Mengapa gerai di Teluk Bahang dirobohkan....? Ini penjelasan oleh TKM1 Pulau Pinang.... Bacalah!

Semalam dilaporkan telah beraku satu kekecohan bilamana pihak Penguatkuasa MPPP menjalankan operasi merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.

Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina.

Seperti biasa penguatkuasaan ini dijadikan isu perkauman oleh kebanyakkan Blog macai....

Dan untuk kesekian kalinya lagi Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dituduh mengamalkan perlaksanaan undang-undang kuku besi dan berat sebelah.

Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan.

Orang Penang tentu kenal siapa ahli UMNO yang juga Ahli Perkasa ini....

Berikut adalah kenyataan Akhbar oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon Mengenai Tindakan Penguatkuasaan ini....

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang, semalam. 
Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina. 
Oleh itu, tindakan penguatkuasaan semalam ditujukan kepada 14 buah gerai kosong, sedang dibina dan yang baru dibina. 
Sungguhpun terdapat seramai 35 orang anggota polis, mereka tidak dapat melindungi seorang pegawai awam kanan ataupun memastikan undang-undang ditegakkan. 
Tidak ada seorang pun ditahan sungguhpun rakaman video adalah amat jelas sekali tentang siapa yang melakukan tindakan jenayah tersebut. 
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 2 tahun atau denda sebanyak RM10 ribu atau kedua-duanya sekali kerana menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman 3 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan kerana mencederakan penjawat awam. 
Adalah dikesali bahawa tindakan penguatkuasaan semalam yang tidak melibatkan gerai haram sedia ada yang sudah lama berniaga telah dihalang oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab. 
YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubungi Ketua Polis Negeri, Senior DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi untuk meminta tindakan tegas diambil kerana ia adalah perkara amat serius yang melibatkan kewibawaan pentadbiran kerajaan dan seorang pegawai awam. 
Dasar Kerajaan Negeri adalah memberikan kuasa budi bicara kepada Pegawai Daerah untuk menguatkuasakan undang-undang untuk gerai haram yang sedang dibina, baru dibina atau kosong. 
Pejabat Daerah hanya bertindak selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan. Bagi gerai haram yang sudah berniaga untuk tempoh melebihi setahun, ia bukanlah dalam budi bicara Pegawai Daerah. 
Maka tindakan penguatkuasaan diserahkan kepada keputusan Kerajaan Negeri atau ahli EXCO berkenaan. 
Kerajaan Negeri kesal bahawa parti politik dan pertubuhan telah memainkan sentimen perkauman yang bahaya dan jahat untuk menghalang setiap tindakan penguatkuasaan. 
Baru-baru ini tindakan penguatkuasaan telah diambil di Bukit Mertajam terhadap penjaja haram yang berniaga ditengah jalan dan menghalang lalu lintas. 
Penjaja haram tersebut telah diminta untuk berpindah ke bahagian tepi jalan dan tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap mereka. 
Sungguhpun ada juga penjaja haram bukan Melayu terlibat, mereka masih terus berniaga tetapi perniagaan tersebut adalah di bahagian tepi dan bukan di tengah jalan raya tetapi pertubuhan dan ahli parti politik berkenaan membakar sentimen perkauman dengan mendakwa hanya gerai Melayu dirobohkan. 
Kejadian berulang di Teluk Bahang apabila 14 buah gerai kosong dan sedang dibina pula dihalang tindakan penguatkuasaan. 
Hanya siasatan tegas oleh pihak polis dapat mengatasi masalah yang berleluasa ini.

MOHD RASHID BIN HASNON

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment