DAP gesa kerajaan asingkan cukai perjudian, jaga sensitiviti umat Islam

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Anthony Loke menggesa pengasingan cukai perjudian yang memberi manfaat penganut bukan Islam dan menjaga sensitiviti rakyat Islam.  
Anthony Loke menggesa pengasingan cukai perjudian yang memberi manfaat penganut bukan Islam dan menjaga sensitiviti rakyat Islam. DAP hari ini menggesa Putrajaya mengasingkan hasil kutipan cukai pertaruhan kepada sebuah akaun khas bagi melindungi kepentingan umat Islam serta memberi manfaat kepada penganut bukan Islam.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, berkata dengan pengasingan dana itu, kelak akan dapat membantu pembangunan bukan Islam seperti sekolah vernakular dan badan kebudayaan sosial.

"Pakatan Rakyat  pernah mencadangkan di Parlimen supaya hasil cukai perjudian ini – yang juga dikenali sebagai 'sin tax' – diasingkan dalam akaun hasil khas bagi menjaga sensiviti rakyat beragama Islam."

"Hasil cukai perjudian ini sepatutnya disalurkan untuk masyarakat bukan Islam, seperti sekolah vernakular dan badan kebudayaan sosial. Pada ketika ini tiada ketelusan bagaimana cukai perjudian disalurkan dan dibelanjakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima pada Oktober tahun lalu mendedahkan kutipan cukai pertaruhan sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment