabitan ini memberi mesej kepada peguam di Malaysia bahawa mereka tidak bebas untuk memberi pendapat tentang isu undang-undang.

Gil berkata, pensabitan Karpal bermula dengan sidang media awal tahun 2009 di mana beliau didakwa mengatakan perkara yang menghasut apabila mempersoalkan kekuasaan Sultan Azlan Shah dalam menyingkirkan Menteri Besar Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Kes ini satu lagi tanda kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa hormat terhadap prinsip kebebasan bersuara," kata Gil dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Karpal bertindak memenuhi fungsi beliau sebagai seorang peguam, iaitu memberi pendapat kepada pihak awam dalam perkara berkaitan dengan undang-undang.

Prinsip utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam fungsi peguam, khususnya menyatakan bahawa peguam, seperti mana-mana rakyat lain, mempunyai hak kebebasan bersuara dan memberikan pendapat.

Beliau berkata peguam punyai hak untuk 'mengambil bahagian dalam perbincangan hal berkaitan dengan undang-undang, pentadbiran dalam penghakiman dan menggalakkan dan melindungi hak manusia' tanpa rasa takut atau sekatan profesional atau akibat daripada tindakan mereka yang sah di sisi undang-undang.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia mengatakan hak rakyat dalam kes ini, seorang senior dan peguam berpengalaman untuk memberi pendapat tentang persoalan perundangan berada dalam skop kebebasan bersuara dan dijamin di bawah Persekutuan Perlembagaan.

"Hak Perlembagaan haruslah ditafsirkan secara subjektif, manakala sekatan di atasnya perlu ditafsirkan dengan ketat," kata naib presiden badan tersebut, Steven Thiru dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Perlembagaan memberi kebenaran kepada Putrajaya untuk membuat perundangan, termasuk Akta Hasutan yang menyekat kebebasan bersuara, tetapi menekankan undang-undang tersebut perlu ditafsirkan dengan ketatnya untuk memastikan "hak asas tidak menjadi tidak bermakna lagi."

Steven berkata Akta Hasutan yang digubal pada 1948 itu merupakan satu 'penghinaan kepada perundangan' dan direka untuk menekan dan menghukum rakyat.

"Akta ini bertentangan dengan prinsip demokrasi dan idealnya kerana menyekat dan menjadikan jenayah sebarang perbincangan yang munasabah dan sederhana tentang isu nasional yang penting," kata Thiru, yang mewakili sebanyak 13,000 peguam dalam organisasinya di Semenanjung.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen berkata sabit kesalahan Karpal menjamin kembalinya autoritarian dan penganiayaan politik.

Paulsen berkata ini jelas mengikut rayuan P Uthayakumar yang ditolak awal minggu ini, serta untuk hasutan.

Beliau berkata kembalinya autoritarian dan penganiayaan politik ini berlaku selepas  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan beberapa siri perubahan demokratik yang akhirnya hanya aktiviti penjenamaan semula dan semestinya – palsu.

Semalam, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Paduka Azman Abdullah mendapati Karpal bersalah kerana mengatakan perkara berbaur hasutan terhadap Sultan Perak ketika krisis Perlembagaan pada 2009.

Hukuman ditangguhkan kepada 7 Mac bagi pasukan pembelaan Karpal untuk bersiap sedia bagi pengurangan hukuman.

Di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Karpal kini menghadapi denda berjumlah RM3,000 ke atas, atau penjara selama tiga tahun.

Sabitan kesalahan Karpal mungkin akan menyebabkannya melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen Malaysia, kerana Perlembagaan sudahpun menyatakan bahawa ahli boleh disingkirkan daripada Parlimen jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjara lebih daripada setahun.

Karpal, 73 tahun, sudah membela beberapa kes berprofil tinggi, termasuklah kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang perbicaraannya atas kesalahan liwat mengundang kritikan berat daripada Malaysia serta antarabangsa.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

DAP nafi tidak boleh kerjasama dengan PAS

Ketua Menteri Lim Guan Eng menolak dakwaan bahawa PAS tidak diperuntukkan kerusi Exco dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah kerana bermotifkan dendam.

Sebaliknya, menurut beliau, agihan kerusi exco di negeri itu adalah berdasarkan proses persetujuan bersama yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata, walaupun tiada kerusi exco diberikan, namun wakil rakyat PAS iaitu ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

“Wakil PAS satu di Pulau Pinang, bila kita (DAP) ada satu ADUN di Kedah (pada 2008), dia pun bukan ahli exco, jadi sama juga di Kelantan,” katanya ketika diwawancara Kinitv, baru-baru ini.

Apabila ditanya sama ada tindakan itu boleh diibaratkan sebagai membalas dendam, Lim tangkas menyangkalnya dan berkata percaturan berkenaan dibuat berdasarkan persefahaman di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Saya rasa yang penting adalah sama ada kita boleh memastikan dasar Pakatan Rakyat berjiwa rakyat. Malah ADUN tungal PAS (di Pulau Pinang) adalah Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

“Ini adalah satu jawatan yang sangat penting. Jadi saya tidak faham mengapa (isu) ini diperkotak-katikkan kerana dari sudut pelaksanaan dasar itu adalah secara bersama,” katanya.

Lim juga berkata DAP tidak mempunyai masalah jika wakil rakyat PAS dilantik menjadi menteri besar Selangor tetapi beliau enggan mengulas isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau  memberikan contoh di Perak, di mana, katanya DAP akan menyokong calon menteri besar berdasarkan kelayakkan dan kewibaan pemimpin berkenaan dan bukan berdasarkan parti.

Apabila diasak, sama ada benar atau tidak dakwaan bahawa DAP kurang selesa bekerjasama dengan PAS, Lim juga menyangkalnya.

Beliau juga memberitahu, seperti di Selangor, calon dari PKR yang di pilih menjadi menteri besar adalah berdasarkan formula yang telah dipersetujui oleh Pakatan sebelum ini.

“Kalau kita tak boleh bekerjasama dengan PAS mengapa kita tak sokong PKR? Yang kita sokong ialah orang yang paling layak dan paling kewibaan."

“Tak timbul kita tak sokong calon PAS. Di Perak (pada tahun 2008) kita sokong calon PAS (jadi menteri besar). Di Selangor, calon PKR telah dipilih untuk jawatan menteri besar, jika ini tidak berubah, Pakatan akan teruskan formula ini,” katanya.

Laporan penuh wawancara ini boleh diikuti menerusi segmen BicaraKini di Kinitv.
 
Sumber Berita Dari MalaysiaKini
BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengingatkan keseluruhan ahli PAS agar tidak mensabotaj parti kerana sikap sedemikian tidak menguntungkan sebaliknya mengundang kekalahan.

Jelasnya ketika berucap dalam perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Haji Ahmad Badawi, Butteworth pagi tadi, tabiat kotor itu menjadi duri dalam daging perjuangan murni hasil lorongan pejuang masa lalu.

"Tabiat mensabotaj parti adalah duri dalam daging perjuangan. Perjuangan yang murni akan menjadi sia-sia sekiranya masalah dalaman tidak dapat diatasi," ujarnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri.

Justeru, untuk menghalang tabiat tersebut berleluasa, Lajnah Tarbiyah yang berperanan mendidik ahli wajar mencari kaedah terkini supaya semua ahli PAS dan jenteranya berperanan selari dengan kepimpinan.

Sabotaj parti katanya, memberi peluang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dengan bergaya pada setiap pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil.

Kesetiaan sebagai ahli PAS kena diperkukuhkan sambung Haji Mohamad, sebab hasil kerja itu memberikan gambaran kepada rakyat khususnya atau terkesan dengan  usaha sendiri tambahan lagi merangka pertambahan kerusi milik PAS.

Menyentuh mengenai sasaran PAS dan Pakatan Rakyat menjelang PRU14 ialah teruskan merangka strategi kerana wanita adalah undi penentu kemenangan dalam PRU14

Kebanyakan wanita di Malaysia tegasnya, suka menonton Televisyen (TV) maka tugas dakwah PAS terutamanya ialah menyelitkan peranan suami kepada anak-anak dan isteri agar tidak terpengaruh dengan proganda Umno dan BN melalui media elektronik.

Memang tidak dinafikan, PAS dan Pakatan rakyat masih kekurangan sokongan golongan wanita. Oleh sebab itu Umno dan BN tetap berkuasa dan mereka mempergunakan media untuk melawan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

"Wanita mesti disedarkan terutamanya di kawasan kampung. Memandangkan PAS kalah ekoran kegagalan menangani isu wanita, maka masalah ini harus dijadikan agenda terpenting seandainya mahukan kejayaan," katanya.

Selain Haji Mohamad Sabu turut membentangkan kertas kerja ialah Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

MENINGGAL DALAM SENYUMAN.... AL FATIHAH

“Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini."

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.

Sumber Berita Dari Blog Lantak HANGPA la

Lebih baik Syabas guna duit kos guaman untuk tingkat mutu perkhidmatan, kata Rafizi

Rafizi akan terus menyuarakan masalah rakyat berhubung masalah bekalan air kepada pihak yang terlibat. - Gambar The Malaysian Insider. 
Rafizi akan terus menyuarakan masalah rakyat berhubung masalah bekalan air kepada pihak yang terlibat. - Gambar The Malaysian Insider.
Syarikat pengurusan air di Selangor dinasihatkan agar menggunakan duit bayaran guaman menyaman pengkritiknya bagi menukar sistem penapisan di semua loji supaya kegagalan yang menyebabkan penutupannya dapat dielakkan di masa akan datang.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, daripada membazirkan wang membayar peguam bagi menyaman beliau kerana mengkritik mereka, adalah lebih baik wang itu digunakan untuk tujuan itu.

Lagipun, kata pengarah strategi PKR itu, beliau akan terus menyuarakan bantahan kepada mana-mana pihak yang beliau fikir tidak meletakkan kepentingan awam untuk memastikan bekalan air yang baik kepada penduduk di kawasan beliau iaitu Pandan dan rakyat Selangor amnya.

"Jika ini bermakna saya akan berdepan dengan tindakan undang-undang, ini bukan kali pertama saya diheret ke mahkamah apabila bersuara di dalam isu kepentingan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, Syabas dan Puncak Niaga (serta pemiliknya) nampak dangkal apabila sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti beliau.

"Sedangkan adalah lebih baik jika wang itu digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua Loji Penapisan Air (LPA) Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang," katanya.

Rafizi mengulas tindakan Syabas yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya di atas kenyataan beliau Isnin lepas mengenai masalah bekalan air yang terganggu melibatkan lebih 100,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan Syabas atau Puncak Niaga mengambil pendekatan saman setiap kali ada kritikan mengenai prestasinya sebagai syarikat yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang.

Sebagai wakil rakyat, kata Rafizi, beliau mengambil pelbagai langkah untuk mengetengah rasa tidak puas hati penduduk yang sering menjadi mangsa gangguan bekalan air terutamanya di kawasan Pandan.

Ini termasuklah, mengumpul tanda tangan bantahan, membawa kes kegagalan Syabas ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, membawa isu untuk dibahaskan di Parlimen, mengusulkan kepada kerajaan negeri supaya menyediakan bekalan air kecemasan apabila berlaku gangguan dan berbincang dengan kakitangan Syabas sendiri untuk membantu penduduk.

Malangnya, kata Rafizi, semua langkah-langkah ini baik yang bekerjasama atau berdepan dengan Syabas tidak sedikit pun membaiki prestasi bekalan air.

Gangguan terus berlaku dan setiap kali ia terjadi, jumlah lori air untuk menghantar bekalan kecemasan tidak pernah mencukupi.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab saya terus mengkritik prestasi Syabas kerana kelemahan perancangan dan operasinya."

Dalam gangguan terbaru, kata Rafizi, beliau tidak dapat menerima alasan bahawa dua loji iaitu Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di dua loji itu.

