AKHIRNYA MAT SAID JUGA KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN UMNO

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 


Sumber Berita Dari Bloglist Malaysia

Menantu Presiden PAS kata Nizar "very stupid"

Ustaz Zaharudin Muhammad yang didakwa menantu Tuan Guru Presiden PAS menyatakan DS Nizar "very stupid" kerana ulasan DS Nizar  berkenaan isu "krisis Kerajaan UMNO, Terengganu. 
Penulis tak mahu ulas panjang, kerana penulis rapat dengan DS Nizar. Untuk baca lebih lanjut baca di SINI.
 
Sumber Berita Dari Blog Sisi Bukit

MCA hipokrit dalam isu Terengganu, kata DAP

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) membidas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung soal meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi merujuk kepada krisis politik yang berlaku di Terengganu.

Katanya, kenyataan Liow yang merujuk kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas sebagai tidak berprinsip, tidak jujur dan bercanggah dengan amalan MCA.

"Kenapa MCA tidak cakap perkara sama apabila tiga Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) lompat parti dan menyokong Barisan Nasional (BN) dan membiarkan rampasan kuasa di Perak terjadi semasa tahun 2009," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Liow, semasa sambutan Hari Wesak di Kuala Lumpur semalam, dilaporkan berkata, Ahmad dan dua lagi Adun Bebas tidak sepatutnya menjadikan Terengganu sebagai taruhan, sebaliknya perlu sentiasa memberikan khidmat kepada rakyat selepas diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut Liow, MCA berharap agar Barisan Nasional dapat mengambil tindakan pantas untuk menstabilkan semula kerajaan Terengganu, jika tidak serahkan saja kepada rakyat untuk menentukannya dengan pilihan raya negeri.

Sumber Berita Dari TMI

Zaid: Mungkin silap tarik balik saman hudud

 
WAWANCARA Ketika kerancakan PAS mengetengahkan hudud ketika menguasai Kelantan dan Terengganu, Datuk Zaid Ibrahim muncul antara segelintir orang Islam yang menentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu.

Zaid, ketika itu ketua bahagian Umno Kota Bharu, pada 2002 memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa kedua-dua negeri itu tiada kuasa untuk menggubal undang-undang, termasuk hudud.

Keputusan itu akan merancakkan perdebatan hudud. Tetapi Zaid kemudiannya menarik balik permohonan itu.

“Saya diberitahu supaya menarik permohonan di mahkamah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya di Petaling Jaya minggu lalu.

Beliau enggan mendedahkan pihak yang memberi arahan itu.

“Secara politiknya amat sukar untuk mereka menguruskan isu itu sebelum tibanya pilihan raya umum (2004). Mereka tidak mahu saman saya dipersalahkan jika terdapat kekalahan besar dalam pilihan raya."

“Saya anggota parti (Umno) yang sangat taat pada masa itu,” akuinya.

Dan perbahasan berhubung isu hudud berpanjangan sehingga ke hari ini, 12 tahun selepas tarikh itu.

Melihat perkara itu secara retrospektif, Zaid berkata, mungkin beliau silap menarik balik saman itu, tetapi “kami lakukan apa yang patut dilakukan pada masa itu, dan saya tidak menyesal”.

Bekas menteri undang-undang itu memang sedia dimaklumi dengan pendirian tegasnya.

Beliau pernah meninggalkan Umno kerana tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara dan selepas itu menyertai PKR dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), sebelum meninggalkan kedua-duanya kerana perbezaan politik.

Zaid bagaimanapun berkata tidak akan membawa isu hudud ke mahkamah sekali lagi, walaupun PAS sebelum ini merancang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaannya.

Rang undang-undang itu, jika diluluskan, akan membolehkan Kelantan melaksanakan enakmen hudud negeri yang diluluskan pada 1993.

PAS bagaimanapun menarik brek Ahad lalu selepas pembentukan jawatankuasa teknikal antara kerajaan Kelantan dan Pusat bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang itu.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Chegubard, dua aktivis dilepas tanpa bebas daripada PAA

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Badrul Hisham (dari kiri), Mohd Bukhairy Sofian dan Edy Noor Ridzuan di luar Mahkamah Sesyen selepas mendengar keputusan mahkamah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 14 Mei, 2014. 
Badrul Hisham (dari kiri), Mohd Bukhairy Sofian dan Edy Noor Ridzuan di luar Mahkamah Sesyen selepas mendengar keputusan mahkamah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 14 Mei, 2014.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tiga aktivis yang menganjurkan perhimpunan aman pada malam tahun baru berikutan dakwaan terhadap mereka tidak lagi wujud.

Hakim Ahmad Bache berkata, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April iaitu hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak mengikut perlembagaan.

“Oleh itu, dakwaan itu tidak berasas dan saya melepaskan tertuduh tetapi tidak dibebaskan,” katanya.

Pada 9 Mei, pihak pendakwaan memfailkan pertuduhan terhadap Mohd Bukhairy Sofian, Edy Noor Ridzuan dan Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 setelah gagal memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan kepada polis.

Bagaimanapun, peguambela Gobind Singh Deo dan Eric Paulsen membantah pertuduhan yang dibaca kepada tertuduh kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut.

Gobind berkata, mahkamah boleh mengambil keterangan atas kesalahan yang diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 April lalu.

Tiga tertuduh itu didakwa menganjurkan himpunan Turun di Dataran Merdeka pada 31 Disember untuk membantah kenaikan kos sara hidup.

Mereka sebelum ini dituduh pada 29 Januari tetapi dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 April.

Gobind berkata, peguam negara yang juga pendakwa raya tidak boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat tuduhan kerana ia dilihat menyalahgunakan kuasa dan menunjukkan rasa tidak hormat kepada mahkamah.

Paulsen berkata, tuduhan itu tidak berasas sambil menggesa mahkamah membebaskan kliennya.

Dalam perbicaraan hari ini, hakim berkata mahkamah perlu memastikan bidang kuasanya untuk mendengar kes tersebut.

Katanya, ini sekadar kes saman dan tiga tertuduh hanya diminta hadir ke mahkamah.

“Ini bermakna mereka perlu hadir ke mahkamah secara sukarela dan tidak ditahan polis,” katanya.

Hakim berkata, berdasarkan Akta Mahkamah Rendah 1948, beliau mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman.

Beliau kemudian meminta pertuduhan dibacakan dan ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim kemudian memberitahu Ahmad Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Putrajaya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Mei ini.

Sementara itu, Gobind ketika ditemui di luar mahkamah hari ini mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengingatkan peguam negara agar jangan sesekali menyalahgunakan kuasanya.

"Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini. Saya rasa sudah tiba masanya peguam negara mengambil kira perkara yang tidak berlandaskan Perlembagaan.

"Beliau perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan dan berhenti mendakwa mereka yang tidak bersalah apabila bertentangan dengan Perlembagaan. Saya minta beliau menghentikan salah guna kuasa," katanya.

Badrul berkata, keputusan Mahkamah Sesyen hari ini sebagai membenarkan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada bulan lalu.

Katanya, PAA merupakan satu undang-undang yang mahu menghalang suara rakyat dan tidak ada yang pernah disabitkan di kalangan mereka yang berada di pihak kerajaan.

"Ia mengulang semula keputusan lama. Saya nyatakan kepada hakim, ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan. PAA disalah guna oleh kerajaan pemerintah."

"Ada banyak perhimpunan yang dibuat pro kepada Umno dan Barisan Nasional tetapi tiada yang kena dalam undang-undang ini. Undang-undang ini dibuat atas buku mungkin cantik tetapi ia alat rejim menekan suara rakyat yang bertentangan dengan kehendak mereka," katanya.

Sumber Berita Dari TMI

PAS Teluk Intan: Undi DAP, tolak politik kotor UMNO

WIRA4962
TELUK INTAN, 14 MEI: PAS menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan agar tidak terpedaya dengan mainan kotor UMNO dan terus memberi sokongan penuh kepada siapa saja calon yang diletakkan DAP nanti.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Mohd Anuar Sudin berkata, UMNO tidak mustahil mengulangi taktik penipuan kerana begitu terdesak untuk membuktikan bahawa partinya masih relevan walaupun semakin ditolak seluruh pelusuk negara.

“Antara kempen jahat UMNO pada PRU lalu di sini adalah mengeluarkan risalah fitnah mendakwa DAP sebagai parti komunis dan anti-Melayu."

“Kita juga mempunyai bukti bahawa mereka meletakkan ahli-ahli UMNO sebagai petugas kira undi SPR dan memindahkan pengundi dari Pasir Bedamar ke Changkat Jong. Satu lagi adalah melalui sogokan wang."

“Atas sebab itu, kita (PAS Teluk Intan) akan memulakan gerak kerja awal sebaik saja calon diumum untuk memberi penerangan pada pengundi dan menangkis taktik jahat UMNO, sekaligus memenangkan DAP serta Pakatan sekali lagi,” katanya yang juga Bendahari PAS Teluk Intan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Khairul Anuar Ismail pula menyarankan kepada pengundi agar tidak termakan agenda kurang jelas UMNO berkenaan hudud.

“Hudud ini sememangnya bukan agenda Pakatan, tapi persendirian. UMNO sendiri tidak memahami apa itu hudud dan kini tiba-tiba pula beria mahu ia dilaksana. Ini jelas satu lagi rancangan untuk memporak perandakan PAS dan DAP."

“Tapi saya cukup yakin seluruh pengundi di sini mengetahui bahawa kebersamaan antara kami cukup erat dan kuat, ia tak mungkin dipecahkan melalui masalah itu,” ujarnya ketika ditemui di Markas PAS Padang Tembak, Teluk Intan.

Tambah beliau, antara kempen yang akan dijalankan PAS pada PRK kali ini selain penerangan mengenai taktik keji UMNO adalah merangkumi isu semasa seperti Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kegagalan menunaikan pelbagai janji dan lain isu yang menyusahkan rakyat.

Selain itu, katanya, isu tempatan seperti penurunan harga kelapa sawit yang menghalang aktiviti perladangan, kekurangan prasarana, peluang pekerjaan dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) juga akan dibangkitkan.

Sumber Berita Dari Roketkini.com

Krisis T'ganu: Pemimpin Umno salahkan Ku Nan

 
Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad menyalahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwanya gagal menguruskan isu peralihan jawatan menteri besar Terengganu.

Mohamad Azli mendakwa Tengku Adnan perlu bertanggungjawab berhubung perkara itu yang menyaksikan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan dua ADUN bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, lapor Utusan Malaysia hari ini.

“Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya selaku delegasi (wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit."

“Kita tahu Datuk Seri (Ahmad Said) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?"

“Apa salahnya dilewatkan (tangguh peralihan). Ini sudah jadi kelam kabut. Apabila isu ini tak ditanggani secara bijaksana, yang buruknya nampak kepada Umno,” katanya seperti dilapor dalam akhbar harian itu.

Mohammad Azli berkata demikian bagi mengulas situasi politik Terengganu dengan Ahmad, ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bagaimanapun, Roslee dilaporkan menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Laporan akhbar harian itu juga menyebut Mohamad Azli berkata bekas menteri besar itu perlu diberi ruang 'selesa' mengenai peralihan kepimpinan dan meminta pucuk pimpinan tertinggi parti dan Ahmad bertemu bagi menyelesaikan masalah tersebut. 


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Ahmad Said diugut dedahkan salahlaku politik wang ..!!!


Hafis Faizal / Ahmad Said

Siapa Hafis Faisal....?

Orangni pun tak kenal....

Dalam posting statusnya di FB nampaknya hebat mengugut dan menghentam Ahmad Said berkaitan isu Ahmad Said keluar UMNO dan isu panas kerajaan UMNO BN Terengganu.
AKU BERI AMARAN KEPADA MANA2 YB DUN TERENGGANU YG BERHASRAT UNTUK LOMPAT PARTI TERUTAMANYA DS AHMAD SAID SILA TERUSKAN AKU AKAN DEDAHKAN VIDEO n GAMBAR2 SALAHLAKU POLITIK WANG MELIBATKAN DS AHMAD SAID SERTA ORANG2 BESAR PARTI!!!!! aku hanya diatara kepimpinan kerdil akar umbi.

Malangnya status ini telah di dipadam setelah mendapat amaran dari seseorang....


Status yang menyindir Ahmad Said dari Hafis Faisal....

Inilah budaya dalaman UMNO.... ugut-mengugut menjadi senjata mereka, salahguna kuasa menjadi amalan mereka dan amalan itu juga akan jadi senjata mereka untuk menakutkan kalau tinggalkan parti.... itu belum pasal tawar-menawar.... ha.... ha.... ha....

~Rakyat Marhaen

sumber

Sumber Berita Dari Blog Pen Buruk Online

‘Ringgit’ boleh selesai krisis politik Terengganu?

KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dibuat oleh rakyat Malaysia melalui blog, facebook, twitter mengenai krisis politik di Terengganu kini menyatakan bahawa ‘ringgit’ boleh menyelesaikannya.

“Ini persepsi rakyat,” tulis Abu Hassan Adama di dalam blognya.

Menurutnya, rakyat melalui sosial media sudah berani melahirkan fikiran mereka dengan berani mengatakan bahawa kebanyakan pemimpin di Malaysia kini hanya mementingkan ‘ringgit’ dan bukan lagi seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang begitu mementingkan prinsip perjuangan.

“Walaupun tidak semua yang berperangai begitu, namun persepsi rakyat mengatakan bahawa ramai pemimpin yang bersikap demikian,” tulisnya lagi sebagaimana di bawah.

Ditinjau kenyataan yang dibuat oleh rakyat Malaysia melalui blog, facebook, tweeter mengenai krisis politik di Terengganu kini menyatakan (secara menyindir) bahawa  ‘ringgit’  boleh menyelesaikan krisis politik di Terengganu.

Ini persepsi rakyat. Dan rakyat melalui sosial media sudah berani melahirkan fikiran mereka dengan berani mengatakan bahawa kebanyakan pemimpin di Malaysia kini hanya mementingkan ‘ringgit’ dan bukan lagi seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang begitu mementingkan prinsip perjuangan.

Walaupun tidak semua yang berperangai begitu, namun persepsi rakyat mengatakan bahawa ramai pemimpin yang bersikap demikian.

Setiap tindakan pemimpin diperhatikan dengan penuh minat oleh rakyat. Cuma ada dikalangan pemimpin yang merasakan bahawa rakyat di Malaysia masih tidak cerdik dan tidak dapat menilai apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Keadaan ini dikaburi oleh tindakan setengah media arus perdana yang merasakan bahawa apa yang dilaporkan oleh mereka sentiasa ‘dipercayai’ oleh rakyat.

Suasana kini sudah tidak begitu lagi keadaannya, apatah lagi dengan kemunculan media sosial yang berbagai-bagai bentuk yang boleh dilayari dimana saja.

Persepsi rakyat merasakan bahawa wang memainkan peranan yang cukup penting dalam menyelesaikan krisis seperti di Terengganu itu.

Dan mereka terus menyatakan bahawa keadaan yang berlaku di Terengganu ini adalah sama dengan keadaan krisis yang berlaku di Perak dan terus terang menyatakan bahawa wang berperanan dalam menyelesaikan krisis berkenaan, walaupun mereka tidak dapat melengkapkan hujah mereka dengan bukti kukuh.

Sekiranya majoriti rakyat beranggapan sedemikian rupa, memberikan pengertian bahawa prinsip perjuangan dan maruah sudah diketepikan oleh kebanyakan pemimpin di negara ini.

Maknanya kebanyakan pemimpin kita hanya ‘bertuhankan’ wang ringgit. Maknanya apa yang diperjuang dan diperkatakan oleh bakal pemimpin itu hanya sebagai ‘perhiasan’ untuk melayakkan diri mereka bergelar pemimpin dan tidak lebih dari itu.

Walaupun majoriti rakyat tidak dapat memberikan bukti bahawa politik wang sedang bermaharajalela di Malaysia, namun dapat dirasakan bahawa fenomena sedemikian berlaku di mana-mana.

Rakyat tentulah tidak sebodoh sebagaimana yang dianggapkan sehingga tidak dapat melihat ‘kelibat ikan di air yang pastinya akan tahu jantan betinanya’.

Dan rakyat juga tentulah tidak membuat tuduhan melulu sekiranya ternampak ‘pokok bergoyang yang pastinya ada angin yang meniupnya’. Bak kata orang putih, 'there is no smoke without fire’.

Sudah terlalu banyak hal yang sebegini diperkatakan dan aku hanya sekadar ‘menghidangkan nasi basi’.

Sebagai orang tua, tentulah aku merasa begitu sedih melihatkan perkembangan dan tingkah laku pemimpin yang sebegini. Dan pemimpin Melayu pula yang sentiasa ‘menjeritkan’ slogan ‘hidup Melayu’ sedangkan perangai mereka tidak menampakkan bahawa mereka mengamalkan sikap dan peribadi Melayu tulen.

Aku terpanggil untuk memperkatakan tentang tindakan pemimpin negara yang terdahulu. Sebenarnya ‘harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama’.

Dan sebenarnya mereka meninggalkan nama apabila mereka sudah tiada. Dan mereka tidak ‘meninggalkan wang’ setelah mereka meninggal.

Aku tidak pernah dengar rakyat memperkatakan tentang kekayaan Tunku Abdul Rahman ataupun Tun Abdul Razak atau pun Tun Hussein Onn. Mungkin aku tidak tahu.

Dan banyak lagi pemimpin politik yang terdahulu yang semata-mata berkorban untuk kemajuan bangsa dan negara.

Wang dan ringgit tidak didahulukan oleh mereka dalam merangka perjuangan untuk bangsa dan negara, sepertimana yang dapat dilihat pada hari ini di mana dapat dilihat dengan jelas yang prinsip perjuangan lama telah diabai dan ditinggalkan.

PAS telah menunjukkan contoh dan teladan yang cukup terpuji dalam menangani krisis politik di Terengganu dengan mengambil sikap tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahari Mamat pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 13 Mei 2014.

Pastinya keadaan di Terengganu dan sikap pemimpin PAS ini amat berbeza dengan tindakan setengah golongan dalam kemelut politik  di negeri Perak pada 2009 dulu.

Saiful menyatakan, "Hasrat sultan beri kepercayaan kepada Razif itu, biar diberikan peluang kepada beliau untuk membina majoriti dia tetapi kalau dia gagal kita akan maklumkan kembali tindakan sewajarnya," katanya.

Semoga amalan yang sebegini berjaya dan diberkati Allah dalam segala  usaha yang murni.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

DSAI DAN KAK WAN TERLIBAT DALAM SATU KEMALANGAN KECIL SEBENTAR TADI


Assalamualaikum dan salam hormat,

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.

Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.

Sekian terima kasih.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

DUN Terengganu tidak akan dibubarkan, kata MB baru

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat tangan kepada jurugambar ketika memasuki kenderaan rasmi meninggalkan pejabatnya di Wisma Darul Iman, Terengganu untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014. 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat tangan kepada jurugambar ketika memasuki kenderaan rasmi meninggalkan pejabatnya di Wisma Darul Iman, Terengganu untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.
 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)  tidak akan dilakukan walaupun berlakunya krisis politik di negeri tersebut.

Beliau berkata, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang mengisytiharkan keluar parti itu juga masih belum menghantar sebarang notis rasmi kepada Speaker DUN berkenaan tindakan mereka sekaligus menyaksikan mereka masih lagi ahli Umno.

"Secara rasmi dua Adun itu masih ahli Umno. Speaker tidak terima apa-apa secara rasmi."

"Pembubaran DUN bukan pilihan di Terengganu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini.

Ahmad Razif yang memulakan tugas sebagai menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bermula hari ini berkata, desakan PAS untuk membubarkan DUN juga bukan perkara baru.

"PAS minta bubar itu kerja mereka. Dulu, kini, dan selamanya."

"Sebenarnya tiada apa-apa permasalahan yang berlaku. Saya yakin dan percaya persepsi yang berlaku tidak beri apa-apa kesan. BN masih lagi akan terus memerintah," katanya.

Ahmad Razif yang juga Exco Sains, Teknologi, dan Inovasi: Tenaga Teknologi Hijau dan Air negeri berkata, beliau akan mengetuai Adun Terengganu untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada pertemuan berpunca daripada krisis yang melanda negeri itu, beliau menafikan perkara itu sebaliknya berkata pertemuan itu adalah perjumpaan berkaitan pentadbiran negeri.

"Tiada kena mengena dengan isu di sini," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya status Ahmad yang juga Adun Kijal, serta Adun Ajil, Ghazali Tain.

"Saya tidak tahu," katanya.

Kedua-dua Adun itu bersama Adun Bukit Besi, Roslee Daud sebelum ini mengumumkan keluar Umno dan memilih menjadi Adun Bebas, namun Roslee menarik balik surat keluar partinya, malam tadi.

Krisis di Terengganu tercetus selepas Ahmad Razif dilantik sebagai menteri besar menggantikan Ahmad.

Sumber Berita Dari TMI

Muhyiddin ke Terengganu untuk selesai krisis, kata sumber

OLEH MD IZWAN

Kemelut politik dalaman Barisan Nasional (BN) di Terengganu memaksa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun berjumpa dengan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Muhyiddin (gambar) dijangka tiba petang ini di Terengganu dan akan mengadakan pertemuan dengan Ahmad bagi mencari jalan penyelesaian.

"Bukan Perdana Menteri, tapi TPM (Timbalan Perdana Menteri) yang ke Terengganu, dijangka tiba petang ini."

"Beliau (Muhyiddin) akan berjumpa dengan Ahmad nanti," kata sumber Umno Terengganu kepada The Malaysian Insider menafikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan hadir.

Sumber juga memberitahu Ahmad sepatutnya mengadakan sidang media petang ini bagi mengumumkan perletakan jawatan, akan tetapi terpaksa ditangguhkan dengan kedatangan Muhyiddin.

"Hari ini tiada sidang media Ahmad tapi jumpa Muhyiddin dahulu," kata sumber itu dengan syarat namanya tidak didedahkan.

