KERANA LAPORAN YANG DIBUAT OLEH MACAI UMNO SENDIRI.... KINI UMNO SESAMA UMNO BERGADUH SAMPAI BUAT LAPORAN POLIS....!!!

Pada jumaat jam 9.00 pagi 10 January 2014 saya telah terbaca satu posting dalam Facebook seorang rakan saya terdapat satu posting oleh page AFIQ KL TOWN berkaitan seorang menteri kabinet barisan nasional yang akan meletakkan jawatan iaitu Yb Dato Hasan bin Malek menteri KPDNKK.

Saya seterusnya telah berhubung dengan setiausaha politik Yb Dato Hasan Malek untuk mengesahkan perkara tersebut dan saya di maklumkan bahawa perkara itu adalah tidak benar.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Pemuda Umno Bhg Kuala Pilah merasa posting dalam facebook tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu hasutan kepada masyarakat untuk menjatuhkan kredibiliti Yb Dato Hasan Malek sebagai seorang menteri kabinet dan kerajaan.

Posting tersebut dilihat mempunyai unsur untk rakyat berfikir bahawa kerajaan barisan yang ada sekarang adalah lemah dan seterusnya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN dan di khuatiri akan menimbulkan suasana huru hara di serta mencetus keadaan tidak sihat dalam pentadbiran negara.

Saya juga merasa khuatir bahawa ia adalah satu tindakan terancang yang di susun oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej kerajaan melalui serangan kepada imej kementerian yang menjaga hal ehwal pengguna dalam negara dan dikaitkan dengan isu kenaikan barang serta kos sara hidup yang dipropagandakan oleh pihak pembangkang sehingga mencetuskan satu perhimpunan bantahan kepada kerajaan pada 31 disember lalu yang kita telah sedia maklum bahawa himpunan TURUN adalah satu cubaan untuk mencetuskan huru hara serta menjatuhkan kerajaan.

Saya juga merasakan posting tersebut satu fitnah yang jelas kerana mengaitkan seolah-olah kenyataan tersebut datang dari pihak keluarga Yb Dato Hasan Malek sedangkan saya di maklumkan tiada ahli keluarga Yb Dato Hasan Malek mengenali penulis.

Saya mohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan melalui peruntukan yang sedia ada terhadap penulis dan yang berkaitan dengan beliau bagi membersihkan nama Yb Dato Hasan Malek dan keluarga, kementerian yang di wakili oleh Yb Dato Hasan Malek serta kerajaan secara umumnya....

Begitu bunyi kandungan yang Omak Kau cilok mengenai Pemuda UMNO Kuala Pilah naik minyak satu mengamuk sakan sampai buat laporan polis ke atas blogger pro UMNO dari kumpulan Nadi Rakyat.

Rupa-rupanya yang menyampah, meluat dengan Hassan Malek sebagai Menteri KPDNKK bukan saja datang dari rakyat 53% yang tolak UMNO/BN pada PRU 13 lalu tetapi sudah merebak merayap ke para blogger tegar kaki fitnah penipu UMNO.

Kalau dia boleh fitnah menteri dan pemimpinnya sendiri.... nak fitnah pemimpin PR lagilah mudah dan menjadi santapan hariannya.

Yang seronoknya itu.... yang kuat menggelar Hassan Malek sebagai Menteri Ayam ialah para blogger UMNO/BN sendiri.... dan juak-juak Pemuda UMNO Kuala Pilah yang diketuai anak Hassan Malek sendiri telah melabelkan blogger pro UMNO sebagai berperangai Yahudi.

Kini gerak kerja mau menumbangkan UMNO/BN pada PRU 14 nanti sudah semakin mudah.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment