Macai Umno Kantoi....!!! Pegawai Kewangan Negeri Beri Penjelasan Kukuh Pembelian Mercedes Lim Guan Eng

Susulan pelbagai reaksi dan tuduhan tidak berasas berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait (gambar) sekali lagi mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan fakta mengenai perkara berkenaan.
Menurutnya, Ketua Menteri layak untuk menggunakan dua kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 namun Guan Eng kini hanya menggunakan sebuah kereta iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00.
“Sekali lagi ditegaskan, kereta Toyota Camry 2.5 Auto yang diguna Ketua Menteri sebelum ini telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang, Maktar Shapee."
“Selain itu, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah pemberian usahawan, Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping sebenarnya fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukannya 'dealer’ Mercedes-Benz. Selain itu, tawaran ini diberikan kepada semua pembeli yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012, bukannya kepada Guan Eng sahaja,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.
Mokhtar berkata, pada mulanya, kerajaan negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli exco termasuk Ketua Menteri serta Speaker Dun kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta jenis itu namun dibatalkan kerana kos cukai yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperoleh.
“Selain itu, pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh. Mesyuarat exco ambil keputusan bahawa tidak akan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa fleet discount seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi."
“Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai memerlukan pemohon membeli kereta terlebih dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh itu, kerajaan negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh kerajaan negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan tapi malangnya pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 kereta itu,” katanya.
Disebabkan alasan itu, Mokhtar berkata, kerajaan negeri kemudiannya memutuskan untuk membeli 15 kereta Toyota Camry 2.5 Auto.
“Hanya selepas 15 kereta Toyota Camry diserahkan pada 31 Oktober lalu, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz berikan surat jaminan yang diperlukan tetapi untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L sahaja. Sehubungan itu, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat exco yang kemudian memutuskan untuk membeli kereta dengan tawaran harga istimewa berkenaan pada 20 November."
“Berdasarkan pengecualian cukai yang diperoleh dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai serta diskaun iaitu RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55 peratus, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 4 September 1995 iaitu RM271,331.22,” katanya.
Selain diskaun ditawarkan, kereta Mercedes-Benz juga tahan lama dengan kos penyelenggaraan lebih rendah dan tidak akan ada pembaziran dalam kos penyelenggaraan.
“Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk sembilan tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan kerajaan negeri."
“Sementara itu, untuk Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 4 September 1995 dengan harga RM271,331.22 itu, kos penyelenggaraan adalah RM110,000 bagi tempoh sembilan tahun pertama selain kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik,” katanya.
Mokhtar turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membeli kereta itu sekiranya pengecualian cukai serta diskaun 55 peratus tidak diperoleh.

Sumber Berita Dari Blog Addin

No comments:

Post a Comment