Sumber juga memberitahu langkah PAS untuk memanggil satu sidang khas bagi mendapatkan undi tidak percaya ke atas BN tidak boleh dilaksanakan selagi Ahmad tidak membuat pengumuman rasmi keluar parti.

"Nak buat sidang khas kena sahkan dahulu Ahmad keluar parti. Setakat ini Ahmad belum tampil belum buat pengumuman rasmi," katanya.

Sumber juga memberitahu khabar angin mengatakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar parti tidak benar, sebaliknya ia masih dalam keadaaan "status quo" dengan tiga sahaja wakil rakyat Umno menjadi Adun Bebas.

"Status quo tiga sahaja, tiga lagi sudah buat kenyataan tidak akan keluar," katanya.

Kemelut politik dalaman Umno di Terengganu tercetus selepas perletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan kemudiannya keluar parti, langkah tersebut disusuli dua lagi Adun Umno.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.

Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

Sumber Berita Dari TMI

PM Najib Razak tiada hati perut, kata Ahmad Said

najib_razak 
KUALA TERENGGANU 13 MEI: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang tidak berhati perut.

Katanya, tindakan Najib ‘mamaksanya’ meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar keterlaluan kerana menganggu majlis perkahwinan anak perempuanya yang dirancang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu.

“Kalau saya sahaja tak apa. Ini melibatkan anak saya. Kalau saya sahaja saya boleh tahan, tapi ini melibatkan anak saya,” kata Ahmad Said dipetik dari wawancara bersama Astro Awani hari ini selepas beliau sah meletak jawatan.

Ahnad Said akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di kediaman rasmi Menteri Besar di Kemaman s17 Mei depan.

“Saya minta tangguh sehingga selesai majlis, itu sahaja. Sebagai orang tua takkan dia tak faham? Saya cakap anak saya nak kahwin minggu depan, takkan tak boleh bincang?"

“Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri. Kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)."

Namun katanya, majlis itu terganggu kerana tindakan Perdana Menteri menggesa menyegerakan pertukaran Menteri Besar negeri itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan awal hari ini keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

BN Terengganu kini hanya diwakili 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Sumber Berita Dari KeadilanDaily

'Ahmad Razif MB baru yang tak banyak pilihan'

 
Dilantik sebagai menteri besar baru Terengganu malam tadi, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman tidak mempunyai banyak pilihan.

Jika tidak kena gayanya, bekas exco itu boleh mencatat rekod sebagai menteri besar dengan tempoh perkhidmatan terpendek di negara ini.

Peguam yang mahir dalam bidang perlembagaan Syahredzan Johan (kanan) berkata, dengan komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang, beliau boleh tewas dalam usul undi tidak percaya.

Jika itu, berlaku, tambahnya lagi, menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri atau meletakkan jawatannya bersama-sama barisan exconya.

“Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN,” kata timbalan pengerusi undang-undang perlembagaan Majlis Peguam itu.

Bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said awal pagi tadi bersama dua lagi ADUN Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi bebas.

Penentuan luar DUN

Ia ekoran tidak puas hati dengan kaedah pertukaran menteri besar negeri itu. Beberapa ADUN lagi dijangka mengikut jejak langkah itu.

Ia mencetuskan krisis politik baru apabila BN kini menjadi kerajaan minoriti dengan 14 kerusi dalam DUN berbanding Pakatan (15) dan bebas (3).

Menulis dalam blognya, Syahredzan berkata, berdasarkan kes Nizar v Zambry di Perak, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa sokongan terhadap seseorang MB boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN.

Menurut kes itu juga, kata Syahredzan lagi, jika menteri besar dan exco tidak letak jawatan selepas hilang sokongan, jawatan mereka dianggap kosong dengan sendirinya.

“Sekiranya MB Terengganu tidak hilang sokongan sekalipun, sebuah kerajaan minoriti akan menghadapi pelbagai masalah, antaranya jika mereka membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan oleh DUN."

“Dan juga mereka sentiasa punya risiko tewas undi tidak percaya/tidak dapat sokongan majoriti ADUN."

“Senang cerita, situasi di Terengganu sekarang 'havok, havok',” tulisnya lagi.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

Bala Untuk Najib - Krisis Politik Umno Terengganu....!!!


TERKINI! TERENGGANU-Maka 3 ADUN BN Jertih-Permaisuri-Batu Rakit telah berlepas dengan penerbangan 4ptg untuk jumpa PM NAJIB di KL.

Panas....!!! 10,000 Rakyat Ajil Berhimpun Protes Kepada Mantan Menteri Besar Terengganu


Protes terhadap Mantan Menteri Besar, boleh tak bawa lebih orang sikit. Kalau tak sampai beribu-ribu orang seperti sebelah sana buat demo, dapat seratuspun jadilah.

Ini yang datang tak sampai pun 10 orang. Muka-muka pemprotes macam tak ikhlas saja. Cer check molek. Ni wayang ker guano? Hok pegang kain rentang tu ikhlas berdemo ker? Ker pasni amik duit kopi? Adeeh! Pakcik cer kelik main dengan cucu deh!

Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

SHAH ALAM, 13 MEI: Kepincangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu kian memuncak apabila satu demi satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu mula mengikut jejak langkah bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A Kadir Jasin menyifatkan tindakan luar jangka daripada beberapa pemimpin Umno itu adalah satu lagi ‘bala’ buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau juga berpendapat, perkara itu pastinya memberi tamparan hebat buat kepimpinan Najib yang dianggap Perdana Menteri Malaysia ‘paling kurang bernasib baik’.
 
“Secara teknikal, BN kini kekurangan tiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan meletakkan ia setanding dengan Pakatan Rakyat (PR)."

“Pelbagai perkara mustahil boleh berlaku iaitu sama ada PAS menyertai Umno dalam membentuk kerajaan campuran di negeri itu atau BN akan kehilangan Terengganu."
 
“Atau adakah Terengganu berkemungkinan akan terperangkap dalam satu lagi krisis politik yang berlaku pada tahun 1960-an dan 70-an?” tulisnya di blog.

Kurang 24 jam ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, dua lagi ADUN Umno, Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Adun Ajil) menghantar surat meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas.

Hal itu menjadikan Menteri Besar Terengganu hilang majoriti dalam DUN apabila hanya mempunyai 14 ADUN berbanding PR iaitu 15 kerusi (PAS 14, PKR 1) dan Bebas (3) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

A Kadir berkata, jika tiga pemimpin itu tetap dengan keputusan mereka untuk meninggalkan Umno dan mengisytiharkan diri mereka ahli bebas, maka PR boleh menuntut hak membentuk kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun katanya ahli politik boleh mengubah keputusan mereka sesuka hati jika ditawarkan ‘harga’ yang tepat daripada pihak kerajaan supaya tidak meninggalkan parti.

“Keadaan akan menjadi lebih teruk kepada BN jika benar lebih ramai ADUN Umno akan mengikut jejak langkah Ahmad, Roslee dan Ghazali. Namun, ia dijangka boleh berubah bila-bila masa jika mereka diberikan ‘harga’ yang tepat,” katanya.
 
Sumber Berita Dari Blog Kedahkini

Bubar Dun atau bentuk kerajaan campuran di T’ganu

SH NUR SHAHRIZAD SY MOHAMED SHARER

KUALA LUMPUR: Membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran antara saranan pemerhati politik dalam menangani perkembangan terbaru politik di negeri itu sekarang.

Menyifatkan perkembangan politik yang mendepani kerajaan negeri itu lebih kepada krisis 'peribadi' berbanding parti, mereka berpandangan, perkembangan itu perlu ditangani segera.

Timbalan Dekan di Universiti Sains Malaysia (USM) Dr S.K Sivamurugan Pandian berpendapat langkah membubarkan DUN wajar diambil sekiranya pendekatan memujuk tiga wakil rakyat daripada Umno yang mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, gagal.

"Jalan segera untuk menyelesaikan isu ini ialah untuk memujuk tiga wakil rakyat itu untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi jika gagal, BN tidak ada pilihan melainkan membubarkan dewan undangan negeri," katanya kepada Bernama.

Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah ADUN Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.

Ini menjurus kepada komposisi BN di DUN yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Bagaimanapun, menurut Penasihat Undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid, BN kekal memerintah negeri itu kerana kerusi Speaker juga dikira sebagai satu kerusi, menjadikan BN 15 kerusi.

Menurutnya, ini membolehkan BN kekal menerajui kerajaan negeri bersandarkan kepada parti mana yang memerintah selepas pilihan raya umum ke-13.
  
Mengulas lanjut Dr Sivamurugan berkata BN mengambil risiko besar apabila melaksanakan pertukaran menteri besar dalam keadaan tidak mempunyai majoriti besar dalam DUN, sekali gus menjurus kepada tanda tanya besar situasi politik negeri itu sekarang.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.

Ini menjurus kepada komposisi BN di DUN yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Bagaimanapun, menurut Penasihat Undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid, BN kekal memerintah negeri itu kerana kerusi Speaker juga dikira sebagai satu kerusi, menjadikan BN 15 kerusi.

Menurutnya, ini membolehkan BN kekal menerajui kerajaan negeri bersandarkan kepada parti mana yang memerintah selepas pilihan raya umum ke-13.

Mengulas lanjut Dr Sivamurugan berkata BN mengambil risiko besar apabila melaksanakan pertukaran menteri besar dalam keadaan tidak mempunyai majoriti besar dalam DUN, sekali gus menjurus kepada tanda tanya besar situasi politik negeri itu sekarang.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya perjanjian antara pucuk pimpinan dengan Ahmad Said tetapi jika dilihat keadaan sekarang, jelas telah berlaku perpecahan dalam Umno negeri," katanya.

Bagaimanapun dalam keadaan sekarang, terpulang kepada pihak-pihak yang berpecah ini sama ada untuk memainkan peranan besar memastikan perpaduan parti itu lebih penting berbanding perkara lain atau sebaliknya, katanya.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berpandangan BN yang kini dalam situasi seperti 'itik tempang', wajar meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran dengan PAS.

"Tidak perlu bubar DUN dalam keadaan BN masih ada peluang untuk kekalkan kerajaan."

"Tetapi kerajaan Terengganu mungkin patut meneroka kemungkinan untuk membawa orang PAS dalam kerajaan, itu mungkin akan lebih menguatkan kerajaan selain mendekatkan jurang perpecahan di kalangan orang Melayu dan Islam selain akan memberi Terengganu suatu kelebihan," sarannya.

Jika kerajaan campuran bukan menjadi pilihan, pembubaran dewan juga tidak wajar dilakukan kerana ia hanya akan mendedahkan BN kepada risiko yang lebih besar, katanya.

"Kekalkan keadaan sekarang lebih baik walaupun BN akan berdiri sebagai kerajaan minoriti. Jika bubar DUN, Terengganu berdepan risiko diambil alih oleh pihak pembangkang," katanya.

Sumber Berita Dari HarakahDaily

DITUDUH AMALKAN POLITIK WANG PEMILIHAN KEADILAN 2014.... TAN SRI KHALID IBRAHIM AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH SAMAN SIPENUDUH S.MANIKAVASAGAM....

See you in court macha....!!!

Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan mahkamah terhadap calon Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, S Manikavasagam kerana menuduhnya mengamalkan politik wang pada hari pemilihan Cabang Ahad lalu.

Khalid berkata, pihaknya mengarahkan peguam menghantar notis tuntutan maaf kepada bekas ahli Parlimen Kapar itu sebelum saman fitnah difailkan.

"Saya mengarahkan peguam untuk menghantar Notis Tuntutan Saman kepada Manikavasagam kerana menuduh saya melakukan rasuah membeli pengundi," katanya dalam kenyataan melalui Twitter hari ini.

"Saya menerima aduan pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor."

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan tuduhan itu, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR semalam turut mengesahkan tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan terhadap menteri besar Selangor itu.

"Setakat ini tidak ada aduan politik wang, bagi calon yang berjawatan negeri, termasuk exco, kehadiran mereka dalam majlis rasmi negeri tidak disifatkan sebagai satu bentuk kempen," kata Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Speaker nafi khabar angin DUN Terengganu dibubarkan

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong nafi DUN negeri itu dibubarkan susulan krisis politik di Terengganu. Gambar jkrkt.terengganu.gov.my.Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong nafi DUN negeri itu dibubarkan susulan krisis politik di Terengganu. Gambar jkrkt.terengganu.gov.my.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong hari ini menafikan khabar angin kononnya DUN dibubarkan berikutan perkembangan politik terbaru di negeri ini.


Beliau berkata, DUN hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku."

"Bagaimana hendak bubarkan DUN, sedangkan saya sebagai Speaker DUN pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," katanya.

Khabar angin tersebar luas melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapp kononnya DUN Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini dan pilihan raya negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari.

Mohd Zubir turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Khabar angin tersebar selepas bekas menteri besar Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan dua lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Umno - Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada parti dan menjadi wakil Bebas.

Dengan perkembangan terbaru politik itu, wakil BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini tinggal 14, PAS (14) dan PKR (1).

Selepas Ahmad meletak jawatan sebagai menteri besar semalam, Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Sumber Berita Dari TMI

Ridha Allah terletak Pada Ridha Orangtua

Imam Al Ghazali menyebutkan sejumlah hal yang termasuk adab anak kepada orangtuanya; mendengarkan perkataannya, mentaati perintahknya, tidak berjalan di depannya, tidak meninggikan suara di hadapannya
Ridha Allah terletak Pada Ridha Orangtua

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: رِضَا الرَّبِّ فِى الرِّضَا الْوَالِدَيْنِ وَ سَخْطُهُ فِى سَخْطِهِمَا  – الطبراني

Artinya: Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,”Ridha Rabb terletak pada ridha kedua orang tua dan murka-Nya terletak pada kemurkaan keduanya.” (Riwayat Ath Thabarani, dishahihkan oleh Al Hafidz As Suyuthi)

Ridha Allah terletak kepada ridha kedua orangtua, karena Allah memerintahkan untuk mentaati orangtua. Barangsiapa yang mentaati perintah Allah ini, maka Allah akan meridhainya dan barang siapa menolak taat kepada-Nya maka Ia pun murka.

Al Hafidz Al Iraqi menjelaskan bahwa ini mirip dengan ungkapan,”Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia maka ia tidak bersyukur kepada Allah. Namun tetap disyaratkan bahwa keridha’an dan kemurkaan orangtua masih dalam hal yang diperbolehkan oleh syariat.”

Adab Anak terhadap Orangtua

Imam Al Ghazali menyebutkan sejumlah hal yang termasuk adab anak kepada orangtuanya; mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya, tidak berjalan di depannya, tidak meninggikan suara di hadapannya, serta berusaha untuk mendapatkan keridhaannya. (lihat, Faidh Al Qadir, 4/33)

Mudah-mudahan kita dimasukkan oleh Allah kepada golongan tidak memperolah keridhaan dari orangtua, hingga Allah meridhai kita.

Sumber Berita Dari Blog Hidayatullah

13 Mei Terengganu: Surat keluar Umno belum diterima, BN kekal kerajaan kata Peguam UMNO

Umno masih belum menerima sebarang surat daripada tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang dilapor keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat, kata penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Justeru katanya, BN masih mempunyai kuasa eksekutif dan menduduki pejabat menteri besar.

"Sebarang tindakan menjadi bebas dengan keluar BN atau Umno oleh wakil rakyat BN hanya berkuatkuasa apabila surat mereka diterima oleh setiausaha agung BN atau Umno."

"Sehingga ke hari ini, tiada sebarang surat diterima," katanya.



Sumber Berita Dari Blog Rakyat Marhaen

Lagi keluar Umno, kerajaan minoriti di Trengganu

 
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.

Roslee (kanan) yang juga exco kemajuan luar bandar negeri dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata:

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Awal hari ini, bekas menteri besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Ahmad meletak jawatan sebagai menteri besar Terengganu tidak lama selepas penggantinya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada Malaysiakini awal pagi tadi, Ahmad menjelaskan beliau keluar Umno ekoran tidak puas hati dengan masa pertukaran menteri besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

Dengan perkembangan terbaru itu, BN kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu), sekali gus mewujudkan sebuah kerajaan minoriti di negeri itu.

Sebelum krisis ini, BN mempunyai 17 wakil dalam DUN berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 anggota.

Jika tiga bekas ADUN Umno itu memilih menyokong Pakatan, kerajaan negeri akan jatuh ke tangan pembangkang, situasi yang hampir sama dengan krisis di Perak sebelum ini apabila BN merampas negeri itu.

Ahmad semalam berkata, lebih ramai lagi ADUN negeri itu akan mengikuti langkahnya, walaupun tidak menyatakan bilangan tepat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, badan perhubungan PAS Terengganu mengadakan mesyuarat khas di Kuala Terengganu berikutan perkembangan politik terbaru yang sedang berlaku di negeri ini.
  
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Satiful Bahri Mamat hari ini berkata pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangan yang berlaku ini dari awal dan tindakan yang perlu sedang diambil.

"Insya-Allah, atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya dalam satu kenyataan.
  
Satiful Bahri berkata bagi pihak pemimpin PAS, beliau berharap semua pihak bertenang dan bersabar.
  
Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi, bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar daripada keputusan pemimpin, katanya. 


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

PAS timbang semua pilihan termasuk sidang khas DUN

http://821879909.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/bf8c530679fa0ee7b059e2eda64942c2_XL.jpg
 
PAS Terengganu mempertimbang semua pilihan termasuklah mengadakan sidang khas dewan undangan negeri (DUN) berdasarkan situasti terkini yang menyaksikan BN menjadi kerajaan minoriti di Terengganu.

Perkara itu dinyatakan ADUN Batu Burok dari PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi sewaktu ditanya tentang langkah PAS yang mempunyai 14 kerusi di DUN Terengganu selepas bekas menteri besar dan dua ADUN bertindak keluar Umno.

"Ya, semua aspek kita ambil kira. Itu kita sedang perhalusi semuanya. Kita berhati-hati dan tidak mahu gopoh dalam sikap kita," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, PAS akan bermesyuarat untuk membincangkan hal itu dan sentiasa meneliti perkembangan semasa.

"PAS sendiri akan bermesyuarat dengan segera demi 'menyelamatkan' Terengganu," katanya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga sedia maklum dengan kenyataan penasihat undang-undang negeri yang mengumumkan bahawa kerajaan BN masih berkuasa di negeri itu.

Sementara itu, pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat memaklumkan yang PAS Terengganu akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa berhubung perkembangan di negeri itu.

"Dari semasa ke semasa, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media, melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar daripada keputusan pemimpin," kata ADUN Paka itu.

BN kini menguasai hanya 14 kerusi berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

Situasi itu tercetus apabila tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam semalam.

Mereka ialah bekas menteri besar dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).



Sumber Berita Dari Blog KedahLaNie

Penasihat undang-undang: BN masih kekal di T'ganu

 
Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, kata penasihat undang-undang negeri Datuk Azhar Abdul Hamid.
  
Beliau berkata walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.
  
Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada Umno ialah bekas menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
  
Azhar ketika dihubungi Bernama, berkata speaker DUN turut dikira bersama 14 Adun BN yang masih tinggal dan dengan itu kerajaan BN masih kekal memerintah negeri ini.
  
Selepas Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar semalam, ADUN Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau Negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu malam tadi.


Sumber Berita Dari MalaysiaKini

EDISI BONGKAR SAMPAI TERBURAI.... CALON BEBAS MESRA BN PRK BUKIT GELUGOR PERNAH TUTUP KESEMUA 8 PUSAT KHIDMAT PARTI CINTA MALAYSIA (PCM) YANG DIKETUAINYA HANYA DISEBABKAN KALAH DALAM PRU 13 LALU....!!!


PCM Tutup Pusat Khidmat Di Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 8 Mei 2013 (Bernama) --
Parti Cinta Malaysia (PCM) akan menutup lapan pusat khidmatnya di Pulau Pinang kerana kecewa dengan kekalahannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata selama lebih tiga tahun PCM memberi khidmat kepada rakyat Pulau Pinang termasuk memberi rawatan kesihatan percuma, namun ia langsung tidak dihargai.

"Selama ini PCM memberi perkhidmatan lebih baik berbanding DAP dan kita juga menggunakan wang sendiri untuk membantu penduduk, tetapi usaha ini tidak dihargai."

"Jadi mulai hari ini, kita akan serahkan ribuan borang aduan masalah rakyat yang diterima PCM kepada DAP untuk tindakan lanjut kerana parti itu yang dipilih rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

PCM yang dikatakan mempunyai anggota lebih 5,000 orang di seluruh negara kalah dan calonnya hilang wang pertaruhan di empat kerusi di Pulau Pinang iaitu kerusi Parlimen Bagan dan Batu Kawan serta kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam dan Komtar.

Huan turut menyaran supaya Barisan Nasional (BN) tidak melantik atau mewujudkan penyelaras Parlimen dan DUN di kawasan yang BN kalah kerana tugas itu kini perlu diambil alih wakil rakyat Pakatan Rakyat.

"Sebelum ini jika ada masalah, rakyat tidak pergi ke pusat khidmat DAP, sebaliknya berjumpa dengan penyelaras DUN atau Parlimen BN untuk meminta bantuan. Namun apabila mengundi, mereka memihak kepada pakatan pembangkang," katanya.

Beliau juga kecewa dengan sikap pengundi Cina yang menolak BN dan PCM tanpa menyedari bahawa komponen Pakatan Rakyat terutama DAP tidak pernah menawarkan khidmat kepada rakyat.

Katanya pemikiran kaum Cina telah diracun DAP dan mereka juga terpedaya dengan janji kosong Pakatan Rakyat.

"Kita kecewa dengan sikap rakyat terutama pengundi Cina yang menolak BN pada PRU13 sedangkan banyak perkara dan tranformasi dilaksanakan kerajaan BN untuk golongan itu."

"PCM juga tidak faham apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita sudah mempunyai Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang baik dan mampu mentadbir negara dengan cekap dan adil," katanya.

-- BERNAMA

Adakah ini macam punya pemimpin masih lagi mau diberikan sokongan oleh macai-macai UMNO....???