Sedangkan sekiranya loji berkenaan dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

Melalui semakan awam, beliau mendapati bahawa kedua-dua loji hanya boleh memproses air sungai yang mempunyai kandungan ammonia maksima sebanyak 1.5 mg/liter.

Pada masa yang sama, sisa air rawatan daripada sistem kumbahan yang dilepaskan ke sungai-sungai oleh Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi kerana piawai yang dibenarkan adalah maksima 15 mg/liter atau 25 mg/liter (bergantung lokasi sungai).

Ini bermakna pengendali loji penapisan air seperti Puncak Niaga sememangnya tahu bahawa wujud kemungkinan kandungan ammonia di dalam air sungai yang tinggi terutama apabila musim panas kerana kekurangan hujan.

Dalam keadaan ramalan cuaca boleh dirujuk, pengendali LPA seperti Puncak Niaga sepatutnya boleh menduga tempoh tertentu yang mana kadar kandungan ammonia di dalam air sungai lebih tinggi yang boleh menjejaskan bekalan air.

"Persoalan yang saya timbulkan ialah kenapa tidak ada tindakan proaktif sebelum ini di pihak Puncak Niaga (dan Syabas kerana kedua-duanya dikawal oleh kepentingan yang sama) untuk menaiktaraf LPA sedia ada agar semua LPA ini boleh mengambil air sungai berkandungan ammonia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter kerana perkara ini boleh dibuat," tanya Rafizi.

Beliau difahamkan Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis (filtering system) yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Masalahnya, pemasangan sistem penapis baru ini akan mengambil masa lebih enam bulan dari sekarang dan tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air sekarang.

“Bukankah jika tindakan ini diambil lebih awal, dengan mengambil kira ramalan cuaca, masalah gangguan bekalan air yang kini menyusahkan rakyat di seluruh Selangor dapat dielakkan?” soal Rafizi.

"Sebab itu saya mengkritik kelemahan perancangan Syabas dan Puncak Niaga yang tidak menduga lebih awal keperluan menggantikan sistem penapis kepada Sodium Aluminosilicate yang jika dibuat lebih awal dapat mengelakkan masalah bekalan air sekarang," katanya.

Bagi beliau, tindakan jangka pendek iaitu menggunakan kolam-kolam air berdekatan dengan hilir Sungai Langat untuk mencairkan air sungai yang digunakan oleh LPA Bukit Tampoi perlulah dilaksanakan segera kerana kosnya hanyalah sekitar RM360,000 sebulan.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

BERITA PANAS MENDIDIH.... BEKAS EXCO NEGERI PAHANG BERSAMA-SAMA DENGAN PARA PENYOKONGNYA AKAN KELUAR UMNO DAN MASUK KEADILAN....!!!


Mengikut info yang Omak Kau terima suatu majlis pengisytiharan keluar parti UMNO secara beramai-ramai dan menyertai Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) bakal berlaku esok Sabtu 22hb Februari 2014 di Maran.

Majlis dikatakan bakal diketuai oleh bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang dan juga bekas ADUN N24 Luit, Dato' Ahmad Munawar Abdul Jalil.

Majlis di jangka akan diadakan serentak dengan program ceramah isu-isu semasa yang akan diadakan di Pejabat KEADILAN berhadapan dengan Perhentian Bas bandar Maran.

Kemasukkan Dato' Ahmad Munawar bersama-sama dengan para penyokongnya ke dalam KEADILAN bakal menyumbang kepada tumbangnya UMNO/BN di Pahang pada PRU 14 nanti.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Anwar berjaya tarik sokongan ahli Umno di Kajang?

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai. - Gambar The Malaysian Insider. 
Siri pertemuan Anwar bersama penduduk setempat di sekitar Kajang sentiasa berjaya menarik khalayak yang ramai. - Gambar The Malaysian Insider.

Walaupun kempen rasmi belum bermula, Ketua PKR dan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula menembusi pengundi Melayu yang secara tradisinya berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Penyokong Umno semakin ramai yang muncul dalam siri perjumpaan kecil yang dianjurkan pasukan Anwar dengan penduduk setempat seperti di kedai-kedai kopi dan tazkirah.

