KUALA LUMPUR: Dalam ramai melihat isu pemotongan duti eksais dan permit import (AP) tidak disentuh dalam Pengumuman Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014), PAS melihat secara 'big picture' menyifatkan pengumuman itu hanya sebagai kosmetik semata-mata.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pengumuman NAP2014 oleh kerajaan semalam tidak lebih kepada tempelan dan jauh lagi untuk berdepan cabaran sebenar.

Menurut Dr. Dzulkefly, NAP juga dilihat dibuat dalam keadaan cuba mengaut keuntungan satu pihak iaitu DRB-HICOM.

"DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau:

1. Disamping apa yang jelas menjadi kemarahan rakyat tentang kedudukan AP (Approved Permit) yang masih mahu dikaji selepas Tahun Baru Cina, amarah rakyat juga naik ke paras yang membuak apabila Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) tidak mengumumkan tentang penghapusan Duti Eksais. Cukai ini yang bertanggungjawab -mengekalkan harga kereta pada paras yang tinggi. Ia adalah dasar dan kaedah bagaimana kerajaan melindung perusahaan automobile di Negara ini yakni Proton yang merupakan milik kerajaan dahulu. Namun, Proton jelasnya bukan lagi milik kerajaan tetapi milik swasta!

2. PM Najib boleh iltizam dan komited untuk melakukan ‘rasionalisasi subsidi’ walaupun akan membebankan rakyat, tetapi apabila sesuatu tindakan jelas merugikan atau menjejaskan kepentingan ‘kroni2nya’, maka dia tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk merungkaikan atau menamatkannya walaupun dengan berbuat akan mendatang penambahan pendapatan, mengurangkan beban kepada rakyat  dan merancakkan lagi ekonomi. Ini hakikat yang terserlah dalam kes AP yang telah pun disaran oleh pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat supaya menghentikan pemberian AP atau melelongkan AP kepada pembida secara terbuka dan dari jumlah yang dikeluarkan sekarang, boleh sahaja menjana pendapatan baru sebanyak RM2.5 bilion ke RM3bilion.

 3. Kedua-dua isu AP dan Duti Eksaiskan kekal menjadikan rakyat terbeban pembiayaan bulanan yang tinggi (20% dari jumlah pendapatan bulanan) sekaligus mengurangkan pendapatan boleh berbelanja rakyat.

 4. Penelitian terperinci akan menjadikan rakyat lebih marah apabila rakyat sedar bahawa yang mengaut keuntungan besar ialah satu pihak yakni DRB-HICOM! Disamping mengekalkan inspeksi sukarela (voluntary inspection) oleh 55 Pusat Inspeksi Puspakom yang dimilikki DRB-HiCOM, NAP juga akan kemudiannya menjadikan ia satu  yang wajib atau mandatory bukan sahaja kepada kenderaan komersial tetapi juga kepada private atau ‘passengers’.

5. Dasar NAP yang baru dilancarkan memberikan pelbagai insentif yang ‘boleh dirundingkan’ (negotiated basis) untuk menggamit FDI dari pemain-pemain gergasi automotif asing ke dalam industri automotif ini khususnya kepada bidang pembuatan ‘enegry-efficient vehicles’ atau EEV.

 6. DRB yang dimilikki 55.9% oleh Tan Sri Syed Mukhtar AlBukhary bakal menyaksikan keuntungannya melonjak kerana DRB sememang mempunyai kepentingan ekuiti di dalam Honda Malaysia, pengedaran untuk kereta Mitsubishi dan kerjasama pembuatan dengan Volkswagen.

7. Dasar baru NAP akan mengangkat sekatan dalam pembuatan kenderaan EEV yang dulunya mesti melebihi kuasa 1800 cc dan pada paras harga RM150,000 sekaligus melindungi Proton. Tetapi dakwaannya kini mengangkat sekatan ini pun tidak akan menjejaskan perniagaan Proton kerana kenderaan-kenderaan EEV yang lengkap dengan sistem engine serta teknologi yang maju (advanced) sekali tidak akan dalam kategori kereta-kereta Proton.

 8. Jelasnya NAP yang baru ini mahu memacu satu ‘catching-up game’ bagi mampu bersaing dengan keupayaan negara jiran khasnya Thialand dan Indonesia.

 9. Apakah insentif yang diberikan memadai berbanding dengan Negara-negara jiran? Benarkah NAP telah  benar-benar menggarap keperluan untuk mewujudkan satu ‘ecosystem’ yang lebih mampan dan komprehensif? Ataukah, sepert pemerhatian sesetengah pihak para ‘analysts’ pasaran,ia hanya memberi ‘special advantage’ kepada pihak tertentu?

10. Apakah NAP sekali lupa tentang isu penggunaan Euro 4 berbanding Euro 2 yang digunakan hingga kini? Menteri telah berjanji untuk menukarkan penggunaaan bahan bakar, petrol dan diesel yang lebih efisien yakni Euro 3 dalam soalan saya pada tahun 2010 di Parlimen. NAP tidak langsung menyentuh hal ini. Sekali lagi kerajaan menumpu tentang dasar yang menguntungkan pihak-pihak tertentu dan bukannya untuk membangun industry secara keseluruhannya!

11. Akhirnya Program Pembangunan Vendor. Tidak juga disentuh secara terperinci bagaimana industri otomotif ini akan didayakan lagi daya-saingnya dengan peningkatan keupayaan pihak vendor samada disegi kualiti, kefisienan serta ‘kos per unit’ pembuatan parts.

12. OEM atau Original Equipments Manufacturers (dari negara asing) mahukan Vendor tempatan yang punya keupayaan. OEM mendapat insentif rebat eksaisi dari usaha tambah-nilai local ( local-value added) yang mereka lakukan. Vendor tidak boleh lagi mengharapkan didukung oleh industri kalau tidak mempunyai daya-inisiatif untuk memajukan syarikat kalau pun mereka bumiputera.

13. Dasar-dasar NAP tidak jelas membawa satu pendekatan ‘Game Changer’ yang dihajati pelbagai pihak. Paling baiknya ia dilihat sebagai satu yang kurang masak atau kurang empuk. Dengan masa yang cukup telah diberikan, kalau sekadar hanya yang dibentangkan masih tidak ada sifatnya ‘Kosmetik’ atau ‘Tampal-Tempil’ atau ‘Tweaking’ dalam BInya, maka Perubahan’ yang ditunggu rakyat dan juga pemain industry tidak kesampaian….

14. Sekali lagi Najib dan kali ini bersama Mustapha Mohammad mengecewakan!

Sumber Berita Dari HarakahDaily

No comments:

Post a Comment