Kalah PRU terus tutup pusat khidmat.... ini bukannya jenis nak berkhidmat tetapi jenis nak pangkat....!!!


Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Empat lagi Adun dijangka sertai Ahmad Said, kata Adun PAS

OLEH Zulkifli Sulong, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Spekulasi menyatakan empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Terengganu akan bertindak keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya. Gambar fail The Malaysian Insider.Spekulasi menyatakan empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Terengganu akan bertindak keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya. Gambar fail The Malaysian Insider.

Empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu dijangka menyertai bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk keluar parti, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman.

Ariffin yang juga Adun Alor Limbat berkata, beliau difahamkan ada lagi Adun Umno yang akan keluar parti itu, ketika tiga Adun di negeri itu sudah mengesahkan keluar Umno untuk menjadi wakil rakyat Bebas, susulan tindakan Putrajaya menggugurkan Ahmad daripada jawatan menteri besar.

Malam tadi Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu di depan Sultan Terengganu, namun enam Adun Umno tidak menghadiri majlis bersejarah itu termasuk Ahmad.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno,  Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Adun Ajil) menghantar surat meninggalkan Umno dan mengisytiharkan menjadi Adun Bebas.

Ini menjadikan MB Terengganu hilang majoriti dalam DUN apabila hanya mempunyai 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat 15 (PAS 14, PKR 1) dan Bebas 3 dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Sehubungan itu, Ariffin berkata, pihaknya memilih untuk bertukar kerajaan tanpa perlu membuat pilihan raya semula.

"Saya difahamkan, Umno sedang berusaha untuk membubarkan DUN untuk membolehkan pilihan raya diadakan semula, namun saya lebih setuju penukaran kerajaan sahaja sebagaimana Perak," kata Ariffin kepada The Malaysian Insider sebelum memasuki dewan mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu yang mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini.

Dewan Harian adalah badan tertinggi dalam PAS Terengganu yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat dengan disertai tiga timbalan pesuruhjaya, ketua dewan ulama, pemuda dan muslimat serta setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya.

Ariffin berkata, dengan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung tahun lalu, mengadakan pilihan raya sekali lagi tidak akan disenangi rakyat dan melibatkan kos yang besar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan berikutan dua Adun PKR dan satu daripada DAP keluar meninggalkan parti masing-masing dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN.

Berdasarkan wawancara dengan Adun, Sultan Perak yang merupakan bekas ketua hakim negara  memutuskan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak pada 6 Februari 2009 selepas mendapat sokongan 27 Adun Umno, 1 MCA dan 3 Bebas dalam DUN yang mempunyai 59 ahli itu.

"Lebih mudah membuat pertukaran kerajaan berbanding mengadakan pilihan raya semula," katanya dengan mengandaikan Ahmad dan penyokongnya setuju bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

PAS pernah memerintah Terengganu sebanyak dua kali namun kedua-duanya tidak bertahan lama apabila kerajaan pertama hanya bertahan beberapa bulan manakala kerajaan kedua yang dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal untuk satu penggal sahaja.

Selain Satiful, Hadi juga antara yang disebut-sebut bakal menjadi MB Terengganu sekali lagi.

Ahmad menandatangani surat peletakan jawatan setahun selepas menjadi MB Terengganu buat penggal kedua selepas pilihan raya umum Mei 2013 lalu.

Namun Ahmad memohon agar tempoh itu dilanjutkan sedikit lagi kerana beliau akan melangsungkan perkahwinan anaknya 17 Mei ini.

Menurut laporan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak permohonan itu dengan alasan ia hanya masalah peribadi.

Sumber Berita Dari TMI

SETIAUSAHA POLITIK LIM KIT SIANG CALON DAP PRK PARLIMEN TELUK INTAN....???

Angin cukup kuat bertiup kencang bahawa Setiausaha Politik YB Lim Kit Siang adalah antara calon pilihan utama untuk mewakili DAP PRK Parlimen Teluk Intan, Perak.

Dyana Sofya Mohd Daud berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu.

Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.

"Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu."

"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

'Emak saya masih Umno'
Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan. 

Walaupun kini bergerak bersama DAP, Dyana sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang aktif di dalam Umno.

"Emak saya masih lagi ahli Umno sehingga sekarang. Beliau adalah setiausaha bahagian wanita yang pertama di Malaysia. Malah, bapa saudara-bapa saudara saya juga terlibat dalam politik (Umno)."

"Mereka akan berbincang tentang politik sewaktu perjumpaan keluarga. Saya dengar cerita-cerita mereka dan saya membesar dengan cerita-cerita itu," katanya.

Ditanya tentang reaksi ibunya sewaktu beliau melahirkan hasrat menjadi ahli DAP, Dyana berkata ibunya bersikap memahami dan merestui pilihan beliau.

"Kata ibu kalau itu perkara yang kita percaya, lakukan sahaja kerana kadang-kala elok juga untuk kita melawan arus bagi membuat satu kenyataan," kata peguam muda itu yang mempunyai firma guaman di Cyberjaya.

Stigma curiga DAP
Walaupun percaya politik adalah satu wadah untuk berkhidmat kepada masyarakat, tanggungjawab Dyana di kawasan Gelang Patah tidak sunyi daripada cabaran menguruskan stigma sebahagian orang Melayu Johor yang masih curiga dengan DAP.

Beliau dan dua lagi staf pejabat anggota parlimen Gelang Patah pernah dihalau dari sebuah kampung awal Jun lalu walaupun mereka ke situ untuk mendapatkan butiran masalah penduduk setempat bagi pihak Kit Siang.

"Selepas menang, kami ada menerima panggilan dari penduduk sebuah kampung yang mahu mengadu masalah status tanah yang mereka duduki."

"Sampai di sana ketua kampung datang bertemu kami dan menarik tangan saya dan menyuruh saya balik. Dengan telunjuk betul-betul di depan muka saya dia kata: Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu," katanya.

Insiden seperti itu kata Dyana, tidak sama sekali akan menggentarkan semangatnya.

"Walaupun ada risikonya, saya tetap akan terus ke kampung-kampung Melayu ini kerana mereka perlukan saya. Saya akan rasa bersalah jika saya tidak pergi menemui mereka."

"Kesediaan mereka untuk memanggil kami ke sana juga satu kemajuan yang bagus. Sedikit demi sedikit mereka semua pastinya akan tampil ke hadapan untuk berbincang dengan kami," kata Dyana.

Sumber Berita Dari Blog Omak Kau

Terengganu Sah Tumbang, Ahmad Said Benar-Benar Jadi Robin Hood

Hanya kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu, bekas Menteri Besar, Ahmad Said mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas. Bersama beliau berbuat demikian ialah seorang lagi iaitu ADUN Ajil, Ghazali Taib yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga dengannya.

Pengumuman itu dibuatnya dengan menghantar kenyataan akhbar kepada sebuah agensi berita tempatan, malam tadi iaitu kira-kira dua jam setelah Ahmad Razif mengangkat sumpah.

Dengan perkembangan ini, kedudukan kerusi di Terengganu akan menjadi 15-15 antara BN dengan PR, manakala Bebas mempunyai dua kerusi.

Secara logiknya, dengan pengisytiharan Ahmad Said dan Ghazali Taib itu, DUN Terengganu sudah pun tergantung serta Ahmad Razif dicatat dalam sejarah sebagai Menteri Besar hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Dalam keadaan ini, BN tidak mempunyai pilihan lain selain membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

Tetapi jika Ahmad Said dan Ghazali Taib mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang mesra PR, seorang ADUN daripada PR boleh diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru sebagaimana yang pernah berlaku di Perak pada 2009 dahulu.

Namun demikian jika benar seperti kata Ahmad Said bahawa ada beberapa ADUN lagi akan mengambil tindakan yang sama sepertinya, maka secara automatik kerajaan negeri BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih pentadbiran.

Tetapi dalam perkembangan terbaru pagi ini di mana seorang lagi ADUN keluar UMNO iaitu Roslee Daud dari Bukit Besi, maka sahlah BN hanya mempunyai 14 ADUN dah sudah kekurangan majoriti berbanding PR 15 dan Bebas 3 kerusi.

Kemungkinan ramai lagi ADUN mengikut jejak Ahmad Said sudah dijangkakan berikutan dalam pertemuan Setiausaha Agung UMNO dengan ADUN-ADUN Terengganu semalam, daripada 17 ADUN BN, hanya 9 orang saja yang hadir manakala selebihnya dipercayai memprotes dan tidak setuju dengan pengguguran Ahmad Said.

Walaupun sejarah di Perak memperlihatkan UMNO dan BN takut untuk menghadapi pilihanraya semula, tetapi apa yang berlaku di Terengganu ini pastilah membuatkan Najib mengarahkan Ahmad Razif segera membubarkan DUN sebelum kemelut politik yang lebih kronik dan tidak terkawal berlaku di negeri itu.

Sudah tentulah Najib lebih rela diadakan pilihanraya negeri semula daripada menyerahkan kejatuhan negeri Terengganu kepada PR yang tentunya lebih menjejaskan imejnya.

Isu pertukaran jawatan Menteri Besar di beberapa negeri sudah pun menjadi perbualan sejak beberapa minggu lalu dengan Najib dikatakan ingin melakukan pertukaran di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Perak. Alasan pertukaran ialah untuk menyuntik semangat dan tenaga baru menghadapi pilihanraya ke 14 akan datang yang dipercayai lebih mencabar lagi.

Ahmad Said, walaupun dikenali dengan imej kasar dan kadangkala seperti "samseng" terutama ketika berhadapan dengan parti lawan, tetapi keberaniannya juga banyak yang boleh dipuji. Ketika banjir di Terengganu hujung tahun lalu dan semua kenderaan tersekat untuk beberapa jam, beliau telah bertindak ala Robin Hood dengan membuka pintu sebuah van roti dan mengagih-agihnya kepada semua yang sedang kelaparan ketika itu.

Di ketika yang lain, beliau juga membenarkan keretanya digunakan untuk membawa mangsa kemalangan jalanraya yang cedera parah untuk di bawa ke hospital tanpa menghiraukan kenderaannya menjadi kotor, dipenuhi kesan darah atau sebagainya. Tidak mungkin ada pemimpin lain yang sebaik itu jika bertemu dengan kemalangan jalanraya.

Dalam isu bolasepak yang melibatkan insiden pukul-memukul dalam terowong di Stadium Larkin, Ahmad Said menunjukkan keberaniannya dengan mengecam FAM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah semata-mata kerana ianya melibatkan golongan istana. Beliau juga mencabar pemimpin FAM yang pro kepada istana agar meletakkan jawatan jika tidak berani bersikap adil.

Dengan mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, Ahmad Said telah sekali lagi membuktikan keberanian dan jiwa Robin Hood yang ada dalam dirinya. Beliau tidak akan membenarkan dirinya diperlekeh. Walaupun beliau meminta pertukarannya ditangguhkan untuk membolehkan kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei tetapi tidak dilayan oleh Najib sebagai punca alasannya mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas, Ahmad Said jelas seorang yang berjiwa merdeka.

Para pemerhati UMNO menyifatkan tindakan beliau itu wajar kerana selepas ini pun masa depan politiknya akan berakhir begitu saja. Beliau hanya menjadi ADUN biasa dan seterusnya akan tidak akan dipilih semula dalam pilihanraya akan datang.

Selepas Ahmad Said digugurkan semalam dan penggantinya Ahmad Razif mengangkat sumpah malam tadi, sepatutnya proses pertukaran seterusnya ialah di Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Tetapi dengan kemelut baru yang berlaku di Terengganu ini, pastilah pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri lain itu bakal terencat bagi mengelakkan gelora politik yang lebih parah lagi.

Sama ada pilihanraya negeri Terengganu akan diadakan atau kepimpinan bertukar tangan daripada BN kepada PR, gelora politik yang dicetuskan melalui tindakan Ahmad Said ini akan membuatkan tiada pertukaran Menteri Besar di negeri-negeri yang dirancangkan Najib sebelum ini.

Ahmad Said nampaknya sekali lagi menjadi Robin Hood, dengan keberaniannya kali ini menyelamatkan kedudukan rakan-rakannya di negeri-negeri lain pula.

Sumber Berita Dari Blog Shahbudin

Krisis Umno T’ganu: Kerajaan BN negeri di hujung tanduk

KUALA LUMPUR: Hanya beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar Umno.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.
Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI lewat malam tadi.

Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada AstroAWANI.

Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin bagi membuka ruang kepada Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar baru.

Ahmad Razif mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1).

Baki dua lagi kerusi disandang Ahmad dan Ghazali yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan Adun Kemasik dan Adun Bukit Besi juga gagal dihubungi mengakibatkan desas desus bertiup kencang bahawa mereka juga mungkin mengikuti jejak Ahmad dan Ghazali.

Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk.
Jika dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi ‘mesra Pakatan Rakyat’, besar kemungkinan episod yang  berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di Terengganu.

Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun PKR dan satu Adun DAP  menjadi ‘mesra BN’, apakah kita akan melihat perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat?

Sumber Berita Dari HarakahDaily

Gadis Terjun Bunuh Diri dari Bangunan UMNO

MAYAT Tieu ditemui orang ramai dengan kesan kecederaan di kepala dan perut.
Tewas tertekan duduki peperiksaan
[HM] Georgetown: ‘Mak, ayah, jaga diri baik-baik’.
Demikian nota dalam bahasa Mandarin ditinggalkan seorang wanita yang juga pelajar kolej ditemui mati dengan kecederaan teruk di kepala dan perut di tepi Bangunan UMNO, Jalan Macalister, di sini, semalam. 
Difahamkan, akibat tekanan perasaan untuk menghadapi peperiksaan, pelajar berkenaan disyaki terjun dari Bangunan UMNO sebelum ditemui orang ramai dalam keadaan telentang dan berlumuran darah pada jam 8.05 pagi. 
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan mendapati mangsa, Tieu Hooi Theng, 20-an, dari Taman Mesra, Butterworth dipercayai bertindak demikian akibat tekanan yang dihadapi ketika menduduki peperiksaan.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui orang ramai dengan kecederaan teruk di kepala dan perut dipercayai akibat terjatuh ke atas bumbung zink di bahagian parkir di tepi bangunan berkenaan.
Katanya, hasil siasatan awal di lokasi kejadian, polis menemui sepasang kasut, telefon bimbit dan kunci kereta dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan di tepi tangga di tingkat 18 bangunan berkenaan. 
“Mangsa dipercayai membunuh diri dengan terjun dari koridor tangga di tingkat 18 berdasarkan kepada kedudukan tempat si mati jatuh."
“Polis turut menemui beberapa barang milik mangsa termasuk kasut, telefon bimbit dan kunci kereta serta kereta Perodua Viva yang diletakkan berhampiran Bangunan UMNO."

Sumber Berita Dari Blog Duniacacamarba