Kehadiran ramai ahli Umno yang memilih untuk terus mendengar Anwar semasa perjumpaan ini memberi manfaat kepada matlamat PKR bagi mengekalkan kerusi itu, kata seorang daripada pengurus kempen Anwar, Mohd Yahya Saari.

"Kami agak terkejut mereka benar-benar datang dan mereka menunggu hingga  akhir bagi mendengar Anwar berucap," kata Yahya, yang juga ketua bilik gerakan PRK Kajang.

Walaupun Kajang dianggap kubu PKR – parti itu memenanginya dengan majoriti 6,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 – kebanyakan sokongan adalah daripada masyarakat Cina di kawasan ini.

PKR cuba menarik lebih ramai pengundi Melayu yang terdiri daripada pekerja kelas pertengahan yang cukup penting bagi memenangi kuasa di peringkat persekutuan.

Dalam usaha memecahkan pengaruh Umno ke atas jiwa Melayu Islam, ia perlu menyakinkan lebih ramai golongan ini untuk menerima agenda asas yang memenuhi keperluan asas masyarakat berbilang kaum sebagai agenda utama.

Lawatan Anwar ke kampung-kampung Melayu dan kawasan perumahan di Batu 10 Cheras dan Kampung Sungai Kantan di kawasan itu juga sesuai dengan apa yang dimaksudkan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dalam satu temu bual lepas.

Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor secara keseluruhannya, perlu mengajak orang Melayu Islam menentang provokasi kaum dan agama semasa penggal kedua memerintah negeri ini.

Sebagai contoh, Umno Selangor melakukan “road show” di seluruh negeri bagi mendapatkan sokongan terhadap pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Perhubungan antara aktivis PKR dengan penyokong Umno kata Mohd Yahya, menunjukkan kebimbangan mengenai kecenderungan Umno terhadap parti ultra-konservatif.

"Mereka nampaknya agak terganggu bagaimana Umno boleh berfikiran sempit. Mereka berasa parti itu seolah-olah hanya mengambil berat orang Melayu dan bukan seperti sebelumnya yang dilihat lebih terbuka kepada semua masyarakat," kata Mohd Yahya.

Bagaimanapun, ahli akademik dari Universiti Malaya, Datuk Prof Mohammad Redzuan Othman (gambar) memberi amaran sebaliknya terhadap kehadiran beberapa penyokong Umno di program Anwar sebagai tanda-tanda akan berlaku perubahan terhadap pengundi Melayu Islam di Kajang.

Menurut kaji selidik oleh pasukan penyelidikan Redzuan, sokongan keseluruhan bagi BN dan Pakatan kekal sama sejak pilihan raya umum tahun lepas.

"Mungkin akan ada 2-3%  anjakan penyokong tetapi ia bukanlah satu gelombang besar," kata Redzuan yang juga pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Dalam kaji selidik terbaru Umcedel di kawasan Kajang, 69% daripada responden berpendapat kenaikan kos sara hidup akan memacu sokongan terhadap Pakatan.

Bilangan tertinggi pengundi yang menyokong ini terdiri daripada kakitangan kerajaan, dengan 79% mengatakan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan akan memberi kelebihan undi kepada Pakatan.

Pada masa yang sama 60% pengundi Melayu Islam di Kajang berasa isu Allah tidak akan membawa kepada lebih banyak sokongan kepada BN dan Umno dalam PRK itu.

PRK itu bakal diadakan berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba Adun Kajang, Lee Chin Cheh daripada PKR.

PKR mengaku bahawa perletakan jawatan Lee dan PRK itu adalah satu rancangan teliti yang dikenali "Langkah Kajang" oleh perancangnya bagi membolehkan Anwar memasuki kerajaan Selangor.

Kedua-dua pihak, parti dan Anwar jelas menunjukkan ia bertujuan untuk membolehkan beliau mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada pilihan raya umum lepas, Lee mendapat 19,571 undi, menang dengan majoriti 6,824 undi mengalahkan calon MCA daripada BN, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi manakala Mohamad Ismail daripada Berjasa mendapat 1,014 undi.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider
KOTA BHARU: Kelantan Golden Trade (KGT) menuntut ganti rugi sebanyak RM150,000 daripada Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap agensi itu pada 2012.

Pada prosiding kes tersebut petang semalam KGT diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa menolak permohonan maaf Utusan tanpa dibayar sebarang kos.

Sehubungan itu Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 dan 28 April hadapan bagi perbicaraan kes tersebut yang dikendalikan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Zainal ketika ditemui berkata, Utusan yang diwakili peguam M Reza Hassan bersetuju untuk memohon maaf tanpa mahu membayar sebarang kos.

“Bagaimana pun anak guam saya tidak bersetuju dan mahu dibayar kos terhadap berita berunsur fitnah yang didakwa terhadap KGT dua tahun lepas,” katanya di sini.

Kelmarin bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamed membuat pengakuan maaf di mahkamah terhadap dakwaannya Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islamik seperti disiarkan Utusan.

Beliau juga memohon maaf kepada KGT terhadap sebarang kesulitan, terjejas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami akibat pemberitaan tersebut. Mahkamah menetapkan kos RM10,000 perlu dibayar terhadap plaintif.

Pada 25 Jun 2012 Nik Mahani dilaporkan mendakwa Dinar dikeluarkan KGT tiada ciri-ciri Islam. Berita tersebut disiarkan Utusan dengan tajuk “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”.

Ekoran dakwaan terbabit KGT melalui peguam mengeluarkan notis tuntutan terhadap Nik Mahani sebagai defendan keempat, tiga lagi iaitu Utusan Melayu (pertama), Saifulizan Muhamad (kedua) dan Azran Fitri Rahim (ketiga).

Bagaimanapun defendan-defendan terbabit gagal dan enggan mematuhinya.

Berikutan itu KGT mengemukakan saman terhadap keempat-empat defendan dengan menuntut mereka memohon maaf kepada plaintif tanpa syarat.

Permohonan maaf hendaklah dibuat secara terbuka melalui Utusan dan menarik balik laporan ditulis. Selain itu ganti rugi am sebanyak RM10 juta serta ganti rugi teladan sebanyak RM5 juta.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

PAS mahu undi tak percaya terhadap PM

 
PAS menggesa menteri-menteri Umno yang tidak puas hati supaya memperlihatkan "keberanian" dengan mengepalai ahli Parlimen BN untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.


Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar (kiri) berkata, ini kerana jelas terdapat keraguan yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Najib, malah di kalangan anggota ahli kabinetnya sendiri, dan bahawa pentadbiran Najib "sudah hanyut".

Mahfuz merujuk kepada laporan berita semalam bahawa dua menteri menimbang untuk meletak jawatan menjelang rombakan kabinet yang dijadual pada bulan Jun.

"Pentadbiran Najib adalah berbentuk "syok sendiri". Lancar sana, lancar sini, tetapi perlaksanaan dan implementasi adalah hambar. Seperti juga yang saya laungkan - Pentadbiran Najib adalah NATO - No Action Talk Only!"

"Seperti juga inisiatif program transformasi ekonomi yang diwar-warkan sebagai ajibnomics. Sekarang lebih baik kita gelarkan Najibkomik!," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menyeru menteri-menteri berkenaan jangan tunggu rombakkan kabinet untuk tidak disenaraikan dalam pasukan kabinet, sebaliknya tunjukkan sikap berani untuk rakyat dan negara dengan melepaskan jawatan menteri dan mengapalai ahli parlimen BN untuk kemukakan usul undi tak percaya terhadap Najib di dalam sidang Parlimen bulan March ini serta mengusulkan agar parlimen menyerah kembali mandat kepada rakyat," tambah Mahfuz.

Dalam laporan portal berita The Malaysian Insider semalam, sumber-sumber Umno dipetik sebagai berkata bahawa dua menteri yang berhasrat untuk meletakkan jawatan itu, seorang daripadanya bertanggungjawab dalam portfolio kewangan.

Usaha dikatakan sedang dibuat untuk mencari pengganti yang sesuai untuk kedua-duanya, tetapi portal itu tidak menamakan mereka.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

GURU TANGKAP PENGEDAR BIBLE....!!! Inilah manusia yang membawa berita palsu ini, polis tak mahu tangkap ka?


http://3.bp.blogspot.com/-7c9AG4kVFmM/UwWqtMeuNhI/AAAAAAAA8iU/PHt-sFBldeE/s1600/edar+bible.png 
 Inilah penyebar berita palsu, polis tak mahu tangkap ka?

Di kala keributan pelbagai isu panas antara agama yang berlaku di Pulau Pinang, laporan sebuah akhbar bahawa seorang guru menangkap tiga lelaki kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di negeri itu dipercayai hanya laporan palsu yang tidak berlaku sebenarnya.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata laporan itu bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit.

Pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam ini.

Laporan ini adalah rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini di Pulau Pinang.

Provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir adalah serangan provokasi bentuk baru.

"Semuanya bermotif jahat," kata Malik dalam kenyataan medianya hari ini.

Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung dengan pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam.

Malah, katanya, pihak berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu.

"Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihah insiden itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan 16 Februari lalu," katanya.

Exco Agama Pulau Pinang, berkata, Nor Amin Ahmad Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin yang bertanggungjawab atas kenyataan media itu difahamkan mempunyai kecenderungan fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan negeri.

"Siasatan pihak saya pula mendapati wartawan berkenaan mula menghidu kisah itu melalui laman Facebook Nor Amin, lalu menghubungi beliau."

"Nor Amin mengakui kepada wartawan berkenaan beliau hanya mendengar kisah itu daripada seorang ‘guru misteri,’ yang kini sedang dijejaki polis," kata Malik.

Tinjauannya mendapati Nor Amin memadamkan kisah itu daripada akaun Facebooknya.

"Saya menyeru pihak berkenaan bekerjasama dengan tampil mengemukakan bukti dan laporan, agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Malik berkata, golongan pelampau sama ada pelampau kaum, lebih-lebih lagi pelampau agama tidak ada tempat dalam masyarakat.

Katanya, ia perlu dibanteras sebelum benihnya tumbuh dan menjalar seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa kini golongan pelampau dan perosak dilihat cuba menganggu gugat keharmonian rakyat dengan provokasi fitnah berbaur perkauman dan agama.

Sebelum PRU13, Pulau Pinang dijadikan sasaran peserta demonstrasi pro Umno/BN yang hampir saban minggu cuba menyalakan api perkauman dan agama.

Namun, ia ditolak melalui undi popular rakyat sebanyak 68% yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Kini strategi itu seolah-olah diubah dengan pendekatan yang berbeza namun matlamatnya yang sama.

"Kita yakin golongan perosak dan pelampau itu akan meneruskan agenda mereka lebih-lebih lagi ia seolah-olah direstui pihak tertentu," kata Malik dalam kenyataannya.

Malik berkata, dakwaan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang sedang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat juga berkaitan dengan usaha menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini.

"Ia fitnah yang begitu meloyakan kerana khutbah Jumaat adalah sebahagian rukun sah solat Jumaat.  Mengharamkan khutbah Jumaat seumpama mengharamkan solat Jumaat dan menutup masjid."

"Hanya mereka tidak waras akan mengeluarkan tohmahan sebegitu," kata Malik.

Sebelum PRU lalu, pihak pelampau menghebohkan kononnya Pulau Pinang mengharamkan laungan azan. Fitnah itu termakan oleh sebahagian rakyat luar Pulau Pinang.

"Semua fitnah yang menjengkelkan itu langsung tidak berasas dan bermotif jahat," kata Khalid.

Malik berkata, kerajaan negeri sentiasa yakin bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah asas untuk membina sebuah 'Pulau Pinang Baru.'

