Mana Najib ketika kempen hidupkan ISA dibuat, tanya Kit Siang

OLEH LEE SHI - IAN

Veteran DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi tahanan ISA sebanyak dua kali. Gambar fail. Veteran DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi tahanan ISA sebanyak dua kali. Gambar fail. 
Tahanan ISA sebanyak dua kali, Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri di ketika kempen untuk pengenalan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  1960 itu sedang dilakukan.

Pemimpin DAP itu berkata, Najib yang memperagakan dirinya sebagai pemimpin sebuah negara yang sederhana di pentas global, nampaknya tidak memainkan sebarang peranan apabila beliau perlu untuk  membuat keputusan mengenai isu penting di negara ini.

"Nampaknya terdapat satu gerakan untuk mewujudkan suasana tidak demokratik dan panas di Malaysia."

"Kuasa itu kelihatan cuba menggunakan suasana panas di Malaysia untuk membenarkan undang-undang ISA yang zalim dipulihkan," katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, dalam keadaan berkenaan, Najib seolah-olah tidak relevan dan janjinya menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia hanya retorik semata-mata.

Lim turut mempersoalkan sama ada kuasa tidak demokratik, yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan media arus perdana dan polis.

"Walaupun kumpulan ini masih belum mencalonkan perdana menteri mereka sendiri, mereka seolah-olah menentukan dasar yang perlu diguna pakai oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional,” katanya.

Lim berkata, usaha Utusan Malaysia untuk menghidupkan kembali ISA sebagai ironi dan lucu, kerana jurucakap Umno itu adalah yang paling tidak sensitif Tahanan ISA sebanyak dua kali, Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri di ketika kempen untuk pengenalan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  1960 itu sedang dilakukan.terhadap isu kaum dan agama.

"Utusan Malaysia adalah pihak yang membuat dakwaan tidak berasas kononnya wujud konspirasi yang tidak wujud oleh DAP untuk mewujudkan negara Kristian di Malaysia," katanya.

Dr Mahathir memulakan cadangan memperkenalkan semula ISA dan berkata undang-undang itu  diperlukan untuk mengawal golongan pelampau yang mengancam kestabilan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian menyertainya dengan berkata, beliau mahu dan berharap agar ISA yang diperkenalkan semula.

Hari ini, Utusan Malaysia memberi amaran kepada pihak tertentu untuk tidak menyentuh isu sensitif yang berkaitan dengan hak Melayu dan Islam atau undang-undang zalim itu akan diperkenalkan semula.

Lim juga mempertikaikan sikap Najib yang terus diam dalam isu Gabungan NGO Malaysian dalam Proses UPR (Comango).

"Apa sikap Najib tentang ini?" tanya Lim.

Dalam pada itu, anak beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar apakah ISA boleh menghapuskan rasuah.

"Bolehkan ISA hentikan rasuah? Bolehkah ISA hentikan polisi Cabotage dan laksanakan 1Malaysia?" soalnya merujuk kepada polisi yang menyebabkan perbezaan harga antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

"Bolehkan ISA selesaikan isu pendatang asing di Sabah atau membina lebuh raya Pan Borneo?" katanya ketika membuka Mesyuarat Agung Tahunan DAP di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau juga menyelar BN yang menyebabkan Sabah menjadi negeri termiskin di negara ini walaupun sudah 50 tahun merdeka.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment