DI SEBUAH KAFE DI IBU KOTA ANDA BOLEH BOLEH SECAWAN KOPI DENGAN SEIKAT KANGKUNG

Kafe tawar kopi percuma dengan seikat kangkung

Sebuah kafe di ibu negara menawarkan kopi percuma bagi pengunjung yang datang dengan membawa seikat kangkung.

Nampaknya kini kangkung yang tumbuh di tepi longkang dan parit sudah ada nilai dagang.... Jutaan Terima Kasih kepada Najib Razak kerana telah menaikkan mertabat kangkung dari sayur biasa ke taraf kuasa beli.

Jangan pula ada pemimpin UMNO gred kangkung menyalak bising kata ini sudah kes ngejek pemimpin negara.... maka fatwanya ialah ngejek diri sendiri.... atau ada pula blogger atau penggiat siber Pro UMNO yang melenting melatah berang cakap ini sudah kes melampau biadap tidak hormat pada pemimpin nombor satu negara maka akan bertaburan amaran bakal di keluarkan....

Maklum sajalah.... kebelakangan ini para penyokong, pendokong dan ahli UMNO termasuk yang bergelar pemimpin berjiwa embun dan sensitif sungguh.... pantang cerita pasal kangkung terus naik angin satu badan.

Harap-harap kisah ini mereka akan beri pujian kepada tuan punya kafe kerana memberi peghormatan amat tinggi kepada kangkung.
 
Ramai pelanggan lama dan baru sebuah kedai kopi di Seksyen 13, Petaling Jaya hari ini hadir menyambut promosi khas 'kangkung-untuk-kopi' ketika negara hangat dengan isu 'kangkung'.

Pelanggan tidak perlu lagi membayar RM5 untuk secawan kopi hitam. Mereka hanya perlu membawa seikat kangkung. Sehelai daunnya dikembalinya sebagai resit.

Artisan Coffee, yang mempunyai cawangan di beberapa tempat di
Lembah Klang telah diundi sebagai kedai kopi terbaik Kuala Lumpur pada 2012, dan juga disenaraipendek dalam pertandingan sama pada 2013.

Bagaimanapun tawaran khas ini hanya untuk hari ini - mulai waktu operasinya bermula hingga jam 1 tengahari di cawangan Bangsar dan Seksyen 13. Sebuah lagi cawangannya di Taman Tun Dr Ismail tidak mengambil bahagian.

Kira-kira jam jam 11.30 pagi, petugas di cawangan Petaling Jaya memberitahu Malaysiakini bahawa pelanggan tampil menebus 30 cawan kopi menggunakan sayuran popular tersebut.

Seorang pelanggan, Lionel Kueh berkata beliau kurang mengetahui bagaimana 'isu kangkung' ini mula terjadi dan mendapat tahu mengenai tawaran ini dari papan tanda yang dipamerkan di kafe itu beberapa hari lalu.

Beliau hadir bersama dua lagi kawannya hari ini, tapi hanya
membawa dua ikat kangkung.

Bagaimanapun ia bukan masalah sebagai pelanggan tetap yang datang hampir setiap hari.

"Secawan lagi kopi percuma kerana saya amat rapat dengan barista," kata beliau kepada Malaysiakini.

Menurutnya, seikat kangkung dibeli hanya dengan harga RM1, dan menyifatkan tawaran itu sebagai 'berpatutan'.

Lawak kangkung bermula bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Januari lalu mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib dalam video ucapan beliau tersebut.

Seorang pengunjung di Artisan Coffee hari ini, Loo Cheng Feng berkata komen perdana menteri itu tidak sesuai.

"Orang ramai tidak gembira dengan harga barangan dan kita dengar
pemimpin berkata mereka akan kawal harga. Apa yang kita lihat di sekeliling bagaimanapun ialah harga makanan naik sekurang-kurangnya 20 peratus."

"Lebih-lebih lagi, ada kenaikan lain seperti harga petrol dan elektrik. Bayaran untuk gelanggang futsal yang dikunjungi kawan saya telah naik kepada RM20 sejam - naik 40 peratus."

"Dengan mengatakan harga kangkung telah turun sekarang, ia buat ramai tidak gembira," kata jurutera berusia 28 tahun itu.

Loo, pelanggan pertama kali datang ke kafe ini dengan seorang
kawan yang membayar kopi mereka dengan dua batang kangkung yang diselamatkan dari kuali ibunya.

Promosi Artisan Coffee ini bagaimanapun mendapat sedikit penentangan dengan sebuah laman Facebook baru dibuka khas untuk memboikot kafe tersebut malam sebelum promosi ini.

Laman yang dikendali orang tak dikenali itu mendakwa Artisan Coffee menambah lemak babi kepada semua minuman dan makanan yang dijualnya, namun tidak mendapat sambutan.


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

No comments:

Post a Comment