Demo UMNO Selangor Untuk Alih Pandangan Dari Kenaikan Harga Barang
Diminta
seluruh rakyat Malaysia janganlah terkesan dan teruja dengan kerenah
beberapa kerat dari UMNO Selangor yang kononnya mahu berdemo di Gereja-gereja
seluruh Selangor.
Kononnya mahu menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja-gereja di Selangor.
Semua ini adalah sandiwara semata-mata.
Semua
ini adalah bertujuan untuk alih pandangan dari isu sebenar yang
menghimpit rakyat Malaysia dan orang Melayu/Islam terutamanya.
Yakni isu kenaikan harga barang.
Lebih-lebih
lagi kenaikkan harga barang di Malaysia berlaku dalam keadaan komoditi-komoditi
sedang mengalami penurunan harga di pasaran dunia.
Oleh
kerana Malaysia mengimport hampir 80% keperluan makanan kita maka
Malaysia terkesan kalau berlaku kenaikkan harga komoditi di pasaran
dunia.
Di zaman Pak Lah misalnya harga-harga barangan kesemuanya naik kerana harga komoditi semuanya naik menggila.
Misalnya, harga minyak naik ke USD139 setong. Begitu juga harga getah, kelapa sawit, arang batu dan sebagainya.
Harga gula, beras, gandum dan segala bahan makanan dalam dunia juga naik pada zaman Pak Lah.
Semua akibat kenaikan harga minyak yang begitu menggila pada waktu itu.
Namun pada hari ini boleh dikatakan semua harga komoditi dan bahan makanan dunia mengalami proses penurunan.
Misalnya minyak sudah turun ke USD95 setong.
Begitu juga dengan harga gula, beras, gandum dan sebagainya.
Maka, apa sebab Najib mahu menaikkan segala harga barang?
Harga gula misalnya lebih tinggi dari negara-negara lain yang tidak memberi subsidi.
Ini satu kegilaan.
Sepatutnya
harga bahan makanan di Malaysia menurun kerana kos mengimpot barang
makanan telah menurun berbanding awal 2008 yang lepas.
Tapi kerana ekonomi Malaysia ditadbir oleh UMNO maka ekonomi kita juga telah menjadi gila.
Yang kenyang dan kaya hanyalah kroni-kroni UMNO.
Untuk mempertahankan kroni-kroni ini, maka isu Kalimah Allah, Bughah dan Murtad dicipta.
Demo-demo tidak berfaedah dianjurkan oleh UMNO.
Semuanya untuk mengalih pandangan rakyat dan orang Melayu dari isu kenaikan harga barang yang tidak masuk akal.
Sumber Berita Dari Blog Malaysia Waves
No comments:
Post a Comment