Kadar naik gaji Malaysia 2.6%, Indonesia 10%, dakwa Rafizi

Peningkatan gaji pekerja di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, kata Rafizi Ramli. Gambar fail.Peningkatan gaji pekerja di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, kata Rafizi Ramli. Gambar fail.Kadar kenaikan gaji pekerja di negara ini hanya sekitar 2.6% sahaja jika dibandingkan dengan Indonesia yang menerima kenaikan empat kali ganda lebih baik iaitu 10% dalam tempoh lima tahun, dakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Dalam wawancara eksklusifnya dengan Selangorkini, Rafizi berkata, lebih memburukkan keadaan ialah peningkatan kos sara hidup yang berlaku tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.

“Kita lihat Singapura kadar perkembangan ekonominya kukuh tumbuh dengan baik, gajinya naik. Kita lihat Indonesia pula kadar kenaikan gaji 10% dalam tempoh lima tahun berbanding kita 2.6%, maksudnya kadar gaji di Indonesia empat kali ganda meningkat lebih cepat berbanding kita."

“Apabila kita lihat pula hasil perkembangan ekonomi rakyat negara lain gaji naik, harga barang tidak meningkat dengan banyak dan mendadak, taraf hidup bertambah, perkhidmatan seperti sekolah dan sebagainya menjadi lebih baik, tetapi di Malaysia pula makin menurun."

“Bukan sahaja di Asia Tenggara, tetapi negara lain di seluruh dunia yang sumber dan kekayaannya sama lebih kurang seperti Malaysia juga keadaannya lebih baik. Trend ini sangat merisaukan kita,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan dari PKR itu berkata, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun masih berkembang tetapi bebanan hutang kerajaan pusat yang semakin bertambah menyebabkan rakyat tertekan dengan peningkatan mendadak kos sara hidup.

Peningkatan kos sara hidup itu berlaku berikutan langkah kerajaan memotong pelbagai program seperti memotong subsidi petrol, barangan keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.

Pada 25 November tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen berkata, hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September lalu menghampiri 55% had siling hutang yang dibenarkan.

Sebelum itu, ketika rakyat diberitahu ekonomi negara berkembang baik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pula berkata, negara bakal menghadapi muflis pada 2019.

Institusi penganalisis ekonomi, Badan Bebas Pusat Penyelididkan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) juga memberikan amaran bahawa Malaysia akan berhadapan dengan keadaan negara muflis jika jumlah hutang negara mencecah RM1 trillion dan mengikut unjuran hutang negara, negara bakal muflis pada 2019 dengan kadar hutang RM1.16 trillion.

Kelemahan dalam mengurus ekonomi dan hutang negara yang meningkat sehingga kerajaan membentangkan belanjawan defisit selama 16 tahun berturut-turut ini mencipta sebahagian besar kepada persepsi masa hadapan mengenai keadaan negara yang bakal menghadapi muflis.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment