Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail

Rafizi sambut tawaran semak akaun Gani Patail

PETALING JAYA 17 DIS: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyambut baik tawaran Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang menjemput beliau untuk meneliti semua akaun miliknya di dalam dan luar negara.

Rafizi berkata, bagi memastikan seluruh proses semakan kedudukan kewangan Gani Patail berjalan dengan lancar, adil dan telus, beliau akan menghantar surat rasmi yang mengandungi perincian kebenaran tersebut kepada Gani Patail hari ini.

rafizi-TI-01
“Kebenaran itu hendaklah mengandungi maklumat pengenalan beliau serta semua ahli keluarga terdekat seperti isteri, anak dan menantu, surat kebenaran beliau kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk kebenaran menyerahkan kepada saya maklumat syarikat beliau dan ahli keluarga terdekat mempunyai saham di Malaysia."

“Surat kebenaran kepada Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa untuk menyerahkan maklumat akaun bank yang dimiliki beliau dan ahli keluarga terdekat dengan maklumat perbankan setiap akaun dari Januari 2005 hingga Disember 2010 iaitu tempoh masa sebelum dan selepas kes Batu Putih,” kata Rafizi dalam sidang media PKR yang diadakan di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Rafizi dalam suratnya itu juga akan meminta surat kebenaran Gani untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa di Hong Kong yang bertanggungjawab dengan pendaftaran syarikat dan pihak yang berkuasa dalam menyelia industri bank untuk menyerahkan semua maklumat yang diperlukan dalam jangka masa sama.

rafizi akaun
Tindakan itu sekiranya tidak ditunaikan Gani akan menimbulkan persoalan samada ada sesuatu yang cuba disorokkan beliau dari pengetahuan pihak berkuasa dan orang awam.

“Jika dia berdolak-dalik dengan hanya setuju memberi akses kepada akaun tertentu sahaja akan menimbulkan banyak persoalan. Siasatan hendaklah secara menyeluruh bukan satu dua akaun yang dipilih-pilih, sedangkan ada lagi akaun lain."

“Selain itu juga timbul persoalan mengapa dia tidak tawarkan perkara yang sama kepada Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah kerana kalau SPRM, dia tidak boleh pilih-pilih akaun mana nak beri tetapi SPRM boleh akses kepada semua akaun,” katanya lagi.

Rafizi berkata lagi, jika siasatan terhadap akaun Gani Patail mendapati tiada baki atau transaksi besar berlaku dalam tempoh masa yang dinyatakan, peguam terkenal, Tan Sri Shafee Abdullah perlu meminta maaf kepada Gani Patail.

Ia kerana mengaitkan beliau dengan kes sogokan wang seperti mana terkandung dalam Akaun Bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zin Ibrahim.

Sebelum ini, Gani Patail secara terbuka menjemput Rafizi untuk mendapatkan surat kebenaran beliau untuk meneliti semua akaun-akaun beliau dalam dan luar negara sebagai membuktikan tiada unsur rasuah ketika beliau mengendalikan kes perebutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Singapura diberikan hak milik pulau terbabit selepas delegasi Malaysia yang diketuai Gani sebagai Ketua Undang-undang dikatakan gagal memberikan bukti serta hujah kukuh semasa perbicaraan berlangsung.

Sumber  Berita Dari Blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi

No comments:

Post a Comment