SPRM nafi keluar kenyataan siasat pembelian kereta Lim Guan Eng

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media yang memaklumkan bahawa pihaknya telah memulakan siasatan pembelian Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, SPRM menafikan pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media berhubung perkara ini kepada mana-mana pihak.

"Sebarang kenyataan media rasmi SPRM hanya akan dikeluarkan melalui portal SPRM di alamat www.sprm.gov.my," kata kenyataan itu.

Sebuah laman web, Fz.com hari melaporkan kononnya SPRM telah memulakan siasatan ke atas pembelian Mercedes-Benz oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk ketua menterinya.

Portal itu melaporkan, sumber memberitahu mereka, SPRM cuba mengaitkan pembelian Mercedes-Benz S300L dari Lowe Motor Sdn Bhd dengan taikun Tan Sri Tan Kok Ping yang dipercayai mempunyai saham dalam syarikat itu.

Menurut Fz, sumber memberitahu mereka, kaitan Kok Ping penting ekoran pelbagai dakwaan hubungan baiknya dengan kerajaan negeri khasnya dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri, yang telah memberikan manfaat kepada bekas ahli perniagaan itu.

Pegawai Kewangan Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Jait hari ini menafikan Kok Ping memberikan potongan harga itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah.

Beliau menafikan potongan harga RM100,000 yang diterima untuk pembelian kereta itu daripada Kok Ping.

Lim Guan Eng dilanda kontroversi apabila membeli kereta Mercedez baru bagi menggantikan Toyota Camry yang baru dibeli oleh kerajaan negeri.

Namun beliau mempertahankannya dengan berkata, ia bukan untuk dirinya saja bahkan untuk penggantinya nanti di samping kualiti kereta itu sangat bermutu untuk bayaran RM298,263.75 berbanding harga asalnya RM657,218.00.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment