30 Keajaiban Selawat

 
1) Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam
KAJANG: Heboh sana sini, sedang hangat memperkatakan kerusi Dun Kajang. Tidak terlepas dari mulut orang ramai juga adalah sate Kajang.

Bermacam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan ada yang positif dan negatif.

Tidak kurang juga ada yang cuba melontarkan spekulasi untuk melaga-lagakan komponen parti dalam Pakatan Rakyat, kononnya keputusan perletakan jawatan oleh bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dan pemilihan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang sudah dirancang untuk memberi laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.

Namun, apa jua yang diutarakan oleh mereka yang tidak bersangkut paut dengan keputusan pilihan raya kecil Kajang ianya tidak ke mana.

Ini kerana para pengundilah yang akan memilih dan menentukan siapa yang mereka suka dan siapa yang diharapkan untuk membela nasib mereka pada masa akan datang.

Jika di luar sana ramai yang mempertikaikan PKR kerana meletakkan Anwar sebagai calon PRK Kajang namun suasana ini berbeza sama sekali dengan pengundi-pengundi di Kajang.

Keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat memilih Anwar untuk bertanding di Duni Kajang nampaknya disambut baik oleh para pengundi di Dun ini.

Bahkan ada di kalangan pengundi berbesar hati apabila Anwar yang cukup disegani di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa sanggup turun ke Kajang.

"Satu kebanggaan apabila kita dapat tahu Anwar hendak bertanding di sini," kata Amir Abidin, 36.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di Dun Kajang bersyukur apabila bekas Adun Kajang Lee berbesar hati untuk berundur kerana sememangnya tinggal jauh dari Kajang.

Jika sebelum ini bekas wakil rakyat Cikgu Lee Kim Sin yang cukup mesra dengan rakyat selalu datang berjumpa dengan masyarakat waima ketika umat Islam menunaikan solat tarawih.

"Waktu kita solat tarawih pun Cikgu Lee datang melawat kita. Walaupun dia tidak solat tapi dia datang jenguk kita," katanya ketika ditemui di Sungai Sekamat.

Malangnya Lee Chin Cheh dikatakan turun ke kawasan lebih kerap menggunakan orang tengah untuk bertemu dengan rakyat.

"Lee ini, dia OK buat kerja tetapi banyak menggunakan orang tengah. Dia akan turun sekali sekala apabila ada program yang besar-besar sahaja," luah Amir.

Namun untuk Anwar mendapat tempat di hati pengundi Kajang beliau perlu memenuhi permintaan pengundi.

Anwar juga diharap tidak mengulangi 'track record' Lee Chin Cheh kerana harapan pengundi di situ kepada Ketua Umum PKR itu cukup besar.

"Kita cuma harapkan Anwar turun melawat kawasan kita. Beliau sudah glamour. Janganlah dia guna orang tengah untuk jumpa kita. Jadi beliau turunlah untuk perkenalkan diri dengan orang kampung."

"Jangan datang sekali sahaja kemudian selepas itu guna orang tengah. Kita mahu setiap kali ada program Anwar mesti ada sekali," kata Amir.

Beliau percaya kehadiran Anwar di sini bakal memberi sinar baru kepada penduduk Kajang seterusnya kepada rakyat negeri Selangor.

Kamaruzzaman Saaba, 50, juga berbangga apabila Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bersama-sama penduduk Kajang.

"Lagi bagus, segala-galanya dia (Anwar) boleh bawa untuk Kajang. Saya berbangga dia hendak bersama-sama saya di Kajang," kata Kamaruzzaman.

Melihat perwatakan dan pencapaian Anwar selama ini, Kamaruzzaman begitu teruja untuk melihat Anwar membawa suara rakyat Kajang selepas ini apatah lagi calon PRK kali ini adalah di kalangan orang Melayu.

Sebagai pengundi sudah tentulah mahu memilih seorang pemimpin yang berkaliber, berkarisma dan boleh membawa suara rakyat.

Bagi Saiful Mohd Ali, 30,  kehadiran Anwar di Kajang bermakna Anwar bersedia untuk menjalankan tanggungjawab demi rakyatnya.

"Saya harap jika beliau menjadi pemimpin di Kajang dia boleh ubah apa yang tidak baik di sini menjadi lebih baik."

"Saya tidak nafikan semua pemimpin yang diamanahkan rakyat kena turun di kawasan mereka namun untuk Anwar ini saya harap beliau boleh tunjukkan yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin lain," katanya.

N25 Kajang mempunyai komposisi pengundi iaitu 48 peratus Melayu dan 42 peratus Cina selebihnya India dan lain-lain kaum.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

PAS buat laporan dakwa facebook anti Kristian

 
Ketika ketegangan agama meningkat di negara ini, PAS Sabah hari ini membuat aduan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap laman Facebook yang didakwa menghina agama Kristian dan rakyat Sabah dan Sarawak.


Laporan terhadap 'Semenanjung Malaysia Anti Sabah dan Sarawak' itu dibuat di ibupejabat polis Karamunsing dan di SKMM oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Hamid Ismail (kiri).

Katanya, beliau mengutuk sebarang tindakan menjatuhkan maruah agama, bangsa dan negeri sesiapa pun.

Pemilik facebook tersebut, tambahnya, jelas cuba untuk mengganggu dan memusnahkan keharmonian serta perpaduan yang telah sekian lama dikongsi oleh rakyat Sabah.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu, tambahnya, tidak harus dibiar begitu sahaja tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan Sabah dan Malaysia.

Laporan Hamid itu bukan yang pertama dibuat terhadap laman Facebook tersebut, yang antara lain, mengejek penganut Kristian melalui gambar, termasuk memaku katak di salib.

Ogos lalu, parti komponen BN Sabah, Upko dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap pencipta halaman tersebut, yang diwujudkan pada 7 Ogos 2013.

Yang menariknya, Ewon yang juga ahli Parlimen Ranau, kemudian berkata Cyber ​​Security Malaysia, sebuah agensi pakar di bawah kementeriannya, telah mengenal pasti pemilik laman tersebut. Laman itu kemudiannya tidak boleh diakses.

Bagaimanapun, semakan hari ini menunjukkan laman tersebut telah diwujudkan semula pada Disember 2013.

Pada jam 4 petang tadi, laman itu mempunyai 1,380 'likes' dan menyenaraikan enam 'administrators', yang mana laman facebook peribadi mereka dipautkan ke laman tersebut.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

PRK DUN N25 KAJANG.... MACAI UMNO SUDAH BANKRAP ISU DAN MUFLIS POLITIK SAMPAI SANGGUP BERDEMO DEPAN BALAI POLIS KAJANG BANTAH DSAI BERTANDING....!!!

ANWAR BUKAN ANAK JATI KAJANG... ANWAR JEPUN TOLAK KAJANG PUN TOLAK.... KAJANG TOLAK ANWAR.... PENGUNDI KAJANG JANGAN TERTIPU....
Begitulah antara ayat yang tertulis pada beberapa plakad yang dijulang oleh macai-macai UMNO tidak sampai 20 orang berselindung di belakang NGO entah apa nama Omak Kau pun dah hilang perkiraan.... terlampau banyak sangat.... nama lain tapi orangnya sama.

Kejadian memalukan ini berlaku hari ini jam lebih kurang 3.00 ptg.... Lokasi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Begitu sekali terdesaknya bankrap isu dan muflis alasan dan cara politik UMNO sampai sanggup berdemo depan balai polis Kajang dan selepas itu buat laporan polis.

Punyalah bangang kangkung hapraknya para penyokong UMNO takut menggeletar kepala lutut takut kecut perut bila dapat khabar DSAI akan bertanding di PRK DUN N25 Kajang sebagai calon Pakatan Rakyat.

DSAI hanya menggunakan haknya untuk bertanding PRK Kajang kerana tidak ada sebarang halangan undang-undang untuk menyekat beliau daripada menawarkan dirinya kepada pengundi di Kajang sebagai wakil mereka.... DSAI memenuhi semua keperluan undang-undang untuk bertanding.

Ikut undang-undang dan perlembagaan negara kriteria bagi seseorang calon untuk bertanding kerusi DUN beliau mestilah warganegara Malaysia, beralamat di negeri yang ingin ditandingi, berumur lebih 21 tahun, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan dan tidak pernah di penjara melebihi satu tahun (tetapi boleh bertanding selepas tamat hukuman).

Alamat kad pengenalan calon mestilah di negeri tersebut, contohnya dalam kes kekosongan Dun Kajang. Mana-mana calon yang ingin bertanding, perlu beralamat di Selangor.


Omak Kau ingatlah, cara macai-macai ini berdemo jangan katakan rakyat Kajang rasa malu.... Perkasa, Jati dan Pekida pun malu tutup muka tengok gelagat beberapa kerat yang buat kerja tidak guna akal dan otak.... Mesti mereka ingat dan berkata.... Ingatkan aku yang bodoh rupanya ada lagi macai lebih bodoh....

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Gerakan mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia Umno, tulis Shahbudin Husin.

Baginya, Mahathir menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Menurutnya, selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, A Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib ‘PM Kangkung’, mereka juga meminta PM segera berundur bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU14 nanti.

Beliau menambah, selain Kadir dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa,” tulis beliau di dalam blognya.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

HOT & GEMPAK....! KEM MAHATHIR BUKAN SAJA MAHU SINGKIR NAJIB TAPI JATUHKAN KERAJAAN SELANGOR DENGAN CARA KOTOR....???


Lambat laun, PM 47 persen ‪#‎kangkung‬ @NajibRazak akan ditendang keluar dari Putrajaya tidak lama lagi.

Kedudukan Najib makin lemah separas dengan indeks Bursa Malaysia yang hilang lebih RM74 bilion hanya dalam tempoh seminggu.

Gerakan khusus dilakukan kem Mahathir yang akan memusnahkan apa saja yang cuba menentang mereka termasuk mengganyang pentadbiran kerajaan Selangor yang kini dikuasai secara de facto oleh Khalid Ibrahim.

Jangan lupa juak Umno dalam kerajaan negeri masih berkuku dan arahan khas dibuat Mahathir bagi merampas negeri itu selewatnya sebelum perhimpunan khas Umno pada Mei nanti.

Masih ramai yang melihat tindakan mengejut bertanding di Kajang membuatkan Anwar Ibrahim jadi tidak popular walaupun pada PRU 13 kesemua pemimpin PR sepakat mencalonkannya sebagai PM.

Wang bukan keutamaannya kerana gaji penasihat ekonomi negeri hanya RM1 dan hilang kelayakan menerima pencen sepanjang hayat setelah dipecat pada 2 September 1998.

Harus diingat, PKNS dan kesemua anak syarikat milik negeri menjana pendapatan kepada negeri tetapi dengan rizab tunai yang banyak membuatkan Mahathir dan segelintir pihak yang mahu menjatuhkan PR bernafsu merancang strategi merampas negeri dengan cara yang paling licik dalam sejarah politik moden negara.

Percayalah, gerakan ini bukan semata-mata menyelesaikan krisis Azmin Ali-Khalid tetapi Anwar terpaksa turun ke bawah untuk membetulkan beberapa keputusan tidak menguntungkan rakyat yang akan diketahui kelak, apabila tiba masanya.

Sekali lagi saya nyatakan, ini keputusan politik dan hanya boleh diselesaikan melalui cara politik menurut undang-undang sedia ada.


Mudah untuk melihat isu PRK Kajang dari mata hati yang jelas:

Untuk Pakatan Rakyat:

1) Khalid Ibrahim gagal dalam berjaya. Maka perlu diganti secepat mungkin.


2) Azmin Ali tak boleh ganti Khalid. PAS negeri tak setuju malah akan hantar Pesuruhjaya Selangor sebagai calon MB. Maka Anwar akan ambil alih.


3) Mengekang gerakan kem Mahathir yang bersedia menumbangkan Najib Razak dalam masa dua bulan lagi, dan tempiasnya bakal terkena kepada Selangor jika Khalid tidak diganti segera.


4) Strategi politik memperkuat cengkaman ke atas kerajaan negeri dan membersihkan juak Umno dalam pentadbiran negeri yang memainkan isu sensitif seperti rampasan Injil dan Langat 2, dalam masa sama memperkukuh tapak ke Putrajaya.


Untuk BN:

1) Najib tiga langkah ke belakang membaca gerakan Anwar. Dan padahnya kem Mahathir akan menyingkirkannya dengan menggunakan Daim Zainuddin dan Muhyiddin Yassin.

2) Najib sudah tidak ada sokongan padu dari perhubungan Umno negeri atas kelemahannya sendiri lambat menyelesaikan isu harga barang dan kalimah Allah.

3) MCA dan Umno akan bertelagah sesama sendiri isu siapa yang layak mewakili BN dan Liow Tiong Lai diuji buat kali pertama bagaimana mahu menghadapi Umno sebagai presiden.

4) Parti komponen BN terutama MCA bakal memboikot jentera kempen jika kemahuan mereka tidak ditunaikan. Peluang untuk MCA meminta lebih kuasa di saat Umno yang semakin lemah dari dalam.
 
Sumber Berita Dari Blog Kedahkini

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'

 
Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.

Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.

Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya."

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.

Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Tempat Sujud Malaikat Jibril Disebelah Kanan Pintu Kaabah

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/t1/1619278_736433539701955_1960030459_n.jpg
Tempat Sujud Jibril a.s.
Lebih kurang satu depa ke sebelah kanan pintu Kaabah terdapat satu susunan marmar coklat kemerahan tanda untuk mengabadikan lokasi Jibril a.s. semasa mengimamkan RasuluLlah s.a.w selepas turunnya perintah solat dalam peristiwa Isra’ Mikraj.

Jibril a.s. turun sebanyak 10 kali yakni lima kali di awal waktu dan lima lagi di akhir waktu untuk mengajar sempadan masa solat. Ia sebagai perincian kepada keterangan firman Allah di dalam kitab Al-Quran yang mengkehendaki kita solat di waktu malam, siang dan fajar. Penegasan ini sesuai dengan solat sebagai tiang agama yakni Rukun Islam yang kedua selepas Shahadah.

Lazim Imam Masjidil Haraam mengambil barakah lokasi ini semasa mengimamkan jemaah solat waktu. Ada Duyufur_Rahman yang menceritakan semerbaknya tempat sujudnya Jibril a.s. ketika solat di situ.
 
Alangkah bertuahnya dan amat beruntung tetamu Allah itu.
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

BERITA GEMBIRA PRK KAJANG.... NAJIB SUDAH ANGKAT BENDERA PUTIH SURRENDER....???

Omak Kau tengok macam BN tak nak bertanding jer.... macam takut jer.... macam menggigil jer.... macam pucat jer.... macam dah tahu kalah jer.... macam takut hilang wang deposit jer....

Kalau BN tak mau bertanding eloklah.... jimat sikit wang rakyat.... tidaklah berlaku kesesakkan lalu lintas.... tiadalah berlaku kacau bilau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu melayan cabaran Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding di pilihan raya kecil Kajang.

Najib berkata ia masalah 'dalaman' PKR dan beliau tidak mahu dilibatkan bersama.

"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka. Saya tiada masalah."

"Kenapa tolak perkara ini kepada saya?" kata beliau dalam sidang media di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Semalam Azmin mencabar Najib untuk bertanding di Kajang menentang ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika mengumumkan pencalonan dirinya minggu lalu turut meminta BN tidak meletakkan calonnya bertanding dalam PRK itu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut membayangkan Umno perlu bertanding sekiranya MCA, yang secara tradisi memegang kerusi DUN Kajang, tidak mempunyai calon sesuai.

Bagaimanapun Najib tidak mahu memberi komen sama ada BN akan bertanding atau tidak sebelum mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi BN

"Biar MT buat keputusan tunggu."

"Biar saya teliti semua pendapat sebelum buat keputusan. Mesyuarat (MT) hanya selepas Tahun Baru Cina," katanya.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar untuk bertanding di N25 Kajang bagi menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil nanti.

Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, jika Umno BN berani untuk bertanding di Kajang, mereka harus meletakkan Presiden Umno Najib Tun Razak sebagai calon.

"Umno kalau berani turun di Kajang jangan letak MCA, MIC atau Gerakan. Kalau mereka hebat letak Najib. Setuju?

"Kita makan sate Kajang, kemudian kita lawan habis-habisan. Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa?" soal Azmin kepada para petugas parti ketika berucap dalam majlis Taklimat Jentera Pilihan Raya di Sungai Sekamat semalam.

"Rosmah!," sahut para hadirin.

Majlis itu turut dihadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PKR antaranya Ketua Wanita Zuraida Kamarudin, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Azmizan Zaman Huri dan beberapa pimpinan peringkat negeri Selangor.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh. Beliau telah menghantar notis peletakan jawatan pada 27 Januari dan perkara itu disahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Bersih 2.0 kecam peletakan jawatan Adun PKR demi kepentingan parti

OLEH MD IZWAN

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.

Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR.

"Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya."

"Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah.

"Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam," kata Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Bersih berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakilinya.

"Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu."

Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.

Awal hari ini, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebagai calon pilihan raya kecil di Kajang selepas perletakan jawatan Lee semalam.

Pengkritik melihat langkah meletak Anwar sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI....!!! JOM TENGOK WAJAH MACAI UMNO/BN GUNA AKUAN TWITTER ATAS NAMA MB SELANGOR HEBAHKAN 8 AHLI PARLIMEN PKR AKAN LETAK JAWATAN SEBELUM KHAMIS INI....!!!

Punyalah terdesak tahap kangkung macai UMNO/BN dalam mengambil kesempatan perletakkan jawatan ADUN Kajang semalam.

Suatu akaun twitter didaftar atas nama MB Selangor tweet kononnya di jangka 8 lagi MP PKR akan letak jawatan sebelum hari Khamis tanda protes terhadap Anwar Ibarahim.

Laaaa.... yang tukang buka akaun MB Selangor adalah seorang macai UMNO/BN yang bernama Ramesh Rao Khrisnan Naidu.

Macha ni kerja dia siang malam pagi petang tukang laporan polis.... Patutlah Mahathir cakap yang menyokong UMNO ni jenis baka baghal bodoh tahap gaban.

Macha inilah yang buat bising kata BN jadi barua Pakatan Rakyat.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.
 
Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.
 
"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.
 
Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.
 
Menurut Khalid (kanan) beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar.
 
Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau. 
 
"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau.
 
Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.
 
"Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu (berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik)," kata beliau.
 
Pengunduran Lee tak dirancang
 
Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam, dikatakan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ADUN negeri itu.
 
Khalid hari ini turut mengumumkan pencalonan Anwar untuk bertanding bersama pimpinan Pakatan Rakyat 
 
Beliau berkata, keputusan dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".
 
Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar (kiri) akan mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.
 
Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.
 
Khalid turut mengatakan perkara itu sebenarnya dalam perancangan cuma perletakan jawatan Lee tidak dirancang.
 
"Ia bukannya dirancang sejak Mei 2013. Ada perbincanganlah, penilaian politik dan perbincangan (mengenai Anwar bertanding)."
 
Sumber Berita Dari MalaysiaKini
KOTA BHARU:  Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, mengakui sayur kangkung turun harga sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Kemaman, baru-baru ini.

Menurutnya, kenaikan harga kangkung tidak berlaku kerana tiada seorang pun menteri kabinet atau kroni mereka terlibat dengan perniagaan kangkung.

“Sekiranya sayuran itu dimonopoli oleh syarikat mereka sudah tentu ianya akan naik harga sebagaimana gula, minyak masak, gas, petrol dan lain-lain,” ujarnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Ibrah dari kisah Nabi Yusof: Perancangan Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat” pada Kolokium Agenda Kesejahteraan Rakyat di Dewan Teratai, dekat sini hari ini.

Program sehari itu dianjurkan Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

Ucaptama majlis disampaikan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Husam menambah, akibat tiadanya agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat, kepentingan kroni dan peribadi membuatkan rakyat menderita.

“Kerana itu kehidupan rakyat pelbagai peringkat, apa lagi yang berpendapatan rendah dihimpit kenaikan harga barang khususnya keperluan harian,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri,dan para pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Menahan Lapar Semalaman Kerana Menghormati Tetamu

Seorang telah datang menemui Rasulullah S.A.W dan telah menceritakan kepada baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?"

Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."

Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya."

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam

'Kami gigih berusaha pastikan kelangsungan perkahwinan ini'

 
Pasangan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim berkata mereka amat sedih dengan "cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini".

"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata pasangan itu dalam satu kenyataan petang ini.

Ia sebagai reaksi kepada spekulasi meluas bahawa ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah.

Menurut Star Online, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir bulan lalu.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata mereka dalam kenyataan tiga perenggan itu.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

TWEET NURUL IZZAH NAFIKAN BERITA BELIAU TELAH MENFAILKAN FASAKH CERAI

Dari akaun twitter YB Nurul Izzah Anwar beliau menafikan mengenai berita bertiup kencang di alam siber bahawa beliau telah menfailkan tuntutan cerai fasakh dari suaminya selama 10 tahun di Mahkamah Syariah.

Salam, betul ke akak tuntut fasakh.... keluar news.... Jawap Nurul Izzah dengan pendek.... Wassalam.... Nope....

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pengarah Urusan CASTMET, Tan Keh Wah dan Pengawah Kewangan CASTMET, Yong Pey Ling (Shannon Yong) berhubung insiden saya dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam Sabtu lalu.

Saya ingin memperbetulkan persepsi awam dan media yang mungkin tersalah anggap dan tersalah lapor insiden berkenaan. Saya mengetengahkah isu rasis dan diskriminasi perkauman yang diperbuat Shannon Yong tidak membenarkan saya menyanyi semata-mata kerana saya bertudung. Jadi tidak timbul isu syarikat berkenaan tidak rasis kepada pekerja-pekerjanya.

Dalam pertemuan selepas sidang media saya, Tan Keh Wah mengundang saya ke pejabat untuk bertanya kepada pekerja yang syarikat beliau tidak rasis. Soalnya bukan layanan dia kepada pekerjanya tetapi layanan Pengarah Kewangannya, Shannon Yong kepada saya.

Saya menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh CASTMET melalui jawapan mereka kepada media yang kononnya imej saya bertudung tidak bersesuaian dan akan mengundang sensitiviti keagamaan jika saya beraksi pada malam tersebut.

Soalnya adakah mengarahkan saya turun daripada pentas ketika saya akan memulakan persembahan itu tidak bersifat sensitif? Mengapa saya tidak diberitahu hal-hal tersebut ketika hari kejadian? Mengapa semua alasan-alasan ini diberikan selepas sidang akhbar bersama Karyawan dan saya langsung tidak mengetahui mengenainya sebelum ini?

Saya melihat jawapan yang diberikan kepada media adalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Ironisnya mereka sanggup membenarkan saya membuat persembahan jika saya tidak bertudung.

Pelbagai alasan yang diberikan adalah saling bercanggah termasuk laporan polis Shannon Yong pada 20 Januari lalu. Sehingga ke hari ini jawapan versi CASTMET tidak disahkan oleh Mohd Solih Toha daripada syarikat pengurusan acara Red On Black dan Nazri daripada band Rufus. Jika terdapat sebarang salah faham antara mereka sekalipun adalah tidak adil untuk saya dijadikan mangsa tindakan rasis sebegini.

Secara konsisten, saya tidak menyalahkan sama sekali syarikat tersebut. Isunya adalah perkataan dan tindakan rasis yang diperbuat oleh Pengarah Kewangannya, Shannon Yong terhadap saya, iaitu menyatakan bahawa saya tidak boleh menyanyi kerana saya bertudung. Ini adalah satu diskrimasi jika dilihat dalam apa keadaan sekalipun.

Kerjaya saya sebagai penyanyi adalah kerjaya profesional. Majlis CASTMET bukanlah persembahan pertama saya. Saya telah berpengalaman mengendalikan acara lebih besar dengan syarikat-syarikat bukan Islam dan mereka tiada sebarang masalah dengan penampilan saya.

Berikut saya sertakan jawapan balas saya bersama beberapa keping gambar acara berkenaan untuk penilaian semua.

Alasan adanya minuman keras

Saya terkejut dengan alasan Pengarah Urusan CASTMET, Tan Keh Wah bahawa keputusan membatalkan penampilan saya kerana majlis menghidangkan minuman keras. Alasan Tan Keh Wah ini adalah perkara baru. Dalam laporan polis Shannon Yong tidak diberikan alasan minuman keras ini dan saya tidak perasaan kemunculan minuman keras kerana lebih setengah daripada tetamu adalah orang Islam.

Malah Tan Keh Wah menyatakan bahawa ianya untuk tujuan menjaga sensitiviti umat Islam. Etika pakaian saya adalah bersesuaian dengan majlis-majlis keraian. Jika mereka sensitif tentang keIslaman saya maka adakah mereka tidak tahu yang tetamu utama ialah Pengerusi CASTMET, Tan Sri Mohd Anuar Mohd Nor juga seorang Islam dan ramai tetamu lain yang berhijab dan berkopiah.

Alasan adanya tarian

Sebagai seorang penyanyi berpengalaman, saya sudah berhadapan dengan pelbagai ragam majlis dan tetamu. Apabila mengambil keputusan berhijab 2 tahun lalu, saya telah menyesuaikan persembahan saya dengan imej saya. Malah saya sendiri menolak tawaran apabila merasakan imej saya tidak bersesuaian.

Alasan perlu menari dan berinteraksi dengan tetamu bukan soalnya. Ketika Zafarina Jamhari atau Farina dari Akademi Fantasia 8 (AF8) membuat persembahan kemudian, dia juga tidak menari bersama tetamu sebagaimana yang didakwa menjadi permintaan CASTMET.

Jika benar ada aksi-aksi sebagaimana yang didakwa yang telah dibuat oleh penyanyi ganti, maka saya minta gambar atau rakaman video didedahkan untuk rakyat Malaysia menilai sendiri acara tersebut. Pada saya, majlis tersebut adalah seperti majlis makan malam syarikat-syarikat korporat lain yang biasa saya tangani.

Alasan adanya kontrak

Shannon Yong dan Tan Keh Wah mendakwa bahawa saya bukanlah penyanyi yang dipersetujui dan tidak berada dalam kontrak asal antara CASTMET dengan pembekal acara. Hakikatnya tiada sebarang kontrak bertulis, sebaliknya band Rufus dipilih kerana band ini membuat persembahan di Cafe Daud yang terletak bersebelahan dengan pejabat CASTMET di Plaza Damas. Band Rufus yang menyediakan penyanyi, pemuzik dan alat muzik pada malam tersebut.

Mohd Solih Toha daripada syarikat pengurusan acara Red On Black telah mengesahkan bahawa persembahan ini adalah secara rundingan terus daripada CASTMET dengan band Rufus. Kontrak saya pula adalah sebagai penyanyi band Rufus untuk persembahan pada malam tersebut.

Tiada sebarang perjanjian hitam putih sebagaimana yang didakwa, termasuk permintaan untuk penyanyi tidak bertudung atau artis AF. Dalam pertemuan semalam, Tan Keh Wah telah menunjukkan kepada saya satu salinan invois yang sekadar menunjukkan butiran band Rufus sahaja. Tiada nama individu diletakkan kecuali nama pengacara majlis Amber Wong. Saya adalah sebahagian daripada band Rufus kerana dipanggil oleh band tersebut untuk menjadi penyanyi utama mereka pada malam itu.

Jika benar dakwaan mereka bahawa sejak awal mereka telah meminta Farina AF8 tetapi mengapa nama Farina sendiri tiada dalam invois seperti mana nama Amber Wong? Malah Farina memberitahu saya bahawa dia baru dihubungi pada hari kejadian secara tiba-tiba beberapa jam sebelum acara bermula. Setelah sampai ke majlis itu barulah dia mengetahui perkara sebenar dan atas rasa simpati kepada saya sebagai mangsa diskriminasi, maka dia menjemput saya menyanyi secara spontan.

Lebih pelik, CASTMET mendakwa saya adalah penyanyi pengganti untuk sesi latihan pada 16 Januari di studio dan sesi raptai pada petang 18 Januari beberapa jam sebelum majlis berlangsung. Adakah saya terlalu bodoh untuk menerima tempahan menyanyi untuk sesi latihan dan sesi raptai tetapi tidak untuk majlis sebenar? Dan mengapa saya tidak diberitahu oleh mana-mana pihak termasuk CASTMET dan wakilnya sebelum insiden tersebut berlaku?

Akhirnya saya melihat jawapan-jawapan CASTMET, sama ada melalui Shannon Yong dan Tan Keh Wah adalah isu-isu baru yang ditimbulkan dan tidak relevan. Tindakan terdesak ini adalah memperlekehkan profesionalisme saya sebagai seorang penyanyi profesional dan seorang pemakai hijab.

Sekian, terima kasih.
Marinatasha Isnariah Mustapar

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Khalid Samad: Murtad bukan sebab baca Bible

 
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad percaya orang Islam terjebak dengan kemurtadan disebabkan "hasil sikap orang Melayu-Islam sendiri yang tidak memberikan contoh fahaman Islam yang baik dan bukan disebabkan mereka membaca Bible".

Perkara tersebut antara perkara yang akan dibahaskannya dalam perdebatan dengan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam perdebatan hujah bertajuk "Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan" anjuran akhbar Sinar Harian 27 Januari depan.

"Murtad bukan disebabkan membaca Bible tetapi disebabkan penolakan (Islam) hasil sikap daripada orang Melayu Islam itu sendiri."

"Antaranya fatwa seorang mufti yang menyatakan halal darah bagi orang yang menyertai himpunan TURUN."

"Kita sendiri dengar pemuda Melayu berkata 'teruknya Islam, turun sikit darah kita halal.... Inilah faktornya. Bukan kerana membaca Bible."

"Orang Melayu yang tidak memberi contoh yang baik mengenai apa ajaran Islam yang sebenarnya," kata Khalid dalam sidang medianya hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata parti itu komited untuk menyatakan mengenai keadilan Islam sebagai "daya penarik bukan daya penolak".

Mengulangi penerimaan cabaran debatnya dengan Noh Omar, Khalid berkata beliau akan berdebat dengan Noh atas tajuk tersebut dan datang ke situ dengan sikap keterbukaan kerana menerimanya tanpa sebarang syarat.

Katanya, tujuannya debat itu nanti bagi membuktikan bahawa kalimah 'Allah' "bukan eksklusif untuk Islam sahaja dan haram untuk bukan Islam".

"Inilah matlamat saya nanti," katanya.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

KISAH NURUL IZZAH FAILKAN PENCERAIAN DI BAWAH FASAKH MELALUI PETISYEN DI MAHKAMAH SYARIAH SUDAH MENJADI TAJUK UTAMA DI BEBERAPA PORTAL DAN BLOG....!!!

Desas desus ini sudah mula berlegar di WhatsApp kira-kira 3 minggu yang lalu namun tidak mau ambil pusing sebab ini kisah peribadi yang tidak wajar dijadikan bahan serangan politik.

Masalah kahwin cerai ini perkara biasa.... bukannya suatu luar biasa.... Najib Razak pernah bercerai sebelum berkahwin dengan Rosmah Mansor.... begitu juga Rosmah Mansor pernah bercerai dengan suami pertamanya Aziz Nong Chik sehingga di kurniakan dua orang cahaya mata.

Sebab itu Omak Kau mengambil sikap dan berpendirian.... masalah cerai berai ini tidak perlu diperbesarkan dan dijadikan modal politik menyerang.

Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Mereka di kurniakan dua cahaya mata seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Kedah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan berlaku salah tadbir dalam penyelesaian saman oleh anak syarikat Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) berhubung isu pembalakan di sepanjang Lebuh Raya Trans Eastern Kedah Interland (Tekih).

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat kes ini.

Siasatan ini tegasnya amat penting kerana pihaknya amat meragui proses tender balak yang diserahkan kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006 itu.

"Secara amat ganjil, BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran yang dikatakan mencecah RM2.5 juta."

"Bagi kami, penyelesaian ini adalah suatu tindakan yang amat pelik memandangkan Syarikat BDB sebelum itu telah melantik peguam bagi mewakili mereka dan BDB dikatakan berpeluang cerah menyelamatkan jutaan ringgit wang rakyat," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Berdasarkan maklumat pihaknya, syarikat ini telah mendapat tender melalui proses yang amat pelik serta tatacara bukan konvensional yang sepatutnya diperoleh syarikat yang lain.

Selepas kerajaan negeri bertukar kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008, syarikat pembalakan ini telah menyaman BDB atas alasan BDB telah melanggar kontrak.

BDB yang bukan menjalankan perniagaan berteraskan pembalakan telah bertindak melantik peguam bagi menguruskan kes saman tersebut.

BDB adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di papan pertama Bursa Malaysia dan pemegang saham yang terbesarnya ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). PKNK dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah.

Selepas beberapa kali perbicaraan kes dijalankan, sekali lagi Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 2013.

Secara amat ganjil, BDB telah menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan pembayaran yang dikatakan mencecah RM2.5 juta.

"PKNK yang mewakili kepentingan rakyat Kedah yang mempunyai wakil di dalam Lembaga Pengarah BDB juga sepatutnya bertindak bagi kepentingan rakyat Kedah dengan menghalang penyelesaian ini," katanya yang juga Adun Anak Bukit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) yang diketuai Sulaiman Ibrahim untuk terus mendedahkan penyelewengan balak ini.

Mereka meminta kerajaan negeri menjelaskan status aktiviti pembalakan yang rancak dilakukan di kawasan Gulau, Sik membabitkan hutan Simpan Ulu Muda.

Difahamkan, kegiatan itu ketara sejak Oktober lalu di kawasn berhampiran Lebuhraya Tekih dari Durian Burung melalui Galau ke Baling.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Tian Chua dihukum penjara sebulan

 
Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini dijatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,000.

Beliau didapati bersalah terhadap pertuduhan melanggar arahan mengikut Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.


Beliau yang ditahan semasa perhimpunan BERSIH 4 pada 28 April 2012 didakwa kerana enggan meninggalkan kawasan tahanan.

Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Timbalan pendakwa raya (DPP) membantah dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan.

Menurut undang-undang, anggota Parlimen yang ditahan setahun atau lebih dan didenda RM2,000 atau lebih akan hilang kelayakan dan pilihan raya kecil perlu diadakan.

Sementara itu, hukuman penjara ke atas Chua ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, yang menurutnya, akan difailkan oleh peguamnya esok.

Katanya, keseluruhan pertuduhan tersebut tidak masuk akal kepadanya - merujuk kepada sabitan ke atasnya kerana berada di dalam Pulapol, yang dilabelkan sebagai kawasan larangan.

Chua berkata, pihak polis pada mulanya bersetuju dengan tuntutannya untuk tidak meninggalkan Pulapol sehingga orang lain yang ditahan bersamanya, turut dibebaskan.

"Tetapi apabila saya mula memberi nasihat kepada tahanan mengenai hak-hak mereka, saya ditahan lagi. Tetapi saya hanya didakwa beberapa hari kemudian," kata Chua yang merupakan ahli parlimen pertama yang disabitkan kesalahan, selepas pilihanraya umum ke-13.

Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Wujud desakan singkir Khalid, kata Saifuddin

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di sidang media di Petaling Jaya, hari ini.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Januari, 2014.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di sidang media di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Januari, 2014.PKR hari ini mengesahkan wujud desakan di kalangan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat minggu lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata MPP tidak pernah membuat keputusan menggugurkan Khalid, maka tidak timbul isu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

"Ahli MPP jumlahnya hampir 55 orang. Mesyuarat pada 15 Januari itu dipengerusikan oleh Azmin dan saya duduk di sebelahnya. Daripada 55 orang, ada yang mengambil pendirian keras mencadangkan Khalid dilucutkan."

"Tiga atau empat orang daripada 55 orang. Tetapi pandangan mereka tidak menjadi usul MPP. Azmin mempengerusikan mesyuarat. Tidak mungkin dia mempengerusikan mesyuarat untuk singkirkan Khalid dan dia sebagai pengganti," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Saifuddin berkata, PKR tidak mungkin mampu mengambil keputusan untuk menyingkirkan Khalid selagi tidak mendapat persetujuan PAS dan PKR kerana parti itu hanya memiliki 14 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Katanya, Azmin pernah menyatakan hasrat untuk menjadi menteri besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu namun tidak timbul desakan sedemikian selepas daripada itu.

“Apa yang saya faham, sejurus selepas pilihan raya, pendirian Azmin berhubung menteri besar disampaikan. Selepas pilihan raya sehingga sekarang, urusan berjalan seperti biasa."

“Walaupun isu Selangor dibincangkan, tidak pula Azmin mengambil pendirian keras meminta Khalid meletakkan jawatan,” katanya yang turut memberitahu Khalid tidak hadir dalam mesyuarat MPP pada minggu lalu.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily semalam mendakwa MPP PKR dilaporkan membuat keputusan untuk menggantikan Khalid dengan calon yang baru.

Menurut laporan edisi petang akhbar itu, keputusan untuk menggantikan Khalid dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam selain mendakwa Azmin merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan isu penting seperti bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan kadar lesen perniagaan secara mendadak serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Semasa Kongres Nasional Khas PKR pada November tahun lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Khalid seorang pendengar yang baik tetapi lambat melaksanakan arahan yang diberikan.

Meskipun sindiran itu ditujukan secara terus kepada Khalid yang duduk berhampiran dengan Anwar, ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap memuji pentadbirannya di Selangor yang dilihat dapat mengurangkan pembaziran berbanding kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelumnya.

"Dia adalah seorang sahabat yang paling setia mendengar berbanding pemimpin PKR yang lain. Tan Sri Khalid seorang yang paling patuh mendengar cuma paling lambat laksanakannya kadang-kadang."

"Saya tegur seorang pemimpin dengan perkara yang baik. Saya tegur supaya dia dapat baiki skru longgar sebelum ini," katanya.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider

Kisah Keberkatan Disebalik Bacaan Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata: "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
 
Sumber Berita Dari Blog Detik Islam
KOTA BHARU: Kerajaan Arab Saudi kagumi sistem pendidikan agama yang dipertahankan di Kelantan dengan mengutamakan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Ketua Unit Bahagian Malaysia, Pertubuhan Antarabangsa Bagi Kemukjizatan Al-Quran dan Sunnah, Arab Saudi, Syeikh Ali Mohamad Al Subaiyyil dari Arab Saudi berkata, biar pun sebuah negeri yang kecil namun berusaha mengutamakan pendidikan Islam.

“Saya kagum dengan usaha kerajaan Kelantan memartabatkan al Quran dan pendidikan Islam. Saya berharap ia dapat dipertingkatkan lagi."

“Pendidikan Islam yang diajar turut dilengkapi pemahaman al Quran pastinya akan menyelamatkan manusia daripada penyakit sosial,” katanya ketika mengunjungi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di Kota Darulnaim semalam.

Pada kunjungan itu beliau juga menziarahi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Institut Pemikiran Tok Guru.

Syeikh Ali berkata, Kelantan turut mengunguli dalam bidang pendidikan tahfiz dan sains.

Beliau dalam kunjungan ke Kelantan bagi melihat dari dekat sistem pendidikan Islam di negeri ini.

Beliau turut melawat beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah Ugama (Arab) Madrasah Tarbiah Mardhiah Panchor dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

EDISI MALU....!!! LAWATAN NOH OMAR KE FOOD COURT SEKSYEN 2, SHAH ALAM DI SAMBUT DINGIN OLEH RAKYAT YANG SEDANG MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN....!!!

Biar gambar berbicara.... bukan nak mengata atau sokong rakyat bersikap biadap kepada pemimpin.... tapi inilah kenyataannya.... rakyat sudah bosan, muak dan meluat dengan sikap kepura-puraan pemimpin-pemimpin UMNO.

Contoh terbaik insiden tengah hari tadi ketika Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Noh Omar bersama-sama dengan para pegawai penguatkuasa KPDNKK telah melakukan tinjauan harga makanan dan minuman yang dijual di sebuah Food Court di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.

Rakyat yang sedang menikmati makan langsung tidak ambil pusing dan peduli akan kehadiran Noh Omar.

Food Court ini menjadi salah satu tempat kegemaran para pelajar UiTM makan dan minum.

Petanda apakah itu....???

Ooppsss.... Nak tanya sikit dengan Noh Omar ni.... Cabaran kamu ajak mana-mana pemimpin PR untuk berdebat isu Kalimah Allah telah disahut dan disambut oleh Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.... Sampai hari ini kamu masih senyap membisu langsung tidak memberi sebarang respon.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau
KUALA LUMPUR: Syarikat Castmet Sdn Bhd tidak pernah mendiskriminasi mana-mana bangsa atau agama seperti yang didakwa berhubung isu penyanyi wanita bertudung dihalang mengadakan persembahan.

Demikian dijelaskan Pengarah Urusan Castmet, Tan Keh Wah kepada Bernama sebagaimana laporan agensi berita itu, semalam.

"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.

"Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.

Semalam, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dalam sidang media memberitahu, pihaknya telah menerima laporan rasmi dari seorang penyanyi profesional Marinatasha, yang telah menerima nasib malang apabila dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran syarikat Castmet Sdn Bhd di atas alasan yang dikaitkan dengan pemakaian hijab sewaktu ingin mengadakan persembahan di pentas acara.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

TERPANAS! PENDEDAHAN DOKUMEN ISU PEMECATAN LEMBAGA PENGARAH PKNS

Menteri Besar Dedah Dokumen Isu Ahli Perbadanan PKNS

Dato’ Menteri Besar, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen-dokumen mengikut kronologi yang berkaitan isu Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.

Dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab dimana rakyat berhak diberitahu kedudukan sebenar tentang sesuatu isu.


DIKELUARKAN OLEH

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
22 JANUARI 2014

Dokumen-dokumen yang terlibat:
 
Sumber Berita Dari Blog Kedahkini

Agong bukan ketua Islam, hanya Nabi Muhammad boleh tentukan undang-undang Islam

OLEH MD IZWAN

 
Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, titah Yang di-Pertuan Agong adalah terhad dan pemerintah tidak berkuasa seperti Nabi Muhammad untuk menentukan undang-undang Islam.

Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak mempunyai ketua agama kerana Agong hanya ketua agama di negeri asalnya dan tidak terpakai bagi negeri seperti Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai Sultan.

"Kenyataan yang dibuat oleh Agong dalam isu kalimah Allah minggu lalu tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam yang menetap di negeri berkenaan," kata bekas pensyarah UIA itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Majlis Raja-Raja adalah platform terbaik untuk mewakili pemerintah dalam isu agama namun  bukan semua sultan sependapat dengan Agong dan Sultan Selangor dalam isu kalimah Allah.

Abdul Aziz berkata, resolusi yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 seperti yang dititah oleh Agong juga tidak terpakai daripada sudut perundangan.

"Ia tidak sah daripada sudut perundangan," katanya.

Katanya, hanya Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan undang-undang Islam, malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai kuasa sedemikian.

"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah."

"Dalam mana-mana kes, hanya undang-undang Islam yang terkandung dalam Perlembagaan dan undang-undang relevan boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau juga sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kenyataan Agong tidak memberi kesan kepada bukan Islam kerana Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan beragama.

"Tiada mana-mana pihak berkuasa boleh menyuruh bukan Islam bagaimana mereka wajar mengamalkan agama mereka."

"Malah untuk Muslim, hanya agama tersebut boleh mengatur bagaimana mereka mengamalkan Islam," katanya.

Selain itu, katanya, kenyataan mengenai kalimah Allah tidak mengikat semua Muslim kerana tidak mempunyai asas yang jelas.

"Terdapat  tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada hujung minggu lalu memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 yang mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

Kenyataan Sultan Kedah itu dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10-perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur.

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport ke dalam negara.

Sumber Berita Dari The Malaysian Insider