Celakalah Kepada Pemerintah Yang Menyusahkan Rakyat....

Celakalah kepada pemerintah tanpa mengira parti kerana apabila mereka diberi kuasa maka mereka menyalahgunakannya. 
 
Semakin hari semakin berat beban yang terpaksa dipikul oleh rakyat di mana mereka tanpa rasa bersalah mempermain-mainkan rakyat yang memberi mereka kuasa. Rakyat disuruh hidup berjimat cermat tetapi mereka sendiri berboros menggunakan duit rakyat. Adakah rakyat perlu merasa malu di atas kemiskinan mereka yang mana segala usaha mereka setiap hari di kaut oleh kerajaan yang zalim. Kerajaan inilah yang di pertahankan oleh seorang mufti yang mengeluarkan fatwa halal darah rakyat yang menentang kezaliman kerajaan ini.
 
Memang benar apa yang difirmankan oleh Allah bahawa akan ada orang-orang yang bijak agama yang akan menjual agamanya dengan harga yang murah demi kepentingan dirinya. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang merasa cukup malu apabila mendengar ada rakyat mereka yang terpaksa mengikat perut. Kita bukannya mahu kerajaan sehebat dua Umar yang sanggup berjalan malam mencari rakyatnya yang hidup dalam kesusahan sehingga sanggup memikul gandum dan memasaknya untuk diberi makan kepada rakyatnya yang kelaparan atau yang sanggup memadamkan pelita minyak apabila anaknya datang untuk berbincang hal kekeluargaan.
 
Dalam keadaan rakyat terdesak dengan berbagai alasan diberikan agar rakyat berjimat, mereka sendiri menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mengadakan parti-parti di hotel 5 bintang, melancong keluar negara menggunakan jet-jet mewah milik rakyat. Adakah mereka merasakan tindakan mereka itu betul dengan fatwa songsang seorang mufti yang bergaji berpuluh ribu sebulan sebagai benteng untuk menghalalkan segala salah guna kuasa yang mereka miliki hasil dari tipu daya semasa pilihan raya. Apa yang gua lihat dan perhatikan kebanyakkan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang ini tidak pernah hidup dalam kemiskinan sejak lahir dan jika ada pun sudah menjadi si Tanggang. Semoga mereka ada hujah untuk menjawab soalan-soalan cepumas di Padang Mahsyar yang mana hakim Nya ialah Allah s.w.t., tuhan sekalian alam yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil. 
 
Sumber Berita Dari Blog Rakyat Marhaen

No comments:

Post a Comment