Ia boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan sesama kita, bukannya melalui provokasi oleh pelampau kaum dan agama.

Katanya, rakyat juga perlu tolak provokasi melampau oleh golongan pelampau.

Sumber Berita Dari Blog PASPB
KEPALA BATAS:  Kesal dengan fitnah yang dilempar individu tidak bertanggungjawab kononnya Pulau Pinang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat, satu laporan polis telah dibuat Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Rosidi Hussain (gambar, kanan).

Turut mengiringi Rosidi di Ibu Pejabat Polis Kepala Batas semalam ialah  Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Pinang Tunggal, Muhasdy Mohammad dan Penyelaras Dun Bertam, Asrol Sani.

Ketika ditemui sebaik selesai membuat laporan, Rosidi menyifatkan finah terbaru blogger pro-Umno itu sebagai 'skrip baru' golongan yang mahu melihat Malaysia berada dalam keadaan tidak aman.

Tuduhan palsu itu, ujarnya dibuat untuk menjatuhkan maruah kerajaan negeri khususnya di kalangan penduduk Islam selepas golongan ini gagal mencetuskan pertelingkahan kaum.

"Ini berlaku seolah-olah ada skrip yang atur. Dua tiga hari lalu penduduk Tok Kun digemparkan dengan balingan daging khinzir ke dalam masjid. Gereja dilempar bom petrol, sepanduk Kalimah Allah digantung dipagar gereja dan beberapa kenyataan yang berbaur perkauman," katanya.

Tuduhan laman blog tersebut, ujar beliau jelas berunsur fitnah kerana Maipp bukan sahaja merencanakan teks khutbah Jumaat yang lebih mantap malah berusaha mengimarahkan masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti ummah.

Sehubungan itu beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang menggesa pihak polis segera menjalankan siasatan dan mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan.

"Kita tidak mahu individu ini terus memainkan sentimen agama sehingga mengocak keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," tegas beliau.

Pada 17 Feb lepas, laman blog yang menggunakan nama 'Negara Pakatan Rakyat' mengeluarkan kenyataan terdapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP yang kononnya tidak gemar dengan kandungan khutbah Jumaat yang didakwa mengandungi mesej berbaur ekstremis dan diskriminasi.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Selcat Selangor akan siasat Azmin, Khalid mengenai PKNS

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) dan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmi Ali akan dipanggil sebagai saksi oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) setelah badan itu memutuskan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Namun, ia akan berlangsung selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR selesai.

PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac manakala Selcat mengenai PKNS bersidang pada 25 dan 26 Mac.

Pengerusi Selcat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, pendengaran itu akan meneliti kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 orang lagi kakitangan PKNS Holding, anak syarikat Selangor itu baru-baru ini.

Pengurus besar PKNS menghantar surat kepada Azmin memaklumkan beliau ditamatkan perkhidmatan sebagai ahli lembaga pengarah  PKNS.

Ia menyandarkan surat itu kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor yang tidak memasukkan nama Azmin sebagai ahli lembaga baru dengan hanya mengosongkan jawatan itu untuk kerusi PKR.

Khalid menafikan Exco memecat Azmin dan menyalahkan pengurus besar PKNS yang menafsirkan keputusan Exco sebagai pemecatan ke atas Azmin.

Ekoran itu kontroversi berlaku dan Khalid didakwa cuba menzalimi timbalan presiden PKR itu.

Selepas itu, PKNS Holding memecat 22 kakitangannya yang selama ini bertugas dengan PKNS secara kontrak selepas badan induk tidak mahu menyambung perkhidmatan mereka.

Khalid menjelaskan, tindakan itu berjaya menjimatkan RM6 juta setiap tahun kerana kakitangan itu bertindih dengan kakitangan sedia ada dalam PKNS di samping mendapat gaji berlipat kali ganda berbanding kakitangan biasa.

Tindakan itu didakwa Azmin sebagai usaha untuk menyerang beliau kerana kebanyakan kakitangan di situ dikaitkan dengan beliau.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider