Bukan AMK bakar dan pijak poster Jepun di kedutaan Jepun.... Tapi....

Inilah yang orang utara kata "tak dak pasai pi cari pasai...." Demo nak 'Boikot Barangan Jepun' itu satu hal, bakar pula poster bendera Jepun lagi satu hal....

Jika selama ini kita menganggap sesiapa sahaja terutamanya macai yang memijak dan membakar poster atau bendera PKR atau lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai bangang, bodoh, biadap, kurang ajar, tak bertamaddun dan berbagai-bagai lagi....

Apa pula anggapan kita terhadap sekumpulan individu yang mengiringi Ketua AMK ke Kedutaan Jepun menyerahkan memo bantahan ini?

Adakah mereka tidak bangang? Tidak bodoh? Tidak biadap? Bersopan? Dan bertamaddun?

Tindakan mereka ini telah meletakkan kita penyokong PR khususnya PKR sama tarafnya dengan macai yang kita kutuk selama ini....

Penyokong Shamsul Iskandar juga dilaporkan bertindak agresif memijak dan membakar poster yang menggambarkan bendera Jepun akibat berang dengan tindakan Kerajaan Jepun yang menghalang Anwar Ibrahim memasuki negara tersebut....

Walaupun kejadian ini dinafikan dilakukan oleh Ahli AMK dan gambar-gambar serta video menunjukkan mereka bukanlah ahli AMK, sebab nampak dah tua.... ahli AMK bawah 35 tahun.

Tetapi mereka-mereka ini adalah individu-individu yang telah mengiringi Ketua AMK sendiri dalam misi menyerahkan memo bantahan tersebut....

Oleh itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar sila bertanggungjawab!

Sumber Berita Dari Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment