HEBOH CERITA PASAL ADUN UMNO/BN TAHAN, PAHANG MENJADI MADU KEPADA ISTERINYA YANG MEMPUNYAI DUA SUAMI....!!!

Nampaknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd. Razak telah menjadi 'madu' kepada 'isterinya' yang mempunyai dua suami.

Beliau membuat kejutan apabila memfailkan permohonan cerai terhadap ‘isterinya’ yang telah berkahwin dengan individu lain pada Disember tahun lalu, lapor Kosmo Online.

Selepas membuat permohonan  menceraikan isterinya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Pahang itu turut membuat satu lagi permohonan bagi membubarkan perkahwinan wanita itu Azma Azifazilla Azan, 28, dan suaminya, Rizal Md. Radzi, 40.

Wan Amizan, 42, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Wan Amizan yang diwakili peguam syarie, Anita Arifin dan Mohamed Isa Abd. Ralip memfailkan permohonan membubarkan perkahwina nmengikut Seksyen 61(3)(b)(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 bagi.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment