Selepas dua minggu dilapor kata Negara akan bankrap tanpa GST, hari ini Najib nafikannya....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) menafikan beliau merujuk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila berkata negara perlu meluaskan cukai bagi mengelakkan muflis.

Penafiannya itu muncul selepas dua minggu ia dipolitikkan oleh pembangkang.

Najib berkata, kenyataan itu disalah tafsir oleh media.

"Saya tak kata tanpa GST, Malaysia akan muflis."

"Saya berkata jika kita berbelanja tanpa henti dan tidak mengutip cukai, kita akan menjadi seperti Greece," katanya semasa berucap di majlis makan tengahari di Putrajaya hari ini.

Pada 25 November, Najib dilaporkan berkata, kerajaan tiada pilihan untuk menggantikan cukai semasa kepada GST bagi meluaskan pendapatan kerajaan dan mengelakkan muflis.

Hari berikutnya, Najib yang juga Menteri Kewangan dikritik oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyebut, Malaysia masih berdepan kemuflisan selepas GST jika rasuah dan pembaziran tidak ditangani terlebih dahulu.

Rafizi Ramli dari PKR, Tony Pua dari DAP dan Khalid Samad dari PAS menegaskan bahawa GST bukan penawar ajaib bagi mengubati masalah kewangan negara ~ The Malaysian Insider

Laporan mengenai kenyataannya itu sila baca di ( SINI )

Sumber Berita  Dari Blog Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment