Telur Naik Harga, Peniaga keluarkan kenyataan bertaraf Menteri....

Kalau sebelum ini Menteri Ayam dah sarankan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak makan ayam kerana harganya mahal.... Apa pulak sarananya bila harga telur ayam dah naik ni....

Adakah beliau akan mencadangkan supaya rakyat tidak makan telur ayam pula kerana harganya dah naik....?

Kalau semua barangan naik harga, Menteri cadangkan supaya kita elakkan dari memakannya.... maka akhirnya makan rumputlah kita seperti macai UMNO.... ha.... ha.... ha....

Bagaimanapun aku tertarik dengan kata-kata peniaga telur ni, ayatnya dah setaraf dengan ayat-ayat standard yang digunakan oleh Menteri-menteri dalam memperbodohkan rakyat tentang kenaikkan harga sesuatu komoditi....

Katanya "Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai".... kah.... kah.... kah....

Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

“Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.

“Harga telur kita jual ikut pasaran semasa. Lagi sekarang barang semua sudah naik, kita pun terpaksalah naikkan harga jualan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, telur memang sentiasa ada permintaan dan tidak pernah mencukupi walaupun harganya dinaikkan.

Orang tetap akan beli terutama peniaga kedai makan, kata peniaga telur, Lim Kang Tee.

Katanya, telur gred yang paling kecil turut dijual pada harga melebih RM10 kerana untung mengimbangi harga pasaran.

“Ini bukan soal untung banyak atau sedikit tetapi kita sebagai peniaga tahu orang tetap mahu makan telur setiap hari. Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai,” ujarnya.--MalaysiaGazette

Sumer Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment