KETUA POLIS KUALA LUMPUR MENGESAHKAN ANGGOTA POLIS YANG CEDERA RINGAN DI KEPALA MALAM TAHUN BARU 2014 BUKAN TERJADI SEMASA MENGAWAL PERHIMPUNAN TURUN TETAPI BERLAKU DI BUKIT BINTANG WALK....!!!

KUALA LUMPUR 1 JANUARI 2014 - SUASANA SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2014 BERTEMPAT DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR KEKAL DALAM KEADAAN TENANG DAN TERKAWAL. SITUASI DISELURUH KUALA LUMPUR ADALAH SELAMAT TERKAWAL.

POLIS KUALA LUMPUR TELAH MENERIMA 8 LAPORAN POLIS DAN 7 KERTAS SIASATAN TELAH DIBUKA SEPERTI BERIKUT:

1) PENGADU SEORANG PEGAWAI POLIS MEMJUMPAI 4 BILAH PARANG, 3 PISAU RAINBOW DAN 1 PAYUNG TIGER BEER DITEMUI BERDASARKAN MAKLUMAT ORANG AWAM DI CELAH POKOK BUNGA, BELAKANG BANGUNAN DAYA BUMI, KUALA LUMPUR. SIASATAN DIBAWAH SEKSYEN 6 (1) AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN, MELECUR DAN SENJATA SALAH.

2) PENGADU SEORANG PEGAWAI POLIS MEMBUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERHIMPUNAN TANPA PERMIT DAN PROTES JALANAN DARI MASJID JAMEK KE JALAN RAJA BERHAMPIRAN DATARAN MERDEKA. SIASATAN DIBAWAH KESALAHAN SEKSYEN 9 (5) & SEKSYEN 4 (2) (C) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012.

3) PENGADU SEORANG PEAGAWAI POLIS MEMBUAT LAPORAN CEDERA SEMASA BERTUGAS AKIBAT DIBALING DENGAN TIN MINUMAN OLEH AHLI PERHIMPUNAN DI BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR CEDERA DIBAHAGIAN KEPALA DAN MULUT DIRAWAT SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HOSPITAL KUALA LUMPUR. SIASATAN DIBAWAH SEKSYEN324 KANUN KESEKSYENSAAN DENGAN SENGAJA MENYEBABKAN CEDERA DENGAN JALAN MENGGUNAKAN SENJATA.

4) PENGADU SEORANG PEGAWAI POLIS MEMBUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERHIMPUNAN TANPA PERMIT DAN PROTES JALANAN DARI MASJID JAMEK KE JALAN TUN HS LEE DAN JALAN TUN PERAK KE JALAN RAJA BERHAMPIRAN DATARAN MERDEKA. SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN9 (5) DAN SEKSYEN 4 (2) (C) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012.

5) PENGADU SEORANG PEGAWAI PENGUATKUASA DBKL, SEMASA BERTUGAS MENDAPATI PESERTA PERHIMPUNAN TELAH BERJALAN MASUK KE DATARAN MERDEKA DAN BERADA DIHADAPAN PENTAS UTAMA MEMBUAT PROVOKASI DENGAN MENJERIT-JERIT DAN MEMBALING BOTOL KE PENTAS DAN MEMBERI UCAPAN. ATAS FAKTOR KESELAMATAN PROGRAM SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2014 TELAH DIHENTIKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI BERLAKUNYA KEKECOHAN. SIASATAN DIBAWAH SEKSYEN 153 KANUN KESEKSYENSAAN. PERBUATAN YANG BOLEH MENDATANGKAN BANGKITAN MARAH YANG BOLEH MENYEBABKAN RUSUHAN.

6) PENGADU SEORANG PEGAWAI POLIS MEMBUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG DENGAN PERHIMPUNAN TANPA PERMIT DAN PROTES JALANAN DI HADAPAN SOGO BERARAK MENUJU KE JALAN RAJA BERHAMPIRAN DATARAN MERDEKA. SIASATAN DIBAWAH SEKSYEN 9 (5)& SEKSYEN 4 (2) (C) AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012.

7) PENGADU SEORANG PEGAWAI POLIS MEMBUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG PESERTA PERHIMPUNAN LEBIH KURANG 500 ORANG MEMBAWA BANNER BERHIMPUN DI JALAN RAJA TELAH MEREMPUH BARISAN ANGGOTA POLIS YANG SEDANG BERKAWAL. KEMUDIANNYA DIIKUTI OLEH LEBIH KURANG 1000 ORANG JUGA MEMBAWA BANNER YANG BERHIMPUN DARI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN TELAH MEREMPUH BARISAN ANGGOTA POLIS YANG MEMBUAT KAWALAN DARI PESERTA PERHIMPUNAN MASUK KE DATARAN MERDEKA. SEBAIK SAHAJA DAPAT MEREMPUH KEDUA KUMPULAN INI TERUS MASUK KE DATARAN MERDEKA. SIASATAN DI BAWAH 186 KANUN KESEKSYENSAAN, MENGHALANG PENJAWAT AWAM MENJALANKAN TUGAS DAN 147 KANUN KESEKSYENSAAN, SEKSYENSAAN KERANA MERUSUH

PENGADU SEORANG PEGAWAI POLIS MEMBUAT LAPORAN POLIS, DIMANA SEMASA BERTUGAS DI DATARAN MERDEKA, TELAH MENGALAMI SESAK NAFAS DAN CEDERA DI BIBIR AKIBAT TERJATUH DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN SEWAKTU REMPUHAN PESERTA PERHIMPUNAN BERLAKU DI JALAN RAJA. SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 147 KANUN KESEKSYENSAAN, KERANA MERUSUH.

SEHINGGA KINI TIADA SEBARANG TANGKAPAN DIBUAT BERKAITAN KES TERSEBUT. POLIS KUALA LUMPUR MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA ORANG RAMAI ATAS KERJASAMA BAGI MEMASTIKKAN SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2014 SEKSYENITAR KUALA LUMPUR BERJALAN LANCAR


(DATO' MOHAMAD BIN SALLEH) SENIOR DCP
    KETUA POLIS KUALA LUMPUR.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment